Sunday, 21 February 2010

Ya Allah! Jangan serahkan kami kepada diri kami!


Ya Allah! Janganlah serahkan kami kepada diri kami!.
Telah berkata Yahya Bin Muaz rahimahullahu taala dalam doanya;

"Ya Allah! Jika aku telah mengenaliMu, maka Engkaulah yang telah memimpinku, dan jika aku memohon kepadaMu, maka Engkaulah yang telah menginginiku , dan jika aku mencintaiMu, maka Engkaulah telah memilihku, dan jika aku mentaatiMu, maka Engkaulah yang telah memberikan taufik, dan jika aku kembali kepadaMu, maka Engkaulah yang akan melindungiku!".

Sesungguhnya kehidupan kita dibawah kekuasaanNya disetiap detik kita menghirupkan udara pemberianNya. Allah Taala tidak menyerahkan diri manusia yang beriman kepada diri mereka sendiri. Juga tidak kepada ketaatan akan amal ibadat mereka, juga bukan kerana banyaknya zikir (ingatan) mereka kepadaNya. Allah Taala mengurniakan kepada para hambanya dengan kelebihanNya dan rahmatNya. Dia tidak pernah meminta balasan akan segala nikmat yang melimpah ruah yang dikuriniakan saban masa dan ketika melainkan mengESAkanNya.

Bahkan Dia memelihara para hambanya yang beriman di dalam benteng belas-kasihanNya, dan menurunkan ke atas hambaNya akan hujan rahmatNya daripada awan gemawan kelebihanNya dan inayahNya. Sesungguhnya Allah Taala adalah sebaik-baik hakim dan tiada menganiaya akan hamba-hambaNya.

Tuesday, 2 February 2010

The Supreme Name and The Dogs of Kufr and Shirk
by Shaykh Dr. Abdalqadir as-Sufi
 
 13/01/2010
Allah the Exalted in Surat al-Isra’ (17.110) declares:

Say: ‘Call on Allah or call on the All-Merciful,
whichever you call upon,
the Most Beautiful Names are His.’
The dogs are barking in Malaysia.

Firstly, the Kafirun. The spokesman for the Roman Catholics in Malaysia was, as to be expected, both rather stupid and rather cunning. Let us remind this hypocrite, ignorant as he is of his own religion: the language of the Catholic Church was from its inception under the Roman Empire, Latin. The mass is still celebrated by the little ex-Nazi Pope in Rome using Latin. However under the practice of the reformers Latin is now denied to the main body of world Catholics. So they, poor creatures, have lost their sacred language. Desperate, and speechless, they have turned to us. However, the Name, the Supreme Name is not just another name or even a noun. It is the indicator of the Compassionate, the All-Merciful as revealed in His Pure Book, the Qur’an.

When France effectively ruled Lebanon after World War One, the French Jesuits took on the task of eliminating Islam and indoctrinating the ‘natives’ to Catholicism.

They instructed their missionary organisation of the Vatican to publish, nota bene, Catholic literature IN ARABIC to replace the noun ‘god’ with the Name of Allah. This was the foundation of Lebanese missionary activity in Lebanon which called many ignorant and innocent Lebanese onto a path which today has led to quotidian bloodshed. In Arabic there is a word, a noun, for god. They deliberately did not use it. The price for their hypocrisy has been high and is still being paid in civil war and duplicitous treaties that fail and fail.

The Catholics of Malaysia may call on Allah. If they have any education they will want to read His Book.
The Supreme Name does not belong to them or us. 

It remains our duty as Muslims to warn Catholic mothers on no account to send their boys to any Catholic school unless they want them to be sodomised and tortured like the Catholic children of Ireland, nor to enter the priesthood and set them on the same unnatural path.

Secondly, the Mushrikun.

Unfortunately, the Political Class are guilty of open Shirk – associating themselves with the power of Allah the Exalted. The Supreme Name does not belong to them or us. 

The current Political Class, world-wide, are disgraced and despised, having revealed themselves as the servants of the ruling financial system.

Malaysia is on the edge of a historical crisis. At present it is frozen in the rule of a Political Class that fronts a financial elite of only a few hundred.

Describing this fundamental political stasis as it appeared before Julius Caesar smashed it in the ancient Roman democracy, Prof. Christian Meier of Munich University wrote:

“As no-one was allowed to gain even a toe-hold from which he could reach a position of power and raise himself above the basic oligarchic equality, almost all stirrings of individuality, imagination and independence, almost all attempts to react to novel situations by novel means, were viewed with suspicion and distrust; mediocrity, rigidity and narrowness were at a premium.”

This perfectly describes the condition of Malaysia under its small group of over-rich oligarchs. Under their selfish family enclosures only the obligatory ‘philanthropic’ projects are allowed to hide from the masses the retained billions.

The Political Class to assure the stasis of the oligarchs are obliged to launch non-menacing issues to permit the illusion of dialogue and critique. The Catholic use of the Name is simply a pre-electoral controversy to recapture the Muslims’ vote.

There are only two possible roads Malaysians can take.

One. Continue in the illusion that the oligarchic rulers and their puppet parliament can go on indefinitely.
This, unfortunately for the masses, will force Malaysia, a minor player, into the at-present unstoppable working-out of usury world capitalism. This will inevitably result in the smashing of the Malaysian-born oligarchs and their position of power and the political Constitution which covered for them. The wealth and oligarchic power will restructure under the emerging Chinese hegemony. That is, as a Chinese colony. 

Two. The emergence of Dr. Meier’s ‘novel situation by novel means’ – in other words a new Nomos, a new evaluation of values. This lies embedded in Malaysia’s great Islamic intellectual tradition. Initiated by Dr. Mahathir Muhammad and in historical discourse with Hajj ‘Umar Vadillo – they recognised that the usury system was based on that fundamental increase in an exchange coupled with the elimination of value-based instruments of exchange and its replacement with abstract numbers currency. This was the core of the crisis.
True to the great Maliki-Shafi’ite tradition of Malaysia, the State of Kelantan, its Islamic Party and Hajj ‘Umar Vadillo’s powerful programming will bring the return of the gold Islamic Dinar and Silver Dirham, and it may, in harmony with parallel activity in Indonesia, open a new age for Islam and mankind.

REF: http://www.shaykhabdalqadir.com

Monday, 1 February 2010

Imam Abu Hasan Asyaari bermimpikan Rasulullah saw.

Allah berfirman: “Barangsiapa buta di dunia ini (mata hatinya) maka ia akan lebih buta di akhirat dan masuk neraka.”

Imam Abu Hasan Asyaari atau nama penuhnya Abu Hassan Ali bin Ismail Bin Abi Basyar Ishak bin Salim bin Ismail bin Abdillah bin Musa Asyaari. Musa Asyaari adalah salah seorang dari sahabat Nabi. Beliau dilahirkan di Basrah,Iraq sewaktu pemerintahan Khalifah dari Bani Abbasiyyah yang bergelar Al-Muktamid pada tahun 260 H.

