Kepada sahabatku Abang Hakim di Gurun....terima kasih.
Apabila setiap masyarakat demokrasi keluar mengundi mereka amat berharap parti yang mereka pilih akan dapat menangani masa hadapan mereka. Sementara itu institusi perbankan yang menguasai kehidupan mereka terus berkuasa tanpa perlu diundi. Manakala Islam dilabelkan sebagai pelopor keganasan dan pengganas yang menggugat demokrasi.
Sebagai umat Islam yang memahami keadaan ini kita tidak boleh berdiam diri. Kita perlu memisahkan diri kita daripada golongan yang mengorbankan nyawa manusia yang tidak berdosa atas nama jihad. Pada masa yang sama kita tidak merasa senang dengan label pengganas ke atas Islam. Media massa akan menunjukkan gambar-gambar mangsa dan sanak saudara mangsa yang berkabung dengan memegang lilin dan meletakkan kalungan bunga. Riben kuning sewaktu kedutaan Amerika Syarikat ditawan oleh Iran. Riben merah untuk mangsa AIDS (simpati dan menerima kebebasan seks). Inilah wajah-wajah masyarakat moden yang hilang kekuasaan (tidak ada kuasa) dan berdepan dengan manipulasi kerajaan moden.
Sebagai umat yang menerima panduan Ilahi melalui al-Quran dan Sunnah kita bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada dunia, terutamanya umat Islam tentang kepalsuan budaya moden ini. Upacara meletakkan kalungan bunga dan memasang lilin ini bermula di Israel apabila Yizhak Rabin mati dibunuh. Perkara yang sama berlaku apabila Puteri Diana meninggal dunia. Ditokok pula dengan upacara bertafakur beramai-ramai untuk tempoh dua minit. Ini adalah syariat baru para atheis moden. Kerana pada hakikatnya masyarakat ini tidak benar-benar menghayati agama masing-masing.
Upacara bertafakur ini bukan sahaja benda yang nampak ringan yang boleh ditiru sewenang-wenangnya oleh umat Islam. Ini adalah upacara yang dilakukan pada setiap tahun di England untuk mengingati mangsa perang Dunia Pertama dan Kedua. Ianya satu lagi syariat atheis moden. Upacara yang tidak memberi sebarang menafaat ini adalah ciptaan Sir Edwin Lutyeans. Sebenarnya Perang Dunia telah menghancurkan budaya Kristian untuk selama-lamanya dan diganti dengan budaya atheisme.
Perlulah kita menyedari kehidupan moden yang berasaskan sains dan teknologi pada hari ini adalah satu cara hidup yang sebenarnya tidak seimbang. Peperangan demi peperangan di zaman moden ini yang telah membunuh jutaan manusia dilakukan oleh hanya satu golongan elit manusia yang tidak terlibat secara langsung dengan peperangan mereka itulah golongan elit Yahudi. Perang Dunia telah menghancurkan institusi beraja di Eropah dan juga Khalifah Uthmaniah dan menggantikannya dengan sistem demokrasi ala-Amerika Syarikat. Pada hari ini upacara meletakkan kalungan bunga pada tugu yang sebenarnya melambangkan kehancuran ethos Kristian dan Islam itu diamalkan oleh setiap pemimpin negara diseluruh dunia. Kehancuran ethos Kristian dan Islam ini digantikan dengan ugama baru yang etheistik iaitu Demokrasi dan Hak-hak Asasi Kemanusiaan.
Hari ini kita melihat masyarakat atheis hari ini yang tidak tahu beribadat berada dalam suasana tidak berdaya setiap kali bom pengganas mengambil puluhan nyawa ahli keluarga mereka.
Dan seperti biasa mereka akan mempersalahkan al-Qaeda.
