Friday, 17 July 2009

ISME / FAHAMAN (DAJAJILA)

Kekuasaan negara sentiasa bersifat mencapai peningkatan dan menuju kemajuan dalam segala bidang. Semenjak munculnya kekuasaan negara Islam, banyaklah kemajuan yang dapat dihasilkan olehnya.Akhirnya Daulah Islamiah merupakan pusat segala kemajuan dan meninggalkan Eropah dalam kegelapan.

Menurut hukum alam sejarah itu berulang dan tidak pernah berbohong.Kestabilan sesuatu kuasa itu tidak selama-lamanya kekal.Ini menjadi sunnatullah, ada masa maju dan ada masa mundur.Ada masa di atas dan ada masa jatuh tersepok ke bawah.

Demikian juga halnya dengan Daulah Islamiah, mereka mengalami zaman kelemahan dan kemunduran. Asasnya kerana mereka berpecah dan meninggalkan Islam sebagai cara hidup mereka. Meninggalkan syariat Muhammad saw dalam erti kata lain meninggalkan Quran dan Sunnah. Inilah tali Allah.

Dengan meninggalkan Quran dan Sunnah umat Islam menjadi bercelaru dan haru-biru.Umat Islam tidak dapat mengenal musuh dan bahaya yang mendatang.Umat Islam menjadi umat yang tidak berdaya dan hamba kepada isma-isma yang palsu.Umat Islam kini sedang diperkotak-katikkan oleh kuffar Zionist dan kuncu-kuncunya juga oleh bangsa Islam itu sendiri yang berkiblatkan barat. Musuh Islam kini berada di merata penjuru, jauh dan dekat. Subhanallah.
“Maka setelah ahli-ahli sihir itu datang, Musa berkata lemparkanlah apa yang hendak kamu lemparkan.Apa yang kamu lakukan itu adalah sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidakbenarannya.Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-orang yang membuat kerosakan.Dan Allah akan mengukuhkan yang benar dengan ketetapannya walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukainya”.
Quran : Surah Yunus Ayat 80-82.

Dalam negara orang-orang yang buta, manusia bermata satu adalah Raja.Buta itu cacat, bermata satu itu pun cacat.Kedua-duanya cacat.Jika diumpamakan dengan binatang lembu korban maka lembu cacat ini tidak boleh dikorbankan.Dajjal itu bermata satu, cacat.Dajjal datang kepada kita dalam tiga bentuk.Dajjal sebagai individu.Dajjal sebagai masyarakat dunia dan fanomena budaya.Dajjal sebagai kuasa yang tidak dapat dilihat.

Shaykh Abu Madyan Al-Ghaust mengatakan, Dajajila (bilangan banyak,satu Dajjal) ialah ‘anti-christ’ atau nabi palsu yang didalam zamannya, membawa umat Islam kepada doktrin-doktrin yang salah (faham dan isma) fanatikisme dan berlebih-lebihan.

Al-Quran yang diturunkan kira-kira empat belas kurun yang lampau itu, rupa-rupanya memberikan gambaran yang benar.Ia menjelaskan mengenai tamaddun Dajjal yang lahir pada abad ketujuh belas Masihi dan mencapai kematangannya dalam abad kedua puluh ini.Al-Quran memberikan gambaran mengenai kesudahan,ketinggian dan pemimpin agong yang dinamakan oleh RasulAllah saw dengan sepatah perkataan yang amat ringkas tetapi penuh bererti iaitu “Dajjal”.

Hubungkait Surah Al-Kahfi dengan akhir zaman, fitnah-fitnah yang berlaku, seruan kearahnya, haluan dan fitnah Dajjal dalam bentuk yang khusus, pengajaran ayat, contoh tauladan serta ayat-ayat yang terkandung dalamnya. Ini bukan tafsir Surah Al-Kahfi tetapi cetusan dari renungan dari ilham Allah terhadap pemerhatian dan fadilat surah ini.

Dajjal ialah gelaran yang diberi (menyeru kepada kejahatan, pemikiran sesat dan mulhid).Kedajjalan dan aktiviti-aktivitinya memperdajjalkan orang lain dalam semua perkara.Dinamakan Dajjal kerana ia bersifat pendusta, penipu dan pembohong.Dajjal ialah Al-Maseh Penipu.Yang menjadikan dia Dajjal ialah sihir dan penipuannya.

Abu Al-Abbas mengatakan “dinamakan Dajjal kerana ia menipu orang ramai,berbohong dan menutup perkara batin dengan keindahan zahir”.

Dari Huzaifah Al-Yamani sabda RasulAllah saw Sesungguhnya Dajjal itu keluar dan bersamanya air dan api.Ada pun yang dilihat oleh orang ramai sebagai air itu adalah api yang membakar.Dan yang dilihat oleh orang ramai sebagai api itu sebenarnya ia adalah air yang sejuk lagi tawar’.