Beliau telah diajari ilmu asas agama Islam dan Al-Quran sejak kecil lagi seperti kebanyakan kanak-kanak dari keluarga Islam pada masa itu.

Untuk mendalami ajaran Islam beliau diserahkan kepada bapa saudara yang pada ketika itu dikenali sebagai salah seorang ulama besar di Basrah. Kota Basrah di kala itu menjadi tempat tumpuan fahaman Muktazilah begitu juga dengan bapa saudaranya yang berfahaman Muktazilah. Fahaman Mutazilah ini mengutamakan logik akal daripada Al-Quran dan Hadith.

Jadi Imam Abu Hasan Asyaari adalah seorang yang berfahaman Muktazilah. Gurunya adalah anak Wasil bin Atha’ pengasas fahaman Muktazilah. Allah telah mengizinkan dan meredhakan beliau sehinggalah pada satu malam beliau telah bermimpikan bertemu Rasulullah saw.

Dalam mimpinya Rasulullah saw berkata:

“Engkau buangkanlah segala ilmu dan amalan yang engkau amalkan itu kerana ilmu dan amalan engkau itu adalah sesat”.

Maka dijawab Imam Abu Hasan Asyaari:

“Bagaimana hamba hendak membuangkan ilmu dan amalan ini kerana telah tiga puloh tahun lamanya telah menjadi ibadat kepada hamba”.

Kata Rasulullah lagi:

“Allah berkuasa pada segala-galanya”.

Maka ghaiblah Rasulullah saw maka tersedarlah ia daripada tidurnya dan jagalah ia. Imam Abu Hassan Asyaari termenung memikirkan peristiwa yang berkat pada malam itu. Dengan sebab mimpinya bertemu Rasulullah saw maka beliau tidak keluar dari rumahnya dan tidak ke mesjid untuk mengajar selama satu minggu. Genap hari yang ke tujuh maka denga Kudrat dan Iradat Allah, beliau pun bertukarlah daripada mazhab Muktazilah. Kerana membuktikan beliau tidak lagi berfaham dengan isme Muktazilah, maka beliau pun menamakan ajaran-ajaran ismanya yang baru itu kepada satu nama mazhab. Kepada pengikutnya dalam Syariat dinamakanya Ahli Sunnah Wal Jamaah. Adapun yang dinamakan mazhab Asya’ariyah itu ialah murid2nya yang mempelajari Ilmu Tasawwuf.

Maka salah seorang muridnya yang bersamanya menjadi pengasas mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah ialah Imam Abu Mansor Al-Matarudi. Adapun Imam Abu Mansor Al-Matarudi inilah yang memperkenalkan satu ajaran yang rendah supaya dapat memahamkan sebelum mempelajari ilmu Tasawwuf yang dinamakan ilmu Aka’idul Iman iaitu Sifat Dua Puluh.

Demikianlah peristiwa yang berlaku hanya kerana memimpikan Rasulullah saw maka mendapat syufaatnya daripada faham Muktazilah bertukar kepada faham Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sebesar-besar untung tuah nasib Imam Abu Hasan Asyaari kembali kepada ajaran yang benar dalam satu saat. Semoga apa yang berlaku kepada beliau menjadi iktibar kepada kita dan tidak saling tuduh menuduh seperti yang berlaku dewas ini.

Yang sedihnya kebelakangan ini, pengajian tauhid berasaskan Sifat 20 yang diperkenalkan oleh
Imam Abu Hassan Ashaari menimbulkan banyak kontroversi. Tepuk dada tanyalah ilmu yang ada. Cukupkah ilmu didada? Para alimin dizaman beliau menerimanya begitu juga ulama-ulama kita di sini dahulu kala tidak pernah mempertikaikannya. Bahkan ramai yang menulis kitab-kitab berkaitan sifat 20 itu. Dirungkaikan dengan terperinci untuk memudahkan masyarakat yang beribu tahun jauh dari zaman Nabi saw untuk memahaminya. Jadi janganlah kita terikut-ikut dengan perangai kumpulan yang mudah melatah dan suka tuduh menuduh itu. Para ulamak dan alimin semuanya bersatu untuk menyeru pada kebaikan dan mustahil mereka semuanya berpakat kepada kejahatan serta kemungkaran. Bukankah para ulama itu adalah warisan Nabi-Nabi?

إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.” (Hadits ini saheh dan diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidzi).

Wallahu a'lam.

