Berusahalah dengan besungguh2 pada mencahayakan hatimu dan kubormu itu.
Hati itu dicahayakan dengan amalan2 batin yang soleh. Kubor pula dicahayakan dengan amalan2 zaher yang soleh. Sedangkan ikhlas itu adalah syarat bagi semua amalan, tanpanya tidak dapat dikira amalan dan tidak punya buahnya.
Berbuat baik kepada sesiapa yang berbuat jahat kepadamu adalah lebih sempurna dari berbuat baik kepada siapa yang berbuat baik kepadamu, dan mendahulukan kebaikan kepada sesiapa yang berbuat baik kepadamu adalah lebih utama.
Dalam mengamalkan wirid oleh seorang murid itu terdapat semacam riadhah, dan dalam wirid juga seorang 'Arif akan memperolehi keberkatan yang banyak dan tingkatannya berbanding dengan warid umpama martabat jasad dengan roh.
Orang yang tidor harus dikejutkan,
Orang yang lalai harus diingatkan.
Siapa yang tidak dikesankan padanya kejutan dan peringatan, maka ia sebenarnya orang yang sudah mati. Kerana bicara nasihat itu hanya berguna bagi orang yang menyambut dengan hatinya, bukankah Tuhan telah berfirman: "Tiadalah yang mengambil pelajaran kecuali orang yang kembali kepada Allah."
No comments:
Post a Comment