Dalam riwayat Abu Hurairah pula disebut Sesungguhnya ia membawa bersamanya perkara yang seakan-akan Syurga dan Neraka.Adapun yang dikatakan Syurga itu sebenarnya ialah Neraka’.
Tamaddun kebendaan di zaman akhir ini telah pun menampakkan sifatnya untuk memperdajjalkan orang lain dalam semua perkara.Tamaddun zaman ini juga menampakkan sifat-sifat mengaburkan kafahaman orang ramai.Melabelkan sesuatu perkara dengan nama yang tidak sepatutnya, memalsukan kebenaran dan melabelkan yang menarik dan menawan hati kepada perkara-perkara yang keji.Menambahkan pertentangan antara zahir dan batin, teori-teori ilmiah dengan pengalaman amalinya.Inilah syiar dan falsafah yang telah mengambil tempat agama.Syiar dan falsafah-falsafah ini telah berjaya mempengaruhi jiwa dan pemikiran orang ramai.

Contoh syiar dan falsafah (isma) ialah seperti kebebasan, kesamarataan hak, sosialis, demokrasi, meninggikan taraf hidup, kemakmuran, hak-hak kemanusiaan, womens lib sehingga perkataan kebudayaan, kesenian, perlembagaan dan sebagainya. Ianya adalah label dan ungkapan yang sentiasa dianggap suci dan mulia.Perasaan menghormatinya disemai dalam hati dan jiwa sehingga sesiapa yang meraguinya dan mempertikaikannya dianggap sebagai mundur dan menolak kenyataan.

Keadaan ini telah mengelirukan para cendiakawan dan ulama-ulama terkemuka.Akhirnya mereka pula yang mencanang dan mempopularkan lagi syiar dan falsafah tersebut tanpa membuat sebarang penilaian terlebih dahulu niat mereka yang mencipta syiar dan falsafah (isma) tersebut.Para cendiakawan dan ulama mengajak orang ramai menerima dan mempercayainya dengan bersungguh-sungguh.

Semua ini berpunca dari kekuatan pengaruh perdajjalan dan tipu muslihatnya yang diterajui oleh “Dajjal Agong”.Inilah ketua bagi semua Dajjal dan penipu lain yang memang sudah tidak asing lagi dalam sejarah tamaddun manusia.

Semangat dan roh ‘Dajjal Agong’ telah pun menular ke dalam tamaddun manusia hari ini.Ini dapat dikesan kerana arus pergerakannya adalah bertentangan dengan Islam yang dibawa oleh RasulAllah saw. Ia menolak konsep beriman dengan hari kiamat, beriman dengan perkara ghaib, beriman dengan Allah swt pencipta alam semesta, beriman dengan kekuasaan Allah swt yang mutlak serta kewajipan menghormati perundangan dan ajarannya.



Sebaliknya pula aliran syiar dan falsafah Dajjal adalah terlalu berpegang kepada perkara-perkara nyata yang dapat dicapai dengan pancaindera.Ia juga amat menggemari perkara-perkara yang dapat memberikan kepuasan kepada jasmani dan menafaat duniawi.Perkara yang dikejarnya hanyalah yang wujud di alam nyata ini sahaja.Inilah intisari yang dihurai dalam Surah Al-Kahfi, semua cerita dan pengajaran yang terkandung di dalamnya menghuraikan perkara tersebut.

Kristian dan Yahudi memainkan peranan yang sama dalam menentukan arah aliran tamaddun dunia dan matlamat manusia.

Kristian yang menyeleweng telah memacu Eropah ke arah dunia yang bertamaddun telah memainkan peranan yang sama dengan Yahudi pendendam.Nasrani dan Yahudi, meskipun dua agama tersebut mempunyai asas akidah yang bertentangan telah bersama dan bersatu mengarahkan tamaddun dunia agar menggilai kebendaaan yang langsung tidak mempunyai roh ajaran para Anbia.Mereka telah mengarahkan tamaddun dunia supaya menjadikan kebendaan sebagai matlamat seseorang.(Kapitalis dan materialistik).

Golongan Kristian yang telah bebas daripada perhambaan gereja serta paderi mula mengarahkan haluan mereka ke arah kebendaan kasar.Hubungan golongan Kristian ini dengan agama Masehi sebenar yang diasaskan di atas dasar tauhid telah menjadi lemah walaupun tidak terputus langsung.Keadaan inilah yang menggugat dunia dan matlamat sebenar seseorang insan,apabila berlakunya sogokan penemuan ilmiah moden dan ciptaan-ciptaan baru, tidak seimbangnya ilmu, perasaan, akal dan timbang rasa antara teknologi dan akhlak.

Disebabkan adanya sedikit ciri keturunan dan darah ataupun oleh sebab-sebab pelajaran, pendidikan, matlamat politik dan aliran kebangsaan, maka orang-orang Yahudi telah melibatkan diri secara meluas dalam bidang-bidang ilmu, kesenian, penemuan sains dan ciptaan baru.Mereka juga melibatkan diri dalam usaha menguasai tamaddun yang ada dan menerajuinya ke arah kepentingan mereka.Mereka berusaha meluaskan pengaruh kesusasteraan, pendidikan, politik, falsafah, perdagangan, media massa dan sebaran am.Akhirnya orang-orang Yahudi menjadi penggerak utama tamaddun barat yang asalnya lahir dalam masyarakat Kristian.