Wednesday, 27 January 2010

Ya Habibi...Ya Muhammad



Banyak muslim yang masih saja enggan untuk mempelajari sunah Rasul. Mereka menjalani Islam hanya dengan pegangan Al-Quran saja, karena menganggap Al-Quran adalah kitab tertinggi yang kalimat-kalimatnya dituliskan langsung oleh Allah SWT. Orang-orang ini tidak mau mengenal Rasulallah, tidak mau mengetahui pribadi beliau, tidak mau mencontoh sifat beliau, dan/atau mempedomani cara hidup beliau. Cukup Al-Quran saja.
Saudaraku, tahukah anda, bahwa ketika kita dibangkitkan kembali di alam barzah, setelah kita dihidupkan kembali dari alam kubur, kita akan berada di sebuah tempat dimana setiap anak manusia akan berdiri pada barisannya masing-masing. Barisan itu adalah barisan yang menunjukkan siapa imam yang kita ikuti. Umat nabi Musa, akan berdiri di barisan nabi Musa. Umat nabi Ibrahim akan berdiri di barisan nabi Ibrahim, pengikut Firaun akan berdiri di barisan Firaun, pengikut Abu Jahal akan berdiri di barisan Abu Jahal, demikian seterusnya.
Bagaimana dengan kita? Di barisan manakah kita akan berada nanti? Kita, mengaku sebagai umat nabi Muhammad, tapi apakah kita mengenalnya? Apakah kita pernah membaca kisah dan mengikuti sunnah yang ditinggalkannya dalam Al Hadist? Pantaskah kita berada di barisan Rasulallah dan minta syafaat dari Beliau?
Dalam sebuah hadist qudsi, dikisahkan pada suatu hari Rasulallah sedang berkumpul bersama sahabat-sahabatnya. Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasul, siapakah mahluk yang nantinya paling mulia di sisi Allah?”
Rasulallah, Saw tidak langsung menjawab, melainkan balik bertanya kepada sahabat yang lain. “Menurut kalian siapa?” Satu sahabat menjawab, “Pasti malaikat. Karena malaikat adalah mahluk yang dapat berkomunikasi langsung dengan Allah.”
Rasulallah menggeleng. “Malaikat sudah pasti mulia. Dari dulu hingga nanti. Tidak ada dosa dan cela, hanya ibadah saja.”
Sahabat yang lain menyahut. “O, saya tau. Kami ya Rasul! Kami sahabat-sahabat Engkau. Pasti kami yang nanti paling mulia di sisi Allah…”
Rasul kembali tersenyum, seraya berkata, “Tentu saja kalian mulia. Kalian hidup di jamanku, kalian mengenal aku, dekat dengan aku, berkomunikasi dengan aku dan mengikuti sunnahku.”
Semua sahabat bingung. “Lantas, siapa mahluk yang paling mulia nanti di sisi Allah ?”
Rasulallah diam. Tak lama kemudian Beliau mulai menangis. Dan Rasul pun berkata, “Mahluk yang paling mulia nanti di sisi Allah adalah manusia yang hidup setelah aku, tidak bertemu denganku, tidak bercakap denganku. Namun…dia mengenalku…. dan dia mengkuti sunnahku…” Air mata Rasulallah makin bercucuran.
Saudaraku, bahkan di penghujung hidupnya saat nyawa tinggal di tenggorokan, Rasulallah tiada memikirkan hal lain kecuali kita, umatnya. Bukan Fatimah putrinya, bukan Aisyah istrinya, bukan para sahabatnya. Tapi kita. “Ummati…ummati…,” “Umatku…umatku….”, demikian bisiknya.
Apakah ada, orang lain yang mencintai kita, yang memikirkan kita hingga sedemikian, kecuali Rasulallah Muhammad Saw….
Allah adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Allah ciptakan bumi langit beserta isinya, adalah karena Allah ingin dikenal, oleh manusia. Allah turunkan Muhammad untuk menjadi teladan, karena logika manusia tak akan tembus jika malaikat yang dijadikan contoh. Al-Quran adalah benang merah, “What”-nya. Al-Hadist adalah manualnya, “How”-nya.
Dengan mengenal Rasul, kita akan mengenal Allah. Mencintai Rasul, maka kita mencintai Allah. Karena Rasulallah mengajarkan bagaimana mencintai Allah dengan sunnah2nya, dan bagaimana menggapai spiritualitas yang sebenar-benarnya. Bukan hanya ritual kosong, tanpa spirit di dalamnya.
Lebih jauh, melalui Al-Hadist juga diajarkan bagaimana cara agar kita dicintai Allah. Mencintai dan dicintai…, relationship yang mutualisme… Mungkinkah? Insya Allah, sangat mungkin.
Ya Rasul Salam ‘alaika. Ya Habib Salam ‘alaika. Sholawatullah ‘alaika.
-Miryatie Altaf-
Aku ngutip artikel ini dari sahabatku Mir (angsahitam@wordpress.com)..jutaan terima kasih.



Friday, 22 January 2010

Siapa Dia Yahudi dan Peranan Mereka Mengubah Sistem Hidup Manusia

Jika anda menjawab Yahudi adalah satu bangsa dari Bani Semitik Umat Israel, atau dalam lain perkataan keturunan Nabi Yaakob anak Nabi Ishak anak Nabi Ibrahim alaihissalam. Betul lah itu. Tapi??.. Bolehlah dikatakan bahawa majoroti daripada golongan yang menggelarkan diri mereka Yahudi di zaman ini sebenarnya bukan Yahudi. Yahudi yang bukan Yahudi! Mengapa? Kerana kebanyakan mereka ini adalah keturunan Bani Khazar Turki dari Eropah Tengah yang telah memeluk agama Yahudi pada kurun ke 8 era Kristian atas sebab-sebab politik!

Kenyataan ini menggariskan satu penipuan terbesar dalam zaman kita ini – Kita diberitahu bahawa perbuatan menyokong Arab Pelestin yang memang SAH berketurunan Semitik adalah satu perbuatan yang 'anti-semitik'. Manakala jika kita menentang Israel yang bukan semitik, maka kita anti-semitik. Jadi kesimpulannya (yang menjadi Yahudi) itu tidak kena mengena dengan satu bangsa tertentu. (sebagaiman juga Islam tidak melambangkan satu bangsa khusus).

Jadi apakah erti keyahudian ini? Anda mungkin akan mengatakan pula sekarang bahawa keyahudian itu adalah satu isu agama. Kalau ini benar, bagaimana pula dengan sebahagian besar 'Yahudi' yang secara terbuka mengakui diri mereka sebagai agnostic dan ada juga atheist, tetapi terus lancang menggelarkan diri mereka Yahudi?.

Oleh itu, sekiranya keyahudian atau menjadi Yahudi itu tidak ada kena mengena dengan bangsa ataupun agama, dimana letaknya keyahudian ini?

Jawapannya sudah pasti boleh kita rujuk dalam kitab Allah, Al-Quranul Karim. Allah swt menjelaskan dengan sejelas-jelasnya dal Quran bahawa keyahudian itu ialah satu cara hidup, satu cara berfikir yang diwariskan dari satu generasi ke satu generasi. Sebagaimana Islam itu adalah satu cara hidup (ad-deen) dan satu cara berfikir, begitulah juga Yahudi itu. Si Muslimin boleh dikenali dengan sifat-sifat mulianya, dan si Yahudi pula boleh kita kenal dengan sifat-sifat kejinya. Sesiapa yang arif dengan kitab suci Al-Quran akan mengetahui sifat-sifat jelek Yahudi yang dimaksudkan. Allah swt telah menyebutnya satu persatu kejelekan mereka itu. Dan yang paling utama dan paling penting untuk kita fahami mereka adalah:

1. Perasaan lebih baik, lebih mulia atau lebih tinggi daripada orang lain tanpa sebarang asas atau sebab-musabab.

2. Ketamakan terhadap harta dan kuasa yang tiada penghujungnya.

3. Sifat pengecut yang amat sangat berserta ketakutan eksterim terhadap maut. (cukup fobia dengan perkataan jihad).

4. Tiada keupayaan untuk mematuhi sebarang autoriti, yang selalunya membawa kepada perbuatan memberontak dan ingkar.

5. Tiada keupayaan kronik untuk mempercayai orang lain, sentiasa berburuk sangka, busuk perut.

6. Sentiasa bersifat ragu-ragu dan skeptikal yang tiada ubat penawarnya.

Allah menyebut sifat-sifat ini dalam banyak ayat dalam AlQuran dan sifat-siafat inilah yang mendatangkan kemurkaan Allah swt ke atas umat Yahudi. Mereka memiliki sifat-sifat yang berlawanan dengan sifat-sifat yang dimiliki oeh orang-orang yang beriman kepada Allah dan mematuhi para Nabi.

Perancangan yang cukup hebat oleh Yahudi laknatullah ini telah mengubah keseluruhan kehidupan manusia dalam tempoh empat ratus tahun yang lalu. Dalam tempoh itu seluroh kuasa politik dan ekonomi telah dipindahkan secara sistematik daripada asas-asas tradisi mereka.. Hasilnya , dunia telah menyaksikan suatu kontrol politik dan ekonomi yang tidak pernah dilihat sebelumya dalam persejarahan manusia. Kefahaman mereka hanya merangkumi aspek-aspek keujudan fizikal semata-mata dan ini telah menyempitkan laluan manusia kearah memahami dimensi spiritual keujudan. Manusia telah terpisah jauh daripada keimanan mutlak kepada Tuhan maha Pencipta.

