Hudud atau "batas-batas' adalah hukum-hukum yang telah ditetapkan dalam as-Syari'at bagi jenayah dan kesalahan tertentu. Bilangannya tidak banyak tapi kepentingannya tidak boleh digambarkan kerana ia adalah asas atau tunjang struktor dan politikal umat Muslimin. Unsur-unsur ini ibarat kubu-kubu sempadan Islam iaitu kawasan-kawasan lemah yang mesti dikawal dan dipertahankan. Ia adalah kawasan militari / sosial yang amat sensitif. Secara keseluruhannya, ia membentuk seperlima daripada Deen Allah.
Secara tradisinya, syari'at dibahagikan kepada dua iaitu:
1. Amalan-amalan peribadi ke hadrat Allah swt.
2. Urusan-urusan sesame Manusia (muamalat).
Muamalat dibahagikan kepada beberapa ketegori yang khusus:
1. Al-ahwal ash-shakhsiyyah
Soal-soal peribadi seperti perkahwinan, penceraian dan sebagainya
2. Al-muamalat al-maliyyah
Urusan-urusan perniagaan
3. Aqdiyah
Penghakiman
4. Hudud
(Akan disentuh yang ini secara umum sahaja.)
Rasulullah saw bersabda: " Mithal bagi orang-orang yang memelihara batas-batas Allah (Hudud) dan orang-orang yang melanggarnya ialah (ibarat) sekumpulan manusia yang mengundi untuk menentukan tempat duduk mereka dalam sebuah kapal. Sebahagian dari mereka berkesudahan di bahagian atas dek, manakala yang lain berkesudahan dibahagian bawah dek. Tiap kali orang-orang yang berada dibawah hendak mendapatkan air minum, mereka mesti melalui orang-orang yang berada di atas mereka, lalu mereka berkata, "Jika kita menebuk satu lubang pada bahagian kita ini, kita tidak akan (perlu lagi)menyusahkan orang-orang diatas kita ini." Jika yang lain (dalam kapal itu) membiarkan mereka berbuat apa yang mereka suka, maka semua yang didalam kapal itu) akan binasa; tetapi jika menghalang orang-orang itu (dari berbuat sesuka hati mereka), maka mereka bukan sahaja menyelamatkan diri mereka tetapi juga orang-orang lain."
(Diriwayatkan dalam Hidayah al-Murshidun)
Jadi jika Hudud dipelihara maka semua manusia mendapat manafaat, tetapi jika hudud dikekepikan, semua orang akan rugi. Hudud merupakan sekatan yang Allah swt telah tetapkan sebagai sebahgian daripada syari'at untuk menghalang manusia dari melakuka apa yang ditegahNya; atau untuk menegah mereka dari mengabaikan apa yang difardhukanNya. Kerana nafsu manusia lazimnya akan melalaikan mereka dari bala yang akan menimpakan mereka di akhirat kelak, akibat keinginan untuk menikmati beberapa kesenangan remeh-temeh di dunia fana ini. Jadi Hudud ditegakkan untuk menyekat orang-orang Jahil dari melakukan perkara yang ditegah menerusi "ancaman kesakitan yang bakal dirasai dalam hukum-hukum itu" dan juga melalui 'perasaan malu apabila kesalahan-kesalahan mereka didedahkan kepada orangramai." Dengan cara itu terdapat jaminan segala apa yang dilarangNya akan dijauhi dan segala yang diperintahNya akan dikerjakan. Seterusnya, ini akan membuahkan kemanfaatan untuk setiap insan, dan memimpin kepada ketaatan yang lebih sempurna. Surah an-Anbiyaa ayat 107 Allah berfirman
"Dan Kami tidak mengutusmu (Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada sekelian alam."
Ia merupakan rahmat kerana ia menyelamatkan manusia dari kejahilan mereka sendiri; menyelamatkan mereka dari kecetekan ilmu pengetahuan tentang cara kehidupan yang terbaik, menunjukkan kepada mereka jalan keluar dari kesalahan, menghalang mereka amalan-amalan yang mengingkari Allah Taala, memberi perangsang kepada mereka untuk mengerjakan amalan amalan soleh (petikan dari kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah oleh alMawardi)
Hudud melibatkan beberapa hukuman-hukuman yang paling tegas dalam syari'at. Dan sedihnya, inilah yang menyebabkan orang-orang kafir juga golongan Islam sendiri merasa tidak senang dengan Deen al-Islam itu.