Bagi pengkaji yang mendalami perkara-perkara yang berlaku dan mengkaji sejauh manakah pengaruh Yahudi yang bergerak dalam masyarakat Barat pasti dapat melihat dengan jelas bahawa tamaddun ini dengan pengisian ilmu dan kebudayaannya akan berakhir secara negatif.Kemuncak kuasa untuk merosak, menghancur, meragut dan mendajjalkan kini berada ditangan Yahudi.Kristian barat tumbang dan telah menyerahkan kuasanya.Kristian barat tumbang kerana kelalaian dan kejahilan matlamat mereka sendiri.Ianya juga berlaku akibat daripada perasaan dendam mereka.Mereka memberikan Yahudi peluang yang luas yang belum pernah Yahudi mimpikan sejak berkurun-kurun.Keadaan ini amat membahayakan manusia serta alam seluruhnya.

Sebab itu kita dapati di dalam Surah Al-Kahfi ini terdapat pertalian yang rapat dengan Kristian dan Yahudi.Diawal surah ini telah dibentangkan perkara yang berkaitan dengan akidah Kristian (ayat 1-5).

Sifat kedua yang jelas kelihatan pada tamaddun yang lahir dalam dokongan dan jagaan Kristian ini ialah kecintaan yang amat sangat kepada kehidupan duniawi yang fana dan terbatas ini.Begitu juga wujud kemahuan agar kehidupan dunia ini berpanjangan dan dipandang indah.Tamaddun ini terlalu mengagongkan dan mengutamakan perkara yang bersangkut-paut dengan keduniaan.Menidakkan perkara-perkara yang berkaitan dengan balasan akhirat dan alam ghaib seperti contoh tauladan, niat, kebajikan dan nikmat.Baginya cukup setakat berlumba-lumba mendapatkan keperluan, kekuasaan dan bekalan hidup di dunia ini sahaja.

Inilah titik pertemuan serta persamaan diantara Yahudi dengan Kristian.Meskipun kedua-duanya saling bermusuhan.Sebenarnya Kitab Taurat (Old Testament) yang ada pada masa ini tidak menyebut perkara berkaitan dengan alam akhirat, isyarat mengenai rendahnya kehidupan dunia.Tidak munasabah kitab yang mempunyai roh dan tabiat ini termasuk dalam kumpulan kitab yang diturunkan Allah swt dari langit.Sejarah Yahudi merupakan sejarah perlumbaan mengejar kebendaan, kekayaan, perjuangan untuk menjadi pembesar dan kemegahan bangsa.Ini dapat dibuktikan dengan jelas melalui kitab suci agama, penulisan dan bakat seni mereka. Seperti kesusateraan, syair, cerita, kisah kepahlawanan,kesatriaan, kepadrian, keberanian, peperangan, revolusi, ciptaan dan rekaan serta pemikiran falsafah.

Dari apa yang disebutkan di atas, perkara yang paling jarang disebut ialah mengenai soal kemanusiaan, merendah diri, kehalusan jiwa, menolak kebendaan, menganggap kehidupan dunia sebagai hina, kerinduan menemui Allah swt serta hari kiamat dan mengasihi manusia umumnya.

Perubahan-perubahan dalam agama Kristian dan kesannya pada masyarakat moden hari ini.

Mengambil mereka, iaitu para rabbi dan pendeta sebagai Tuhan selain dari Allah juga Al Maseh ibnu Maryam sebagai Tuhan sedangkan mereka disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa yang tiada Tuhan selainNya, maha suci Dia dari apa yang mereka syirikkan.Mereka ingin memadam Nur Allah dengan mulut mereka dan Allah menolaknya bahkan menyempurnakan nurNya walaupun ianya menjengkelkan para kafirun.Dia menghantar rasulNya dengan hidayah dan Din yang hak yang jelas mengatasi din-din lain walaupun merasa jengkel para mesyrikin.

(Al-Baraah 9:31-33)

Allah swt telah menunjukkan jalan yang diambil oleh orang-orang Kristian dan Yahudi.Mereka menolak tauhid,lalu mereka berada didalam kegelapan.Kekeliruan ini membuatkan mereka tidak boleh mencari jalan asal malah dari hari ke hari mereka semakin sesat.Pada awalnya orang Kristian membenci orang Yahudi kerana kononnya orang Yahudilah yang membunuh Nabi Isa a.s.Nazi Jerman telah mengambil doktrin ini dari Reformis Kristian Martin Luther sebagai sebab penyeksaan ke atas Yahudi.

Kita lihat pula pandangan kedua-dua puak ini terhadap riba.Agama Yahudi yang berasal dari ajaran para rasul mengharamkan riba.Agama Kristian yang diubah oleh Saint Paul pun mengharamkan riba.Agama Kristian yang asal telah direformasikan oleh St.Paul (seorang Yahudi).St.Paul telah memasukkan unsur agama Yahudi kedalam agama Kristian versi empayar Rom.St.Paul berkata Nabi Isa a.s. adalah al-Masih yang ditunggu-tunggu oleh orang Yahudi.Nabi Isa a.s adalah raja yang ditunggu-tunggu oleh orang Yahudi.Upacara sambutan as-Syura sempena peristiwa orang Yahudi diselamatkan dari Firaun diubahsuai kepada acara makan biskut di gereja-gereja.Sesiapa yang makan biskut itu akan selamat di akhirat nanti.Kalau dulu biskut adalah makanan yang dimakan oleh orang Yahudi yang merempat lari dari Firaun kini telah diubah sebagai upacara yang menyelamatkan seluruh umat manusia.