Kekuatan mereka (yahudi) muncul pada era Kristian di kurun 15. Dari situ sejarah hitam bermula. Peristiwa Renaissance, Reformasi, Perang saudara Inggeris, Revolusi Perancis, Revolusi Rusia, Perang Dunia Pertama, Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah dan disambung dengan Perang Dunia Kedua. Tempuh empat ratus tahun itu mempersembahkan tompok-tompk keujudan satu leitmotif, satu tema asas yang berkesinambungan.

Kita mulakan dengan Renaissance. Pada asasnya dari situ bermula pemindaan cara manusia memandang dunia kediaman mereka. Sebelum Renaissance, manusia dengan terbuka dan secara natural menerima pandangan hidup berasaskan wahyu ketuhanan. Tanpa banyak soal, mereka menerima bahawa manusia semuanya ciptaan Tuhan, begitu jua alam semesta. Semua di bawah kekuasaan tuhan. Selepas kedatangan Renaissance pandangan manusia telah berubah. Manusia melihat diri mereka ujud bebas dari sebarang usul ketuhanan, mula mengukur, menilai alam semesta menggunakan daya fikiran mereka sendiri dan mengenepikan wahyu-wahyu ilahi. Poin dari sini ialah sebaik tamatnya Era Renaissance ini, manusia telah rata-rata mempunyai pandangan hidup bahawa mereka adalah Tuan kepada alam semesta dan penentu masa depan mereka sendiri.

Sekarang kita lihat pula era Reformasi. Di era ini lojik akal digunakan secara meluas. Martin Luther telah memaku 95 thesisnya di pintu Gereja Wittenburg pada 31 October 1517 dan mengistiharkan pemisahan beliau dari Gereja Rome. Dia membuka laluan kepada orangramai untuk menolak fahaman tradisi tentang apa yang betul dan apa yang salah, walhal faham tradisi ini adalah yang terasas atas saki baki ajaran nabawi yang asli. Dengan penolakan ini manusia boleh menentukan mana betul dan mana salah berlandaskan kefahaman sendiri dan ini sudah tentu akan berubah-ubah menurut situasi. Ketibaan Reformasi ini telah menolak undang-undang Canon iaitu undang-undang yang berasaskan ajaran-ajaran moral Gereja Traditional. Dari sini timbul cara menghalalkan peminjaman wang berfaedah (berbunga) yang diperkenalkan oleh John Calvin berketurunan Perancis. Dari sinilah bermulanya satu struktor kuasa baru kepada kekayaan financial dan bukan lagi pemilikan tanah-tanah. Di era ini jugalah Raja England, Henry VIII telah memutuskan hubungan dengan Gereja Rome dan menubuhkan Gereja England dan beliau sendiri sebagai kepalanya. Inilah pukulan berdasarkan Luthernisma. Kalau berdasarkan Calvinisma, Henry sendiri menabur jumlah hutang yang besar pada kadar 10%dan membolehkan dia memuaskan nafsu dan hawa rakusnya yang akhirnya membawa kepada kejatuhan pemerintahan beraja yang kononnya dia sendiri ingin pertahankan.

Bermula dari tindakan Henry keluar dari Gereja Rome meletakkan kerajaan-kerajaan kecil bawah taklukannya mula berpecah. Kejatuhan Dinasti Todor yang menyokong Raja England pada Dinasti Stuart yang menyokong Raja Perancis dan Gereja Rome menampakkkan perpecahan berakhir dengan Perang Saudara Inggeris dengan penangkapan dan pembunuhan Raja. Ketika dibunoh Raja itu berkata, "Aku mati sebagai syahid untuk rakyatku." Tetapi dia juga dibunoh atas nama rakyat!

Dalam keadaan ini Oliver Cromvell naik memerintah sebagai Pemelihara Alam Maya (Protector of the Realm) dan memerintah England atas nama Parlimen. Dia sebenarnya berada dibawah tunjuk kreditor-kreditornya semasa meminjam sebegitu besar wang dalam berperang menentang Raja dalam Perang Saudara Inggeris. Masa pemerintahan Cromwell lah bermulanya sistem pemerintahan Sekularisme.

Selepas kematian Cromwell, pemerintahan beraja kembali tapi atas nama sahaja. Raja dibayar gaji oleh Parlimen. Dia hanyalah satu lambang – kononnya dipanggil payung mahkota. Pada masa pemerintah Willam kita dapat saksikan penubuhan Bank Of England, iaitu bank negara yang pertama di dunia. Yang peleknya bank ini bukannya bank nasional dalam ertikata yang sebenarnya kerana ia bukan dimiliki oleh negara tapi milikan peribadi. Dipanggil bank negara kerana ia mempunyai monopoli ke atas matawang dan hanya ia sahaja yang dibenarkan memberi hutang kepada kerajaan. Dan Kerajaan England memang berhutang dengan banyaknya pada bank ini. Oleh itu Bank ini juga 'nasional' dalam konteks seluroh negara itu terhutang kepadanya! Bunga faedah dikenakan pada peminjam atas nama 'pembangunan' untuk rakyat, dibayar semula oleh rakyat dalam bentuk cukai. Inilah titik mula kepada apa yang dipanggil "Jumlah Hutang Negara' atau 'National Debt".

Dari saat inilah Kerajaan secara terang-terangan dan terbuka berada dalam genggaman individu-individu yang memiliki bank itu. Ahli-ahli Riba telah dalam sekelip mata bertukar wajah, dari kedudukan mereka sebagai penyangak atau penjenayah (lintah darat) yang dibenci kepada kedudukan sebagai orang yang memegang kuasa sebenar. Dan ahli-ahli politik terus menerus hingga ke hari ini adalah 'Pak Yet' (boneka) mereka.

Kita beraleh pula pada Revolusi Perancis. Secara terang-terangan dan tidak syak lagi matlamat revolusi Perancis ialah penghapusan orde lama atau 'anciet regime', dan pembasmian apa jua yang didokonginya termasuk ugama. Sekali lagi Raja disembelih atas nama rakyat.! Dari sini ahli-ahli perniagaan Riba berjaya menegakkan satu network bank antarabangsa meliputi segenap pelusok Eropah. Berlaku juga dalam sejarah dunia fahaman atheism dibolehkan. Dan melalu revolusi Perancis inilah KAUM MUSLIMIN buat kali pertama didedahkan dengan fitnah ini. Sebelum itu, integriti dan kesucian as-Syariah dalam Darul Islam berada dalam keadaan terpelihara. Apabila Napolean Bonaparte memasuki Mesir, satu retakan mula dilihat dan melaluinya racun yang memusnahkan Eropah mula merebak ke Darul Islam dan bermulalah kerja-kerja korupnya. Dalam tempoh yang singkat saja, alkohol mula dijual di Mesir, bank yang pertama ditubuhkan disitu dan para pelajar mula ke Paris untuk menimba 'ilmu'.

