بسم الله الرحمن الرحيم
Pendahuluan
1. Bahawasanya ilmu tasawwuf itu pengetahuan berkenaan dengan kelakuan hati, samada kelakuan yang terpuji seperti merendah diri dan sabar atau kelakuan terkeji dan tercela seperti dengki dan membesar diri.
2. Adapun faedahnya maka menyampaikan ia kepada mengosongkan hati daripada yang lain daripada Allah Taala dan menghiasinya dengan memandang kepada Tuhan sekelian alam.
3. Dan adapun hantarannya maka iaitu hati manusia daripada pihak kelakuan yang datang kepadanya.
4. Maka hukumnya adalah fardhu ain bagi tiap-tiap yang berakal lagi cukup umur.
5. Dan adapun tempat ambilnya daripada Al-Quran yang mulia dan hadith Rasulullah saw.
6. Adapun namanya adalah ilmu tasawwuf.
Maksud ilmu tasawwuf itu sendiri adalah membersihkan segala anggota zahir yang tujuh daripada segala perbuatan keji dan tercela. Tujuh anggota itu adalah:
1. Mata
2. Telinga
3. Lidah
4. Perut
5. Faraj
6. Dua tangan
7. Dua kaki
Hendaklah kita beringat dalam hati bahawasanya Allah Taala telah mengurniakan beberapa nikmat besar iaitu nikmat segala anggota dan wajiblah kita memeliharanya dan mensyukurkannya. Anggota-anggota itu akan diminta menjadi saksi atas segala perbuatan kita semasa hidup di dunia.
Firman Allah dalam surah Yasin:65
اليوم نختم ءلى أفوههم وتكلمنا أيديهم وتسهدأرجلهم بما كانوايكسبون
Maksudnya: Pada hari kiamat dikunci Allah Taala atas segala mulut mereka itu (menegah mulut dari bercakap), berkata-kata akan Allah oleh sekelian tangan mereka dan bersaksi oleh sekelian kaki mereka itu dengan barang yang telah mereka usahakan semasa di dunia.
Maka tiap-tiap anggota bertutur ia dengan kejahatan yang keluar daripadanya. Firman Allah:
وما كنتم تستترون أن يشهدءليكم سمعكم ولآأبصركم ولاجلودكم
Ertinya: Dan tiada ada kamu dahulu di dalam dunia bersembunyi pada ketika mengerjakan kejahatan daripada mensaksikan atas kamu oleh segala telinga kamu dan segala mata kamu dan segala kulit kamu
Dan tidak dapat sembunyi daripada segala saksi ( tujuh anggota) itu melainkan meninggalkan segala kejahatan itu sama sekali kerana tidak bercerai semuanya (anggota itu) dari manusia pada setiap masa dan setiap tempat.
Oleh itu jagailah nikmat anggota-anggota yang Allah kurniakan itu dan mensyukurinya.
Sekian muqadimah dari terjemahan kitab Penawar Bagi Hati.

No comments:
Post a Comment