Begitu juga dengan acara minum arak yang asalnya hanya dilakukan di kalangan para rabbi.Asalnya rabbi adalah penyembelih binatang korban ditempat ibadat di Baitul Maqdis.Kononnya inilah juga upacara minum arak/darah oleh rabbi sebelum mereka menyalib nabi Isa a.s.Ini juga disesuaikan oleh St.Paul dari tradisi Rom yang meminum darah raja untuk mendapat keberanian seseorang raja.

Jadi pada hakikatnya agama Kristian itu adalah ubahsuai dari agama Yahudi dan tradisi Rom.Kesan akibat dari reformasi agama Kristian ini, pertama ia membebaskan manusia dari kongkongan syariat tuhan.Dalam versi asal agama Kristian, manusia hendaklah bertaubat kepada tuhan.Tetapi dengan menghadiri upacara ini di gereja-gereja manusia yang berbuat dosa akan terampun secara otomatik.Jadi anda boleh keluar berbuat dosa semula asal saja setiap hari ahad anda menghadiri upacara tersebut di gereja.

St.Paul juga telah memperkenalkan satu konsep ke dalam agama Kristian iaitu konsep trinity.Tuhan dikatakan telah menjelma menjadi Holy Ghost dan seterusnya menjelma menjadi nabi Isa a.s.Nauzubillahi min zalik.

Bagaimanapun pengubahsuaian akidah ini tidak dapat diterima oleh orang ramai.Implikasi dari reformasi akidah Kristian ini ialah timbul gerakan rasionalis dari kalangan penganut Kristian ini.Maka berlakulah reformasi kedua ke atas agama Kristian.Selain membebaskan diri dari upacara-upacara yang diasaskan St.Paul, agama Kristian baru telah membebaskan diri mereka dari konsep riba.

Martin Luther dan Calvin mengisytiharkan bahawa riba adalah satu bentuk perdagangan.Dalam reformasi kedua ini, golongan padri yang merupakan golongan teratas digantikan dengan golongan intelek.Mereka yang bijak menggunakan akal, kata-kata mereka dijadikan ikutan dan panduan.Jika dulunya firman tuhan dijadikan bukti kini statistik dan analisis dijadikan bukti.Gereja dan padri digantikan dengan universiti dan professor.Universiti Oxford dan Cambridge itu pada asalnya adalah pusat pendidikan Kristian.Padri-padri dan Nun dipisahkan mengikut asrama masing-masing yang merupakan asas konsep “asrama penuh” seperti di Eton, England atau TKC dan MCKK di Malaya.Dalam reformasi ini ilmu akal menggantikan kitab tuhan.Di universiti professor menggantikan padri,bagaimanapun hieraki dikekalkan.Jika gereja mempunyai Bishop dan lainnya universiti mempunyai professor madya.Jika gereja ada upacara dan protokolnya universiti juga ada.Lihat saja upacara konvokesyen di universiti (kini mula merebak kesekolah malah tadika).Acara yang asalnya memuja tuhan dalam reformasi pertama diubah menjadi acara penghapusan dosa kini dalam refromasi kedua menjadi acara pemujaan pencapaian akal.

Pelopor utamanya Rousseau menggantikan upacara menyembah tuhan dengan ucapan menyanjungi akal rasional manusia.Fahaman baru ini menjadikan moral dan akhlak tidak relevan lagi dan riba adalah sesuatu yang tidak salah malah adalah satu norma kemanusiaan.Reformasi rasionalisme ini seterusnya berpendapat mereka perlu bebas dari tradisi pemerintahan beraja yang berpegang kepada kitab tuhan.Ia perlu digantikan dengan Negara yang berpegang kepada perlembagaan ciptaan manusia.Inilah konsep mula timbulnya republik berpelembagaan yang pertama di Perancis selepas sebuah revolusi mengorbankan ramai manusia.Selepas itu satu demi satu negara-negara baru berperlembagaan muncul dengan bilangan manusia terkorban dalam revolusi untuk menegakkannya dari kongkongan tradisi politik Kristian.Sentimen yang sama telah menular ke dalam umat Islam.Khalifah Uthmaniah tumpas dan timbul pelbagai negara berperlembagaan menggantikan Khalifah yang berpegang kepada Quran dan Sunnah.Semua ini berpunca dari reformasi rasionalisme akal.Kesultanan Melayu juga tumpas.

Fahaman mengagungkan keupayaan akal membuatkan rasa takut kepada tuhan hilang.Oleh kerana riba sudah halal,wang tidak lagi dalam bentuk dwi logam (emas dan perak).Wang hanyalah kertas yang dicop nombornya pada kertas dan kertas pula boleh dicetak sebanyak mungkin.Kemungkinan yang tidak terbatas ini memungkinkan pinjaman wang yang tidak terbatas untuk membiayai mega projek di seluruh dunia.Implikasinya ialah hari ini ribuan spesis binatang dan tumbuhan menjadi pupus.Dunia semakin cemar.Jurang antara kaya dan miskin semakin jauh.Matawang kerajaan Melayu,matawang emas dan perak juga hilang.Jenayah semakin teruk,semua ini berlaku sedikit demi sedikit.Sesuatu yang asalnya ialah sedikit perubahan dari akidah dan hukum tuhan hari ini merebak menjadi sesuatu yang melibatkan seluruh dunia.