Kubu terakhir Kristianiti di Eropah ialah Empayar Rusia. Kerana ia adalah Orthodok Timur, untuk sementara waktu ia terlepas dari serangan awalan yang tertumpu pada Gereja Rome. Bila berlakunya Revolusi Rusia ia telah melebihi tahap mana-mana revolusi sebelumnya. Kali ini kesemua keluarga diRaja termasuk kanak-kanak di bunuh dan disembelih dan sekaligus meranapkan pemerintahan beraja. Dan kali ini Atheisma bukan saja dibolehkan malah diwajibkan ke atas setiap individu. Sistem keagamaan dihapuskan!

Masuk pada Perang dunia Pertama, saki baki orde lama Eropah dimusnahkan dengan penghapusan Empayar Austro-Hungarian dan penghinaan ke atas Empayar Jerman. Dan bermula pula serangan ke atas orang-orang Islam seperti nasib kristian Eropah dahulu. Inggeris menyokong satu gerakan nationalis Arab yang ber-revolusi menentang Khalifah Uthmaniyyah dan pada tahun 1924 gerakan ini berjaya menumbangkan kerajaan Islam terakhir itu ditangan anak didik Yahudi berketurunan Yahudi bernama Kamal Ataturk. Inggeris telah mengambil Iraq, Jordan dan Palestin dan menghadiahkan Syria dan Lebanon pada Perancis. Jadi bermulalah sekularisma Islam. Buat pertma kalinya 'Hutang Antarabangsa' muncul selepas Perang Dunia Pertama.

Masuk Perang Dunia Kedua seterusnya hingga kini orde lama telah terhapus yang tinggal adalah Penguasaan Mutlak. Saki baki orde lama telah terkubor, dari sudut politik, ugama sekarang hanyalah satu anakronisma yang tidak lagi relevan, moraliti tradisi terhakis dari mana-mana sistem perundangan. Melalui amalan Riba, ahli-ahli Riba telah memerangkap seluroh dunia dalam perangkap 'Hutang Antarabangsa' dan 'Hutang Domestik'. Satu dunia bernyanyi lagu demokrasi berparlimen sedang kuasa politik sebenar kekal tersembunyi dari pandangan umum. Arena politik dijadikan satu pementasan, satu teater, manakala penulis skripnya tiada siapa yang tahu. Politik dijadikan candu orang kebanyakan.

Proses empat ratus tahun ini merupakan ulangan putaran sejarah yang telah diungkap dalam Al-Quranul Karim. Ia adalah kisah tentang sebuah masyarakat yang terpesong dari ajaran asal Nabi mereka dan akhirnya kembali kufor.Walaupun pada mulanya proses ini ditumpukan pada Eropah dan Amerika Utara tapi satu dunia telah terperangkap dalam arus kekufuran ini .Orang-orang Islam sebagai penerima dan pemelihara Wahyu Terakhir dijadikan sasaran istemewa.

Siapa sebenarnya dalang disebalik keselurohan proses ini? Jangan kita lupa bangsa Yahudi yang banyak disentuh dalam kitab suci Al-Quran dan berulang-ulang kali diceritakan tentang umat lampau sedangkan Al-Quran sendiri adalah kitab terakhir. Betullah Al-Quran itu petunjuk untuk akhir dunia! Jawabnya betul bangsa Yahudilah yang mengemudi perancangan yang hebat ini dan mereka bermatlamat.

Sejarah menunjukan puak Yahudi di Eropah adalah golongan minority yang dihina, ditindas dan masyarakat tanpa negara . Mereka menggunakan Riba sebagai senjata melemahkan Nasrani juga Islam bahkan dalam ugama Yahudi pun riba itu tetap haram.Tetapi si Yahudi mengatakan " Riba itu haram, tetapi golongan mereka (Yahudi) dibenarkan oleh Tuhan untuk mengenakannya ke atas golongan yang bukan Yahudi". Dari situ membuka laluan pada mereka menghimpun harta kekayaan dan kuasa. Mereka berdendam pada peristiwa 1290 bila terusir dari England dan dengan kepercayaan yang utuh mereka adalah 'Umat Terpilih' telah menjadikan moto ini kesungguhan untuk kembali bangkit membalas dendam terhadap golongan kristian.

Oliver Cromwell meminjam wang yang banyak dari ahli-ahli kewangan Yahudi di Amsterdam (Belanda) untuk membiayai Perang Saudara Inggerisnya dan juga memerangi Raja Belanda. Tengok sikap Yahudi bangsat ini yang bertalam dua muka..mereka tidak menunjukkan kesetiaan pada negara. Pergi lingkup Belanda. Oliver kemudian membenarkan Yahudi bermastautin di England selepas mereka dihalau dahulu. Yahudi-Yahudi ini telah menubuhkan Bank Of England menggantikan Bank Of Amsterdam. Bermulalah peranan mereka.

Semasa Revolusi Perancis deklarasi pembebasan semua Yahudi disambut baik oleh kerana banyaknya berhutang. Pengasas Bank Of Rothschild berketurunan Yahudi ini mengaut keuntungan berlipat dan menubuhkan House Of Rothschild. Keluarga ini berpihak pada SEMUA pihak dalam apa jua konflik dan mula merangkakan penubuhan network bank-bank antarabangsa mereka.

Pada ketika Yahudi menyerapi masyarakat Eropah melalui kuasa wang dan politik mereka bertumpa pada Revolusi Rusia pula. Sembilan puluh peratus (90%) dari Komisar-komisar awal revolusi Rusia adalah Yahudi, begitu juga pengawal-pengawal peribadi Keluarga Czar adalah Yahudi. Dengan mudah mereka melenyapkan keturunan Czar ini dan jangan lupa Lenin yang dipuja ramai itu adalah Yahudi.

Begitulah seterusnya penguasaan kaum Yahudi ini di Amerika selepas kejayaan di benua Eropah. Jarum halus Yahudi memetikan masyarakat moden dan terpaksa mengikut rentak tari Yahudi ini. Di Amerika puak Yahudi ini hampir berkuasa sepenuhnya dalam menentukan calun yang boleh dan calun yang tidak boleh menduduki Kongres atau Senate Amerika. Dan oleh itu termasuklah juga SIAPA yang boleh menjawat tampok 'Presiden Amerika Syarikat'. Tengok betapa hebatnya golongan Yahudi ini.

Melalui Deklari Belfour mereka dianugerah dengan tanah yang diidam-idamkan iaitu Palestin. Kejayaan meleburkan morality kristian diarahkan pada Islam pula. Kuasa politik dan kewangan dalam genggaman mereka dan matlamat seterusnya adalah mencorakkan masyarakat moden. Mediamassa dikuasai mereka dengan mempamerkan seks luar nikah, seks rambang dan akhirnya homoseks. Ini ditunjukan dalam masyarakat melalui dunia Hollywood yang telah mereka kuasai. Dari situlah mereka berjaya mewujudkan satu masyarakat moden yang tenggelam dalam kefanaan pada kebendaan, kemewahan dan apa-apa lagi yang boleh difikirkan sekarang yang semuanya menutup ruang pada keagamaan.