Hukuman Mati dilihat oleh kebanyakan manusia dizaman ini (Amnesty International) sebagai sesuatu yang bertentangan dengan Hak Asasi Manusia walaupun dalam kes bilamana ia dikenakan sebagai balasan ke atas satu jenayah yang dahsyat. Mereka bertelagah, berkelahi tentang menggunakan kekerasan sebagai balasan bagi satu2 jenayah takkira jenayah itu terancang atau tidak. Adalah tugas umat Islam menerangkan pada masyarakat umum supaya mereka memahami dan menerima Hudud dan menerangkan pada mereka tentang salah tafsir apa itu hak-hak asasi manusia. Human Right atau hak-hak asasi manusia bukan bermakna kamu berhak buat apa saja yang kamu suka atau menghukum ikut nafsi-nafsi. Ini bukan hak asasi, ini adalah Anarki.
Hudud ini telah ditetapkan oleh Allah, Tuhan Yang Maha Pencipta, yang menciptakan sekelian manusia, Tuhan sekelian Alam dan "Dialah Yang Awwal dan Yang Akhir, dan Yang Dhahir dan Yang Bathin dan Dia Maha Mengetahui setiap sesuatu" (Al-Hadid ayat 3)
Dan yang paling utama antara kesemua Nama-namaNya Yang Maha Indah ialah ar-Rahman, ar-Rahim dan Dia telah mengutuskan KekasihNya, Nabi Muhammad saw sebagai Rahmatulil a'lameen, dan RahmatNya ini meliputi setiap sesuatu.
Dalam ayat lain Allah berfirman "Dan Allah tidak menzalimi manusia, tetapi mereka adalah orang yang menzalimi diri mereka sendiri." (At-Taubah, ayat 70, Al-Ankabut ayat 40, dan ayat 9 surah A-Rum)
Para ulama usul mengatakan ada enam keperluan asasi yang menyempurnakan kehidupan manusia – enam tunjang kehidupan yang tanpa salah satu darinya maka manusia tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan ini juga bermakna kesempurnaan masyarakat manusia. Keperluan-keperluan itu adalah:
1. Deen
Untuk memelihara ad-Deen, ada hadd untukperbuatan Riddah (murtad dsbgainya)
2. Nafs
Untuk memelihara Nafs (Nyawa), maka ada hokum Qisas. Walaupun ia bukan secara khusus satu hadd, atau mempunyai satu ketentuan limit hukuman (kerana dalam Qisas itu terdapat beberapa pilihan), tetapi para ulama memasukkannya bersama hokum Hudud berdasarkan kesamaannya dengan had-hadd lain serta kerana adanya hukuman mati dan lain-laian hukuman berat dalam pilihan-pilihan hukuman Qisas ini.
3. 'Aql
Untuk memelihara 'Aql (akal atau intelek) yang mana menerusinya Allah telah memuliakan manusia mengatasi lain-lain ciptaaanNya, maka ada hadd untuk (kesalahan) meminum Khamar.
4. Nasb
Untuk memelihara Nasb (Nasab atau keturunan kekeluargaan) dan struktor keluarga (suku kaum dsbnya), maka ada hadd untuk zina, i.e perhubungan jenis luar nikah, samada zina muhsan ataupun zina bukan muhsan.
5. 'Ird
Untuk memelihara maruah insan, juga untuk memelihara sikap saling hormat-menghormati dalam masyarakat, maka ada hadd untuk (kesalahan) membuat Fitnah, khususnya fitnah dalam soal-soal seksual seseorang insan.
6. Mal
Untuk memelihara wang dan harta manusia (Mal), maka ada hadd untk mencuri, merompak atau samun dsbgai.
Setengah ulama menggabungkan Nasab dan "Ird kerana keduanya bersabit dengan tindakan seksual, tetapi golongan lainl ebih gemar memisahkan keduanya kerana untuk setiap satu dari itu ada hadd-hadd yang berbeza.
Selain dari yang enam itu ada satu lagi hadd untuk Jenayah Hirabah (rompakan yang melibatkan pembunuhan atau ancaman nyawa), tapi ini sebenarnya dari satu sambungan dari hadd untuk pemeliharaan Nyawa dan Harta. Ia ada unsur penzaliman ke atas nyawa dan harta seseorang insan.
Lihat al-Baqarah ayat 229, "Ini adalah Hudud Allah, maka jangan kamu melanggarinya" dan Allah swt menyambung lagi "Barangsiapa yang melampaui (Hudud Allah), maka mereka adalah orang-orang yang berdosa."
Allahumma salli 'ala Sayyiduna Muhammad wa 'ala aalihi wa ashabiji ajma'in.
Terjemahan dari Prinsip-Prinsip Di Sebalik HUDUD oleh Hajj Yassin Dutton
No comments:
Post a Comment