Urusan riba sebagai satu urusniaga ini dimonopoli oleh golongan Yahudi.Setelah riba dihalalkan oleh agama Kristian,golongan Yahudi menjadi berkuasa ke atas mereka.Sebagai membalas dendam ke atas pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi oleh Nazi Jerman,golongan Yahudi hari ini sentiasa mengingatkan orang Kristian tentang kesalahan mereka.

Rasa bersalah orang Kristian terhadap orang Yahudi seterusnya mencetus satu reformasi baru yang ke empat dalam agama KristianDalam agama Kristian mereka percaya nabi Isa a.s akan turun ke dunia bagi kali kedua di Baitul Maqdis.Mereka tahu nabi Isa a.s berbangsa Yahudi.Dari sinilah timbul faham baru bahawa mereka mesti membantu orang Yahudi kembali ke Baitul Maqdis.Jika ini terjadi barulah nabi Isa a.s akan turun bagi kali kedua untuk memerintah dunia dengan ajaran Kristian.

Reformasi Kristian yang terbaru ini bukan saja menjadikan penubuhan Israel sebagai agenda utama agama Kristian tetapi juga menganggap Islam sebagai kuasa Syaitan yang menghalang agenda tuhan mereka.Jerry Falwell, Evangelist terkenal sering mengherdik dan mempermainkan Islam di dalam ceremah-ceramahnya di television.

Allah swt telah menyebut bahawa pemimpin Kristian dan Yahudi akan menyalahgunakan harta kekayaan mereka.Golongan Evangelist seperti Jerry Falwell yang mengadakan majlis baptisme yang penuh histeria itu mempunyai kekayaan yang besar melalui media propaganda.Begitu juga apabila Allah menyebut bagaimana mereka menyorok emas dan perak;tugas menyorok emas dan perak kini dilakukan oleh bank-bank.

Wahai orang beriman sesungguhnya ramai dari kalangan rabbi dan rahib memakan harta manusia dengan kebatilan dan menghalang dari jalan Allah.Mereka menyorok emas dan perak dan tidak menafaatkannya pada jalan Allah,maka berita gembira mereka dengan azab yang pedih.Pada hari yang dipanaskan di dalam neraka jahanam dibakar dengan besi panas pada dahi,tepi dan belakang mereka,inilah apa yang kamu sorok untuk diri kamu maka rasalah apa yang telah kamu sorok.

Al-Baraah (9 :34-35)

Dialah yang mengutuskan rasulNya dengan hidayah dan din yang hak yang dijelaskannya ke atas semua din yang lain walaupun orang-orang musyrikin merasa jengkel.

Al-Baraah (9 :33)

Baru-baru ini Osama ben Laden memberi amaran kepada Amerika Syarikat yang keselamatan mereka tidak bergantung kepada presiden yang diundi tetapi ditangan al-Qaeda.Sebenarnya keselamatan itu tidak berada ditangan sesiapa kecuali Allah al-Hafidz.Osama tidak menyeru Amerika Syarikat supaya mengambil Islam sebagai ad-din mereka.Osama tidak memberitahu Amerika Syarikat bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Osama tidak membacakan ayat al-Quran yang memberi amaran dengan siksaan api neraka dan berita gembira tentang syurga.

Sepatutnya Osama membacakan kepada rakyat Amerika Syarikat ayat Quran yang memberitahu kata-kata nabi Isa a.s sewaktu baginda baru dilahirkan.Allah swt berfirman di dalam surah Maryam ayat 30-36 yang bermaksud:

Dia berkata,akulah abdi Allah,diberi aku sebuah kitab dan dijadikan aku seorang nabi.Dijadikan aku orang yang berkat di mana aku berada dan berwasiat aku dengan solat dan zakat selagi aku hidup.Dan berbakti kepada ibuku dan tidak menjadi aku sombong lagi angkuh.Dan selamat ke atas hari aku dilahirkan dan hari mautku dan hari dibangkitkan untuk hidup semula.Demikianlah Isa ibnu Maryam,kata-kata yang hak di dalamnya yang diragui mereka.Tidaklah bagi Allah untuk mengambil seorang anak,Maha suci Dia,apabila ditetapkan urusan maka adalah dikatakan kepada sesuatu ‘jadi’ maka jadilah ia.Dan sesungguhnya Allah itu tuhanku dan tuhan kamu maka beribadatlah kepadanya,inilah jalan yang lurus.

Dunia Moden dalam krisis : krisis kedua Lebanon

Ini bukannya krisis Lebanon.Ini adalah krisis Israel,malah ini adalah krisis dunia.Zaman moden sedang berakhir.

Zaman moden mulai menjadi hancur dengan kejatuhan Yugoslavia.Maka hancurlah impian Yahudi agar satu dunia bersatu di bawah payung demokrasi dan agama Bahai.