Rujukan: Keruntuhan dan Kejatuhan Umat Manusia oleh Hajj Abdal Haqq Bewley

Sunday, 13 December 2009

Fungsi Tazkiyah

AlQuran Surah AL Kahfi 17 : “…Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapatkan seorang Wali Mursyd-pun (pembimbing agama) yang dapat memberi petunjuk kepadanya..”
  
Nawaitul arba’in..
Nawaitul ‘uzla
Nawaitul khalwat
Nawaitul i’tikaf
Nawaitul suluk
Nawaitur riadha lillahi ta’aala…

Apakah ada peradaban yang lebih baik dari Islam ?

Jawabnya : “Tidak !!

Lalu apa kunci Rasulullah saw hingga mampu membangunkan suatu peradaban baru hanya dalam tempuh waktu 23 tahun..?

Kunci dan rahsianya seperti diterang dan diungkapkan dalam surat Al Baqarah : 151 :

“Sebagaimana Kami telah mengutus seorang Rasul kepadamu, yaitu salah seorang diantaramu, yang membacakan ayat2 Kami kepadamu, membersihkan kamu (dari kelakuan yang tidak baik) dan mengajarkan Kitab dan Hikmat kepadamu; dan lagi mengajarkan apa2 yang belum kamu ketahui”.

Tugas yang dipikulkan pada Rasulullah saw :
  
1. Membacakan ayat-ayatNya kepadamu (Tilawah)
2. Mensucikan kamu (Tazkiah)
3. Mengajarkan kepadamu al-Kitab dan al-Hikmah serta apa-apa yang belum kamu ketahui (Ta’lim).

Baginda saw menjalankan 3 tugas utama :

Tilawah, membacakan ayat-ayat Allah. Memperkenalkan kepada orang-orang tentang adanya petunjuk ‘langit’ dan meyakinkan mereka tentang kebenaran ayat-ayat ‘langit’ itu.

Tazkiyah, mensucikan jiwa pengikutnya. Tanpa kesucian jiwa maka makna ayat-ayat yang dibacakan tak akan terfahami dengan baik, tak juga ayat-ayat itu terasakan sebagai penggerak oleh seseorang untuk mengamalkannya.

Ta’lim, mengajarkan ketentuan-ketentuan Allah (hukum, kitab) juga  dan manfaat dari ketentuan-ketentuan tersebut (hikmah) serta apa-apa yang belum diketahui umat.

Sekarang ini fungsi TILAWAH (membaca ayat2 Al Quran) telah banyak tergantikan oleh berbagai media. Kalau dulu hanya dibacakan oleh orang, sekarang ayat-ayat telah dibukukan, dikasetkan, diCD/VCD kan, di-digitalkan. Orang dapat mengaksesnya secara langsung. Untuk membacanyapun sudah banyak tersedia kursus-kursus yang dapat melatihkannya dengan berbagai metode yang sangat cepat. Dan ada yang menganjurkan akan pertandingan TILAWAH itu sendiri. Fikir2kanlah sendiri.!

Fungsi TA’LIM (mengajarkan)  masih terus berjalan, bahkan masih banyak ustadz yang memimpin majlis-majlis Ta’lim, baik langsung maupun menggunakan kaedah2 moden dan berteknologi melalui radio, tv dan internet. Dipondok2, surau2 dibacai akan kitab2 lama tulisan ulamak2 lama. Alhamdulillah masih ada lagi jiwa2 manusia yang mau kearah itu kalau nak dibandingkan dengan program2 keduniaan yang pengikutnya bukan sedikit.

Yang jadi masalah adalah fungsi TAZKIYAH (mensucikan). Bunyi yang cukup mudah tapi perlaksanaannya belum tentu dapat.  Rasulullah SAW mentazkiyah qalbu dan jiwa para sahabat sebelum menta’lim mereka, jadi para sahabat jiwa dan qolbunya dibersihkan / disucikan terlebih dahulu baru kemudian diberi ajaran kebenaran.. Jiwa sahabat sudah tersucikan lebih dahulu sebelum mendapatkan Ta’lim.
 
Apa yang dikatakan membersihkan jiwa itu?

Pertama: Kita harus Mengenal Diri kita. Jangam senyum, dah! Sebab bila kita sebut menyucikan diri maka macam2 yang datang masuk ke kepala otak manusia. Nak bawa orang masuk bertarekat lah nih! Macam2lah lagi.  Tak percaya sebutlah perkataan itu pada mereka itu….Sebenarnya yang itu pun sebahgian daripadanya baru boleh meneruskan pada tahap kedua.

Kedua : Mengisi Diri kita melewati pembersihan (tazkiyah) dengan tiga tahapan:

·         1.      Pembersihan Aqidah iaitu melalui pemahaman akan segala yang terkandung dalam Rukun Iman. Ini adalah asas utama.

·         2.      Pembersihan Dengan Menjalankan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya. Disifatkan pada perlaksanaan akan Rukun Islam yang lima itu. Dari sini berlaku perlakuan2 bersifat lahiriah dan batiniah.

·         3.      Dan menjalankan Sunnah-sunnah Rasulullah saw.

Firman Allah SWT: Yang bermaksud:
"Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya".
[Asy-Syams : 7-10]
Dizaman semasa hayat Rasulullah saw para sahabat mendapat Tazkiyah terus dari baginda secara langsung. Sebenarnya Rasulullah SAW mendapat Tilawah, Tazkiyah dan Ta’lim dari malaikat Jibril, Kemudian para Sahabat mendapatkannya dari Rasululah saw. Lepas itu para tabi’in dari para Sahabat.. begitu seterusnya proses Tazkiyah ini berjalan.

Pertanyaannya sekarang siapa yang mentazkiyah diri kita disaat dan di kala zaman ini ?

Untuk Tilawah kita dapat mempergunakan berbagai multi media di mana ayat Quran  banyak tersebar dengan harga murah. Kaset qari2 tempatan dan Asia Barat dijual di sana sini juga boleh jugak di"downloadkan" dari internet. Sudah menjadi adat masyarakat Islam di nusantara macamana sekalipun akan menghantar anak2 mereka untuk mengaji Quran. (bahasa yang seringkali diucapkan) samada di rumah tok2 guru (dulu), atau kat rumah ustadz / ustazah atau juga kat surau2 berhampiran. Dewasa ini sudah banyak kelas2 hafiz Quran didirikan di pelusok negara. Untuk peringkat kebangsaan sudah ada Akademi Al-Quran yang melahirkan hafiz2 dan hafizah2.

