Saturday, 14 November 2009

Solat: Bacaan atau Gerakan?


Pada sahabat2ku…., anak2ku serta anak2 kepada sahabat2ku….izin  aku nulis sekilas bicara perihal perlaksanaan bacaan dan gerakan dalam solat.

Cuba kita renung dan ingat kembali perlaksanaan solat yang selama ini telah kita kerjakan. Yang manakah yang lebih kita tekankan, contohnya ketika perlaksanaan rukuk dan sujud? Bacaankah atau gerakannyakah? Maaf cakap..banyak daripada kita mengira ooih….keduanyanya sekalilah…tapi cuba ingat betul-betul..Yang mana satu tuu..Adakah rukuk dan sujud kita itu telah sempurna sebenar-benarnya? Ketika rukuk dan sujud tu adakah punggung kita telah lurus sehingga kalau diletakkan gelas berisi air pun tidak tertumpah? Adakah perlakuan kita itu melengkapi seperti hadith dibawah ini…

Abu Humaid As-Sai’di ra berkata: Aku mengingat solat rasulullah saw lebih baik drp sesiapa pun diantara kalian. Aku melihat Nabi saw mengangkat kedua tangannya sejajar dengan bahunya dan mengucapkan takbir, dan ketika rukuk nabi saw meletakkan kedua (telapak) tangannya di atas dua lututnya dan punggungnya membungkuk lurus, kemudian setelah bangkit dari rukuk Nabi saw berdiri tegak hingga semua tulang punggungya berada pada posisi normal. Ketika sujud, Nabi saw meletakkan kedua (telapak) tangannya di atas tanah dan menjauhkan lengan bahagian bawahnya dari tanah dan tubuhnya, dan jari jemari (kakinya) menghadap ke arah kiblat.  Ketika duduk pada rakaat kedua, Nabi saw duduk diatas kaki kirinya dan menyangga kakinya sebelah kanan; dan pada rakaat terakhir Nabi saw menekan kakinya sebelah kiri kedepan dan menopang kakinya sebelah kanan dan duduk di atas pinggulnya. (1:791-Shahih Al-Bukhari).

Sedar atau tidak sedar, bacaan bagi kebanyakan kita adalah “point” yang utama dalam solat. Kalau tertinggal sesuatu bacaan itu (bukan Al-fatihah lar) rasa macam tak berapa nak yakin. Pulak!! Cepat- lambat atau panjang pendeknya bacaan telah menentukan lamanya solat. Perpindahan dari satu gerakan ke satu gerakan yang lain ditentukan oleh selesainya bacaan…seolah-olah bacaan menjadi pelengkap dalam solat. Selesai rukuk dan bacaannya 3X, kita beriktidal..pun kita ucap bacaanya. Mudian menuju ke sujud sambil menghabiskan 3x bacaannya untuk bergerak ke duduk antara sujud menyampaikan 8 permohonan doa itu ..rabbiq’firli,warhamni dan seterusnya. Dan sambung menyambung hingga ke akhir salam. Nampak tu…bacaan yang kita dok gagahi.

Kebiasaan ini mungkin terjadi kerana mencontohi dari perlakuan solat berjamaah. Dalam solat berjamaah habis imam membaca AlFatihah dan surah pendek, imam akan bertakbir sebagai tanda kita harus rukuk. Lalu kita mengambil kesimpulan bahwa selesainya bacaan solat menjadi batas lamanya gerakan solat yang lainnya. Sememang ada perbezaannya! Ketika kita berdiri membaca Al Fatihah itu, bacaan itu adalah wajib. Meninggalkannya adalah batal! Sedang ketika rukuk, iktidal, sujud dan duduk , bacaannya adalah sunnah, yang wajib adalah gerakannya.

Jadi apa yang menentukan lamanya gerakan rukuk, iktidal, sujud dan duduk itu? Yang nilah yang kita kena pergi ngaji…bang ooi.. Bukan cepat-cepat dan udah habis 3x bacaannya tu..Siap. Mari lihat apa yang diajarkan oleh junjungan besar Rasulullah saw ketika memberikan perlatihan singkat kepada seseorang seperti hadith di bawah ini.

Abu Hurairah ra meriwayatkan:”Rasulullah saw masuk kemasjid dan seseorang mengikutinya. Orang itu mengerjakan solat kemudian menemui Nabi saw dan mengucapkan salam. Nabi membalas salamnya dan berkata, ‘Kembalilah dan solatlah kerana kau belum solat’. Orang itu mengerjakan solat dengan cara sebelumnya, kemudian menemui dan mengucapkan salam kepada Nabi saw. Baginda pun kembali berkata,”Kembalilah dan solatlah kerana kau belum solat”. Hal itu terjadi tiga kali. Orang itu berkata, ‘Demi Dia yang mengutuskan engkau dengan kebenaran, aku tidak dapat mengerjakan solat dengan cara yang lebih baik selain cara ini. Ajarilah aku bagaimana cara solat’. Nabi saw bersabda,”Ketika kau berdiri untuk solat, ucaplah takbir lalu bacalah (surah) dari Al-Quran kemudian rukuklah hingga kau merasa tenang (thuma’ninah). Kemudian angkatlah kepalamu dan berdiri lurus, lalu sujudlah hingga kau merasa tenang selama sujudmu, kemudian duduklah dengan tenang, dan kerjakanlah hal yang sama dalam setiap solatmu”. (1:724 – Shahih Al-Bukhari).

Melihat hadith diatas pasti kita menduga orang itu sudah mengetahui bacaan dan gerakan-gerakan solat. Tapi mungkin perlaksanaan dilakukan secara terburu-buru, sebab itu Nabi saw tidak mengajari bacaan dan syarat-syarat solat lainnya kepadanya. Nabi hanya memperbaiki solat orang tersebut. Baginda mengajarkan bahawa lamanya gerakan solat, khususnya rukuk, sujud dan duduk itu bukan ditentukan oleh selesainya bacaan tapi sampai kita merasa tenang.


Mungkin orang itu macam kita, hafal seluruh bacaan, tahu gerakan-gerakan solat dan lain-lain berkaitan dengan solat. Kita duk merasa kita hebat, pandai, alim dan sempurna dah solat kita. Ingat! Nabi dah beri contoh dah, tapi kita tidak sedar (seringkali) kerana kita selalu ndak cepat hatta bacaannya pun laju agar solat kita cepat selesai. Allahu Akhbar!! Ternyata solat macam itu bagi Nabi saw hanya seperti angin lalu saja. Sia-sia. Diulang berapa kali pun tidak ada gunanya. Udah berapa lama kita buat kerja macam ni..Adoih…Subhanallah!!

Sebenarnya Nabi saw hendak mengajar kita satu rukun yang sering dilupakan, Thuma’ninah. Thuma’ninah adalah diertikan sebagai berhenti sebentar dalam setiap gerakan sehingga seluruh tulang  dan persendian kembali pada posisi yang tepat dan tubuh terasa tenang. Dalam mazhab Syafie, thuma’ninah adalah termasuk dalam rukun solat. Jadi berjaga-jagalah dalam solat kita..kerana solat adalah tiang agama.

Wassalam.

Diculas sebahgian dari Dzikrullah.com. (Izinkan saya).

No comments:

Post a Comment