Ianya adalah saat kehancuran Bangsa-Bangsa Bersatu.Dulu ianya di bawah pimpinan drebar teksi Mesir, Boutros Ghali.Kemudian di bawah pimpinan penjaga tiket bas London Kofi Annan.

Serangan yang pertama Israel ke atas Lebanon menunjukkan Israel berada dalam krisis.Kejayaan ekonomi Lebanon perlu dihancurkan.Ada dua kuasa yang melindungi Israel.Pertama, kuasa media massa Israel ke atas barat.Kedua ialah sebarang kritikan ke atas Yahudi dianggap salah.Ada dua istilah di Amerika Syarikat : Perkauman dan anti-Yahudi.Perkauman ialah anti-kulit hitam.Orang Yahudi tidak mahu diletakkan dalam satu kategori dengan orang kulit hitam.Jadi timbul lagi satu istilah iaitu anti-Yahudi (anti-semitik)Semitik ialah rumpun bangsa Arab dan Yahudi.Tidak salahkan kalau kita anti-Arab.

Israel adalah sebuah negara sakit jiwa yang tidak boleh hidup harmoni dengan manusia lain.Sebahagian besar tentera Israel mengalami sakit jiwa.Dunia tidak boleh berbuat apa-apa dengan Israel yang sakit jiwa.Israel tidak boleh dirotan.Israel perlu diberi kaunseling.Lagi pun Israel ialah kuasa tentera ketiga selepas Amerika Syarikat dan Russia.Bagaimana sebuah kerajaan sebesar Togo boleh menakutkan seisi dunia?Kenapa dunia berdiam diri apabila Israel tidak mempedulikan perintah Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1948 supaya Israel berundur dari sempadan sekarang?

Bagaimana dunia boleh membiarkan sebuah negara sakit jiwa melanggar mana-mana negara sesuka hatinya dan boleh mempunyai bom atom tanpa sebarang perjanjian?Mereka boleh menggunakan senjata nuklear pada bila-bila masa.Mereka berada diluar kuasa undang-undang dan diluar logik.Kalau Iran dan Korea Utara perlu didisiplinkan, mengapa tidak Israel?

Rakyat Israel tidak boleh dipersalahkan.Rakyat Israel sendiri berada dalam penjara besar.Semua jiran-jiran mereka sangat membenci mereka sehingga mereka dipulaukan.

Kita sebenarnya sedang menyaksikan kehancuran sistem demokrasi.Selepas kehancuran sistem komunis.Dunia sedang dalam proses dikuasai oleh mereka yang memegang sistem kewangan.Siapa yang memegang sistem kewangan dunia?Kita tidak mengenali mereka.Mereka bukannya dari 10 orang terkaya didunia seperti yang tersiar dalam majalah dan akhbar.Mereka ini bukan orang perseorangan tetapi korporat besar dunia.Mereka yang menjadi Lembaga Pengarah Korporat Antarabangsa inilah sebenarnya yang lebih berkuasa dari mana-mana parti yang memerintah negara.Siapa? Kita tidak tahu.Susah hendak kesan.Ya’juj wa Ma’juj? Dajjal?

Kita merasa hairan, NGO dan pemimpin dunia tidak boleh berbuat apa-apa dengan krisis di Lebanon.Persidangan G8 tidak dapat berkata apa-apa.Maknanya sistem politik sudah gagal.Tetapi anehnya masih lagi orangramai berduyun-duyun pergi mengundi untuk memilih mana-mana parti politik walaupun kita tahu parti politik bukannya kuasa yang boleh membela nasib kita.

Pada zaman dahulu,golongan bangsawan dididik dari kecil untuk memimpin rakyat.Hari ini kerajaan diperintah oleh orang biasa dari golongan bawahan.

Russia : Putin adalah bekas pegawai penjara KGB.Dia tidak ditugaskan untuk menyiksa banduan.Dia hanya menyerahkan kertas kerja untuk satu-satu penyiasatan dilakukan.Dia mendengar dan melihat jeritan banduan.Dia mengambil alih pemerintahan Russia dari seorang pemabuk.

Britain : Tony Blair, seorang pesakit jiwa, mengambil alih pucuk pimpinan dari seorang pemabuk.Dia kemudiannya melantik seorang Chancellor yang tidak berpengalaman yang memusnahkan 500 tahun tradisi parlimen British.

Amerika Syarikat : Bush anak bekas ketua CIA.Seorang yang lari dari tugas ketenteraan,pemabuk dan penghisap dadah.Mempunyai masaalah komunikasi lisan.

Amerika Syarikat sekarang : Barrack Obama….? Siapa pemimpin berdarah campuran Negro itu? Kita tengoklah!

Jerman : Angela Merkel.Tidak ada pengalaman, seorang wanita yang suka berpakaian seperti pondan.

Dan seterusnya,lihat setiausaha kerajaan Amerika syarikat,Coondoleza Rice seorang perempuan yang suka berpakaian seperti pondan.Bagaimana seorang yang berperawakan pondan mewakili sebuah kuasa dunia?Kenapa dia tersengih-sengih semasa berunding dengan Israel dan Lebanon?Dia lebih layak menjadi seorang pelayan restoran.