Untuk Ta’lim, kita dapat mendatangi majlis ta’lim,halaqah, liqa’ dan ma’bit; menjumpai para ustadz dan murabbi. Alhamdulillah, masjid2 dan surau2 menganjurkan majlis seperti ini saban minggu. Ada yang ramai mengikutinya dan begitulah sebaliknya. Kekadang kita lihat masyarakat sekarang mengikut mood…sebab mereka lihat ustadz mana dan kitab apa yang dibaca. Kekadang tempat itu sendiri memainkan peranan. Malas nak cakaplah di sini tapi faham2 ajalah. Soalannya….(maaflah) apakah yang dibaca dan diajari itu benar2 masuk ke benak hati dan bersedia untuk dipraktikkan atau sekurang2nya difahami atau menerimanya sebagai suatu ilmu. Tapi semua itu KALAU kita lakukan dengan qalbu yang kotor karena tidak mengalami Tazkiyah terlebih dahulu macamana pulak?!..

Adakah para ustadz atau kyai ataupun syeikh itu dapat mentazkiyah kita ?

Apakah para murabbi kita juga telah tersucikan jiwanya sehingga mampu mentazkiyah kita? Kata orang jangan cakap tak serupa bikin. Itulah kita kita kena pilih guru itu betul2.

Kadang kita katakan, tak perlu tazkiyah secara formal, lakukan saja ibadah dengan ikhlas dan tekun, nanti jiwa akan tertazkiyah sendiri. Betulkah? Bagaimana kita dapat ikhlas kalau belum tazkiyah. Bagaimana akan termotivasi dan tekun beribadah, kalau masih ada kotoran-kotoran jiwa ? Jadi berputar-putar.. pi mai pi mai tang tu. Untuk tazkiyah perlu ibadah, tapi untuk ikhlas dan tekun beribadah diperlukan tazkiyah lebih dahulu…

Mungkin banyak yang berpendapat tak perlu ada Tazkiyah secara formal, juga tak perlu ada orang yang mentazkiyah kita. Itu semua karena kita belum mengetahui pentingnya dua hal itu. Kalau soalannya belum terjawab dan pakai “redas” sahaja itulah menyebabkan ramai umat masakini telah jauh tersasar dari landasan Islam yang sebenar. Hanyut dan lupa diri. Puak2 yang ramai dan semakin ramai ini bagi setengah pihak tidak apa tapi sayang kenapa puak yang mahu pada agama dituduh macam2. Sesat, menyeleweng bahkan sampai tahap pengganas yang mesti dimusuhi. Bab akidah jangan buat main2.

Tapi harus kita ketahui, siapa yang mentazkiyah kita saat ini ?

Kadang kita terlalu angkuh dan sombong dengan mengatakan tak perlu tazkiyah dari orang yang mentazkiyah, karena hubungan kita dengan Allah SWT bersifat langsung dan individual, tak memerlukan perantara. Tapi betulkah kita, dengan segala kekotoran kita dapat terhubung langsung dengan Allah? Bukankah Rasulullah saw sebelum mikraj pun ditazkiyah dulu qalbunya oleh Malaikat Jibril ?

Masukilah rumah lewat pintunya. Pelajarilah agama melalui sumbernya. Celeklah sebelum dipejamkan bijik mata. Seraplah cahaya Ilahiah melalui salurannya. Ertinya nak dapat ilmu dan mempraktikkanya mestilah berguru. Jangan bergurukan syaitan!

Kesimpulannya mendapatkan seorang Wali Mursyid itu adalah perlu dan wajib sesuai dengan Al Quran surat Al Kahfi ayat 17 diatas  Kita tidak akan pandai tanpa guru (bukankah siapa yang belajar tanpa guru, maka gurunya adalah syaitan). Jiwa takkan terbersihkan tanpa ada yang mentazkiyahnya.

Tapi jangan jadikan sembarangan orang untuk kita jadikan mursyid. Jangan tersalah pilih akan guru yang bakal membantu kita ke jalan yang terang lagi tersuluh itu. Bagaimana ia akan mentazkiyah diri kita kalau diapun belum tersucikan jiwanya. Dia pun dua kali lima persis dengan kita.. Carilah murid yang berkualifikasi wali. Bukan wali murid, atau wali nikah, akan tetapi Wali Allah.

Aku sunting-tambah dari buah fikiran penulis asal, harap maaf dan jutaan terima kasih moga isi yang ditambah tidak lari dari tajuk asal.

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ – وَاَللَّهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَابِ –

Rujukan:
http://sendy-master.blog.friendster.com/2008/11/wali-mursyid-pembimbing-jalan-ruhani-menuju-ilahi-pewaris-tugas-rasulullah-saw/

Sunday, 6 December 2009

Uzlah Ikhlas padaNya.

Perkataan uzlah ataupun khalwat tidaklah satu yang asing bagi seorang ahli yang mengamalkan sesuatu tarekat. Uzlah ertinya memencilkan diri iaitu mengasingkan diri dari orangramai untuk melatih diri menghampirkan diri dengan Allah swt. Untuk tujuan itu seseorang itu perlu mengetahui amal ibadat yang perlu dilakukan dalam uzlah itu seperti solat, zikir, doa, wirid dan sebagainya. Diri, pakaian dan tempat untuk beruzlah mestilah bersih zahir dan batin. Dan yang penting niat dikhususkan semata-mata ikhlas kerana Allah dan sebaik2nya hendaklah berpuasa dalam beruzlah itu. Orang yang beruzlah tidak boleh berkata2 dengan sesiapa dan paling penting tidak boleh meninggalkan solat lima waktu sehari semalam dan yang paling afdhal bersolat berjemaah.

Biasanya orang yang melakukan uzlah ini dipanggil Salik. Uzlah dibahagikan kepada dua iaitu uzlah lahir dan uzlah batin. Yang pertama, seseorang yang melakukan uzlah faham bahawa dia mesti mengosongkan diri dari hal2 keduniaan dan sebaik2 carilah tempat yang boleh terhindar dari gangguan manusia. Tujuan uzlah itu sendiri adalah untuk mengikis segala dosa dan noda dengan berzikir dan bertaubat yang tanpanya adalah mustahil cita2 dan hajatnya tercapai. Disamping itu dia harus memperbanyakkan memikir penciptaan Allah, mengenal dirinya sebagai hambaNya yang banyak berdosa dan melakukan banyak kesalahan yang kalau tidak dimaafkanNya niscaya dia berada dalam celaka. Apabila timbul perasaan2 semacam ini maka kuatlah keimanan dan keyakinannya bahawa Allah akan mengampuninya dan seterusnya.  Si Salik tadi hendaklah juga berhasrat denga beruzlah itu, hendaklah kewujudannya, ego dan nafsu ammarahnya tidak lagi menggangu orang lain dan dengan itu dapat mendidik dirinya dan nafsunya mempertingkkatkan kemajuan kerohaniannya. Dia bersungguh2 dalam peribadatanya dan memohon agar segala dosa dan kesalahan samada sengaja ataupun tidak, nyata ataupun yang tersembunyi diampunkan dan bertaubat tidak akan mengulanginya lagi di masa hadapan. Itulah taubat yang sebenar2nya taubat. Ertinya dalam permulaan uzlah itu seseorang itu perlu melakukan solat taubat.