Persoalannya siapakah yang mendapat menafaat dari keganasan ini. Pernahkah kita bertanya? Sebenarnya keganasan dan pengganas tidak dapat dipisahkan dari ethos modernisma. Wang yang digunakan untuk membiayai kemusnahan adalah wang kertas ciptaan dunia moden. (kerana wang tradisi adalah duit emas dan perak). Sementara teknologi kemusnahan juga adalah ciptaan ethos moden yang etheistik. Rasul saw pernah menerima keislaman seorang yang kaya tetapi tidak menerima pendapatannya yang diperolehi secara riba. Jadi wang kertas (ciptaan sistem riba moden) tidak boleh digunakan untuk membiayai sebarang perjuangan Islam. Di dalam satu wawancara dengan BBC seorang pengganas berulangkali menyebut ‘gerakan jihad antarabangsa’, dan ini menggambarkan seolah-olah perbuatan keganasan ini adalah satu rancangan yang teratur dari sebuah organisasi Islam Sedunia. Kita tidak boleh menerima tindakan membunuh manusia yang tidak berdosa sebagai mewakili umat Islam. Undang-undang jihad adalah sangat ketat. Jihad ada rukunnya. Pertama jihad memerlukan seorang Amir yang diiktiraf oleh sebilangan besar umat. Kedua, Panji-panji Islam mesti diangkat tinggi. Dalam erti katalain membebaskan tanah air atau menentang sebuah kerajaan kuffar bukanlah satu jihad. Ketiga, jihad hanya dilakukan selepas masyarakat kuffar diseru untuk menerima Islam dan jika enggan mereka diminta untuk membayar jizyah dan jika enggan barulah diperangi. Selepas peperangan Badar, al-Quran tidak membenarkan jihad sekiranya ratio tentera Islam kurang daripada 1:2.
Pada hari ini kerajaan negara kafir telah menggunakan keganasan sebagai alasan untuk membunuh umat Islam. Dalam keadaan kapitalisma hari ini dimana orang kafir mendapat semua kesenangan dunia maka ianya tidak susah untuk mana-mana puak zionis atau fasis untuk mendapatkan beberapa kerat manusia Islam yang dalam keadaan kecewa dan penuh emosi kebencian akibat daripada keadaan yang dialami mereka untuk menjadi pemusnah pengganas. Harus kita ingat bahawa para pengganas ini adalah sebahagian dari produk umat manusia moden yang berdiam diri, keliru, yang memegang lilin berkabung, yang telah tidak lagi menghayati agama mereka dengan sebenar-benarnya, yang kehilangan arah, tiada pemimpin, yang diperkotak katik oleh kuasa kewangan politik. Jadi para pengganas ini adalah produk budaya moden yang atheistik. Mereka bukan dari umat Islam yang sebenar.
Wahai manusia! Takutlah Allah yang mencipta kamu daripada seorang insan. Dan yang mencipta isterinya daripada tubuh insan itu sendiri. Dan dari kedua-duanya diciptakan manusia yang ramai dari kaum lelaki dan wanita.Bertakwalah kepada Allah yang kamu sebut namanya sewaktu kamu meminta satu sama lain dan sewaktu kamu berkasih sayang diantara satu sama lain. Dan Allah sentiasa memerhatikan kamu.
Wahai manusia sembahlah Tuhan mu! Yang mencipta kamu dan mereka yang sebelum kamu agar kamu bertakwa. Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan kamu dan langit sebagai kubahnya dan yang menurunkan air dari langit dan mengeluarkan darinya buah-buahan sebagai rezeki untuk kamu. Dan janganlah kamu mengada-adakan yang lain dari Allah sebagai Tuhan
Jika Allah mahu dia boleh hapuskan kamu, dan mendatangkan umat lain. Dan Allah berkuasa berbuat demikian..
Surat An Nisa, Ayat 133
Wallahu a’alam. Assalamualaikum.
Rujukan : Spain : Civil War and Ismai’ili War , Shaykh Abdal Qadir as Sufi
Nota :
Al Qurtubi (w.1273) seorang mufassir yang muktabar telah memberikan penafsiran Surah An Nisa Ayat 59 seperti berikut :
Wahai orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan Ulilamri (pemerintah) dari kalangan kamu ……
Di dalam ayat ini, menurut Qurtubi, taat kepada ulilamri adalah dengan pelaksanaan tujuh perkara :
- Penempaan Dinar Dirham. 2. Penetapan timbang sukat (berat dan ukuran)
3. Keadilan perundangan 4. Haji 5. Jumaat 6. Penetapan dua hari raya (eid)
- Jihad
Oleh itu penempaan Dinar dan Dirham telah menjadi keutamaan pihak pemerintah untuk memerintah dan ditaati.
No comments:
Post a Comment