Plato menulis dalam Republik, menyamakan proses pemerintahan itu seperti diagnos seorang doktor terhadap pesakit dimana setiap diagnos akan memberi kesan perubahan kepada tubuh pesakit itu.Dalam modelnya, pemerintahan oleh seorang yang berkuasa (autokrasi) akan diikuti oleh demokrasi (pemerintahan oleh rakyat) seterusnya diikuti oleh sekumpulan kecil (oligarki) kerana pertelingkahan dalam demokrasi akhirnya akan menguntungkan satu golongan tertentu sahaja.Seterusnya oligarki ini akan runtuh dan kekuasaan akan jatuh ketangan seorang individu sahaja (autokrasi).Proses ini seperti sebuah cerita komik, bergerak pantas seperti kehidupan moden itu sendiri.Kita boleh lihat contohnya di sini : Pemerintahan autokratik Stalin, Demokrasi Gorbachev diganti sekumpulan oligarki Yahudi diketuai Yeltsin dan hari ini autokrasi Putin.Malaysia?


Tidak ada pemimpin politik hari ini yang boleh menandingi fungsi dan wibawa pemimpin korporat.

Carl Schmitt telah meramalkan pemimpin politik akan diganti oleh pemimpin lain.Ia akan berlaku secara perlahan-lahan.Heideggar seorang ahli falsafah abad 20 meramalkan golongan pemimpin ini bukannya orang Kristian.Junger seorang penulis Jerman abad 20 berkata bahawa dunia ini akan dipimpin oleh orang Islam.

Junger berkata “tamaddun barat telah berinteraksi dengan tamaddun Islam tetapi kita masih belum mengenal Allah.Apabila tamaddun barat mengenal Allah,Islam akan memerintah dunia”.

Ulama kaum muda telah meninggalkan tarikat yang menghayati ketauhidan dengan mendalam melalui pengalaman-pengalaman kerohanian.Terroris Islam yang mengebom diri sendiri.Mat Rempit yang berusaha keras supaya dia mati dijalanan menunjukkan umat Islam sudah tidak yakin dengan pertolongan Allah dan rahmat Allah.Ulama Kaum Muda cuba menyelesaikan Islam dengan modernisme,walhal modernisme telah lama terjun ke dalam gaung atau gantung diri.

Ulama-ulama menjadi bisu.Di Dubai para Ulama ditengking-tengking begitu sahaja oleh Amir yang memerintah.Di Mesir ulama diseksa dan dibunuh.Di Tunisia kebanyakan ulama dipenjara.Ramai orang menjadi Wahabi dan menganggap orang tarikat itu sesat,hasilnya mereka menerima doktrin Syiah Ismailiah yang menganggap mengebom diri sendiri adalah syahid.

Tugas kita ialah melahirkan pemimpin yang berhemah dan berakhlak bukan lepasan universiti yang berjiwa Mat Rempit atau taksub pemimpin yang mewarwarkan Satu Malaysia (yang pasti akan menimbulkan masalah jangka panjang dimasa mendatang)
Hanya pemimpin yang mentauhidkan Allah dan mengambil Al-Quran sebagai peraturan bernegara yang boleh melahirkan manusia yang beradab dan berilmu.

Afghanistan – Langkah seterusnya
Afghanistan – Allah juga mempunyai rencananya.

Afghanistan terbukti menjadi Vietnam Amerika Syarikat yang ketiga dan terakhir.

Perancis pernah kalah di Vietnam, kemudian kalah di Algeria.Russia kalah di Afghanistan dan diikuti dengan kehancuran Komunis Russia.Untuk menyelamatkan Perancis dari musuh disebalik kekalahannya (iaitu sistem kewangan bersandarkan dollar)presidennya General De Gaulle menggunakan sistem kewangan bersandarkan emas.Ianya lebih rasional dan digunakan sejak zaman berzaman.Malangnya beliau digulingkan lalu Pompido (sepupu Yahudi Rotshchild) menjadi presiden dan menukarkan kawasan setinggan Yahudi di Paris menjadi sebuah pusat kewangan.

Kekalahan Russia di Afghanistan turut melumpuhkan ekonomi dan infrastrukturnya. Yeltsin kemudiannya menyerahkan kekayaan Russia kepada sekumpulan mega jutawan Yahudi.

Kembara Amerika Syarikat di Afghanistan, insyaAllah akan membuahkan kehancuran yang lebih besar. Rakyat Afghanistan yang menanggung derita. Ini tidak akan berlaku jika rakyat Amerika Syarikat memahaminya dan bertindak menghalangnya. Masalahnya rakyat Amerika Syarikat adalah rakyat yang paling disekolahkan menjadi paling kurang ilmu pengetahuannya di dunia. Statistik telah membuktikan pelajar yang tenggelam dalam sukatan pelajaran kurikulum adalah paling lemah dalam ilmu pengetahuan am. Masyarakat Amerika Syarikat dilimpahi terlalu banyak maklumat hiburan dan sukan sehingga terpisah dan tidak tahu atau tidak mahu tahu tentang permasalahan dunia. Fanomena yang sama mula merebak keseluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali.

Punca masalah Amerika Syarikat ialah perlembagaan.Perlembagaan menghasilkan sebuah kerajaan yang mempunyai infrastruktur kementerian,majlis dan jawatankuasa.Perlembagaan membuahkan sistem kutipan cukai dan sistem polis.Apa yang dibahaskan di Kongres tidak akan membantu penderitaan mangsa ribut di New Orleans.Kongres memutuskan agar tentera Amerika Syarikat berundur dari Iraq tetapi Presiden selaku ketua tentera menghantar lebih ramai tentera ke Iraq.Proses demokrasi di veto oleh proses kuku besi.

Semua ini berpunca dari sistem riba, dunia penuh kesengsaraan di bawah kuasa polis dunia.Pembahagian kekayaan semakin mengecut tanpa penghayatan pengutipan dan pengedaran zakat.Zakat ialah rukun Islam,rukun yang telah rebah.

Golongan miskin Amerika Selatan berpindah ke Mexico.Dari Mexico mereka masuk ke Amerika Utara.Restoran Mexico wujud di tempat-tempat terpencil di Kanada.Golongan miskin Angola dan Congo berpindah ke Afrika Utara.Golongan Berber yang hilang pekerjaan kerana kehadiran pendatang dari Afrika Tengah berpindah ke Kesatuan Eropah.Bimbang dengan pertambahan orang Islam di Eropah, Poland, Romania dan Bulgaria diterima masuk ke Kesatuan Eropah.Golongan Eropah Timur ini masuk ke Britain mengambil kerja dari penduduk asal Britain.

Takut dengan terroris Islam,Britain tidak sedar dengan penyelinapan masuk pengintip-pengintip Russia.Mereka tidak sedar pengembangan kuasa Russia dan China.Yang mereka tahu ialah Islam sedang berkembang pesat di Barat dan akan menggantikan sistem kewangan moden dengan dinar dan dirham.Jadi, caranya tuduh orang Islam sebagai terroris lalu mereka dibunuh.

Pusat strategi menghancurkan Islam ini ialah masyarakat Islam Pushtun yang menduduki Pakistan dan Afghanistan.

Untuk mengelakkan dari pengunduran negara barat lain operasi di Iraq dan Afghanistan dijadikan operasi NATO.

Tidak ada kerajaan yang boleh mendakwa NATO dimahkamah.General NATO yang merogol wanita Bosnia hanya dihukum dalam bentuk dipindahkan dari Eropah ke Kanada.Topeng kedua Amerika Syarikat ialah kerajaan boneka Afghanistan sekarang ini.Pusat-pusat pelacuran tumbuh seperti cendawan di Kabul sebagaimana di Saigon dahulu.Tidak ada NGO yang membantah penggunaan kanak-kanak dan wanita Afghanistan untuk memenuhi kehendak nafsu tentera NATO.Ingat ! fanomena pelacur kanak-kanak di Indo-China masih menular hingga ke saat ini.Lama selepas tentera Amerika Syarikat meninggalkan Indo-China, perkara yang sama akan wujud di Afghanistan.

Dakwaan NATO dan gerakan Palang Merah kononnya wanita Afghanistan akan bebas bekerja selepas kejatuhan Taliban adalah tepat. Sebagai Pelacur.

Dalam usaha Amerika Syarikat menakluki Iraq, Iran dan Afghanistan orang-orang Mexico mula menakluki Texas, Arizona dan California yang dahulunya memang kepunyaan Mexico.

Pakistan pula berdepan dengan tiga senario :

1. Kehancuran. Hilang ke dalam India.Dijadikan sebagai sebahagian Kashmir.
2. Perpecahan. Seperti yang dilakukan ke atas Indonesia. Henry Kessinger telah merancang penubuhan Republik Aceh. Pakistan pula akan berpecah menjadi Pathan, Baluchistan, Sind dan Punjab.
3. Perkembangan. Ini berkemungkinan yang kita harapkan.Pakistan menjadi kuat dan berkembang ke Utara.Afghanistan menjadi sebahagian Pakistan, ini pernah berlaku dalam sejarah Islam dahulu.InsyaAllah.

Sayang seribu kali sayang. Pada aku, kejatuhan Kerajaan Islam terakhir iaitu Kerajaan Othmaniah terus menenggelamkan tamaddun Islam. Hakikat ini difahami oleh kuffar tapi tidak oleh generasi islam sendiri. Tamaddun Islam kini sedang dicari-cari untuk diisikan. Faham Islam sahaja tidak mencukupi. Ramai kuffar sana cukup memahami Islam tapi kosong dan yang lebih dasyat lagi cuba memesongkan fahaman islam itu dengan fahaman kuffar mereka. Faham saja tapi tiada pengamalan itulah yang menjadikan masyarakat Islam masyarakat kelas ketiga. Faham Islam dan pengamalan Dinul Islam itulah jawapan kepada permasalahan yang terkusut itu. Bangkitlah wahai bangsaku,murabbi2 dan ulama' yang mahu memeperjuangkan Islam. Hidupkan semula tamaddun Islam kita yang pernah menguasai dunia dahulu. Acuankan sejagat ini dengan acuan islami. Ini memerlukan pengorbanan yang maha hebat. Laa haulawalaa quuwatailla billa hill'aliy yil'adzim.

Wallahu 'Alam

No comments:

Post a Comment