Firman Allah dalam surah An Nazi’at ayat 40 dan 41 yang bermaksud:

“Adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsu, maka sesungguhnya surgalah tempatnya”

“Kecuali orang2 yang bertaubat, beriman dan beramal saleh, maka kejahatan mereka diganti allah dngan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Al-Furqan : 70

Adapun uzlah itu sendiri umpama benteng yang melindungi dirinya dari serangan musuh (nafsu) yang sentiasa cuba menyerang untuk menganjurkan kesalahan dan dosa samada ringan maupun berat. Ketika beruzlahlah si Salik tadi dapat menjauhi diri dari perbuatan dosa di samping membersihkan diri dari dosa2 yang ada.

“Maka barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam ibadatnya pada Tuhannya”.

Al-Kahfi : 110

Begitu juga uzlah batin, yang  membuang daripada hati semua yang bersangkutpaut dengan keduniaan, kejahatan, makan-minum, kenafsuan dan melupakan keluarga (anak / isteri), dan segala jua selain Allah. Tumpuan hanya kepada Allah, kerana Allah dan untuk Allah semata2. Masuknya ke pintu uzlah itu maka tutuplah segala perasaan sombong, dendam, zalim, marah. hasad, dusta dan segala sifat2 kotor menuju kepada tujuan uzalah itu sendiri iaitu untuk mensucikan diri. Tindakannya bertujuan menafikan dan mematikan segala sikap ego dan segala penyakit berpunca dari hati dan nafsu serakahnya. Selepas dia mengerjakan solat taubat hendaklah dia bertafakur dan mengheningkan fikiran serta zikir terus menerus sehingga ego dan sifat2 jahat yang bersarang di hatinya terhapus. Ini mungkin memakan masa yang panjang. Uzlah yang dilakukan bukan boleh dibuat2 dengan sengaja atau sewenang2nya. Ia bukan perbuatan olok2 dan main2. Bukan pergi bertapa berhajatkan ilmu keduniaan..nakkan ilmu kebal, ilmu ghaib, ilmu terbang, ilmu  yang entah apa-apa bukan yang menghampirkan diri kepada Allah. Bertapa dan beruzlah bunyi dan caranya serupa tapi kaedahnya tidak sama. Bertapa lebih pada menuntut bab duniawi.  Lain pula halnya dengan beruzlah atau berkhakwat itu. Apa yang perlu adalah rasa kecintaan, keikhlasan dan iman yang sejati. Uzlahnya bukan meminta balasan. Ia bukan merupakan jalan buatan sendiri tapi adalah jalan para sahabat Nabi, jalan mereka yang menuruti jejak langkah para sahabat, dan jalan mereka yang tahu jalan para pengikut sahabat lalu menurutinya.

Oleh itu apabila sudah menurutinya, jangan menoleh kebelakang lagi meskipun apa yang sedang dihadapi itu terasa berat sekali pada permulaannya. Jika sudah terbiasa akan menjadi mudah dan pasti berazam untuk melakukannya lagi. Pohonlah pertolongan Allah dalam menempuh uzlah ini kerana ia bermula dengan taufik hidayah Allah, maka jika berazam benar dan ikhlas, pertolongan Allah pasti datang mengiringi segala gerak gerik si salik tadi. InsyaAllah jika dilakukan dengan cara yang betul maka Ia akan memagari diri si Salik supaya tidak mengulangi perkara2 yang tidak diingini dan dijauhkan diri daripadanya. Rupanya berseri2, perasaan zahir dan batinnya akan menjadi suci kerana ia telah diampuni Allah, kerana ia berada dengan Allah. Allah akan mengawasinya, menerima doa dan rayuannya dan memperkenankan segala kehendaknya.

‘Barangsiapa yang mengkehendaki kemuliaan, maka bagi Allah lah kemuliaan itu semuanya. KepadaNyalah naik segala perkataan2 yang baik dan amal yang saleh dinaikkanNya”.

Al-Fathir : 10

“……Allah menghapuskan kesalahan2 mereka dan memperbaiki keadaan mereka”.

Muhammad : 2

Mereka yang telah dikasehi Allah akan diangkat darjatnya, tidaklah ada lagi “keduaan” atau kesyirikan, gangguan dan huru-hara, kekhuatiran dan kegelisahan dalam hati mereka. Segala amalan yang dilakukan semasa beruzlah meliputi seperti solat (samada fardhu, taubat, tahajjud, hajat, dsb), zikir, doa, wirid dan sebagainya semata2 bertawqarrub kepada Allah swt yang mana kesemua amalan itu dikira amalan saleh dan terpuji. Maka adalah tidak mustahil dia akan diangkat ke pangkat kemuliaan dunia dan akhirat dan itulah matlamat tertinggi bagi seoarang hamba yang mengakui kehambaannya kepada Allah. Segala pangkat dan darjat tidak akan diberikan kecuali, sesudah berkhidmat dengan jujur dan ikhlas!

“Dari keduanya  keluar mutiara dan marjan”.

Ar-Rahman : 22

Barangsiapa sampai kepada keadaan ini, maka ia berada di peringkat taubat yang sebenar2, ilmunya diluaskan kerana tindakannya semua untuk berkhidmat dengan sesama insan lillahi taala, hatinya tidak lagi tertarik kepada dosa dan maksiat, percakapannya hanya mengenai urusan dengan Tuhan. Dah tiada masa nak bertanyakan hal2 Ghairullah dan nafsunya memikirkan Zahratil-Hayatid-Dunia. Jika ia lupa dan tersalah ia akan diampunkan kerana ia ingat semula setelah ia lupa, ia bertaubat seandainya berbuat dosa kerana lupa dan lalai serta tidak disengajakan. Ia merasa hampir dengan Allah yang telah terlebih dahulu hampir dengannya. Bukankan itu satu nikmat yang tiada taranya dan satu kurnia yang besar nilalnya, biar orang yang pintar tahu rahsianya, orang2 bodoh terkapai2 tangannya hanya menterbeliakkan dua bijik matanya yang buta, tidak kenal maka tidak ada makrifatnya, tidak ada cahaya mana boleh mendapatkannya.

Kata orang2 alim dan makrifat, bersihkanlah hatimu dari segala daki2 kekotoran, tumpukan perhatian kepada Tuhan yang menciptakan, kelak engkau akan mengenali jalanNya, bila engkau menuju kepadaNya, engkau akan sampai kepadaNya!

“…..kemuliaan itu hanyalah bagi Allah, bagi RasulNya dan bagi orang2 mukmin”.

Al-Munafiqun : 8

وَاَللَّهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَاب