“(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (seraya berkata):”Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (Ali Imran :191)
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala
: وَالْعَصْر
إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ . إِلاَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْ ا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran. (Surah An-Nasr)
‘Al-waqtu huwa al-hayâh (waktu adalah kehidupan). Seseorang yang membiarkan waktunya berlalu pergi dengan sia-sia, samalah seperti dia telah melenyapkan sisa-sisa masa kehidupannya.
Kehidupan manusia dilengkari oleh masa atau pun waktu. Pohon segala waktu adalah Al-fatihah dan Al-fatihah itu ialah Alhamdu الحمد yang mewakili lima huruf iaiatu Alif, Lam, Haa, Mim dan Dal dan dari situlah jadi lima waktu : Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya’.
Oleh kerana Alhamdu الحمد itu Al-fatihah, maka tujuh huruf dari Al-Fatihah itu jadilah tujuh hari dalam satu minggu, dimulai hari Jumaat (Penghulu segala hari), Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.
Dua Kalimah shahadah Laa ila haa illaalah Muhammadar rasulullah mempunyai 24 huruf, maka jadilah 24 jam sehari dan cantuman huruf dari Alhamdu الحمد yang lima dan Al-fatihah yang tujuh itu maka jadilah dua belas bulan dalam satu tahun.
Dua Kalimah shahadah Laa ila haa illaalah Muhammadar rasulullah mempunyai 24 huruf, maka jadilah 24 jam sehari dan cantuman huruf dari Alhamdu الحمد yang lima dan Al-fatihah yang tujuh itu maka jadilah dua belas bulan dalam satu tahun.
Dari asal-usulnya, sebab- musababnya maka jadilah masa dan waktu yang dinamai Tahun, Bulan, Waktu, Jam, Minit dan Saat itu.
Wallahu ‘Alam. Kenalah rujuk Tok2 Guru atau Tok2 Alim untuk penjelasan selanjutnya!!
“Tidak Kami jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” (Al-Zariat: 56)
Penciptaan Jin dan manusia (aku sentuh yang ni saja) oleh Allah swt bukan main2 atau suka2 saja. Ditekan illa li yaq buduu – semata2 tidak lain (hanya sanya) untuk mengabdikan diri kepadaNya! Disuruh kita mentauhidkanNya, disuruh kita beribadat semata2 keranaNya. Nya (Allah)!! Dia Maha Pencipta maka layaklah Dia disembah. (bukan sembah macam sembah tok pekong) Iiyaa ka naqbuduu wa iiyaa kanas taa'iin.
Allah swt bersumpah di banyak tempat dalam al-Qur`an, dengan waktu dan bagian-bagiannya, seperti firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :
والعصر, والضحى, والفجر, والليل, والنهار
Jika Allah bersumpah dengan sesuatu, maka adalah dimaksudkan untuk memalingkan atau mengalihkan pandangan kita kepada erti pentingnya hal tersebut di dalam setiap bagian waktu yang disebutNya. Dengan kata lain disuruhNya kita mengambil iqtibar dari waktu2 tersebut dan apa2 yang termaktub dalam ayat2 tersebut.
Setiap manusia samada mukmin ataupun tidak, tetap berada di dalam peredaran waktu yang dijadikan Allah. Mana boleh lari ataupun terkecuali daripada masa taupun waktu. Oleh itu disebut waktu yang ada, waktu yang mendatang dan waktu yang lenyap. Maka waktu yang ada itu, mulanya mendatang, kemudia ia lenyap, tidak dapat diqadha semula,(kalau boleh digantipun adakah sama dengan masa yang lenyap tadi..?) Hanya manusia yang sedar di dalam waktulah akan menunaikan sendiri tugasnya samada untuk kepentingan hidupnya (duniawi) dan untuk kepentingan hidupnya (akhirat). Pilhlah mana dia nak..
“Wahai Tuhan kami, berilah kami satu kesenangan di dunia dan satu kesenangan di akhirat”.
Tidak semestinya yang senang di dunia akan senang juga di akhirat kecualilah kesenangan di dunia digunakan untuk berbuat amal bakti dengan jujur dan ikhlas. Allah swt mencela orang2 yang mensia2kan nikmat waktu dan tidak mensyukurinya akan hak2nya.
Allah berfirman: “Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir dan apakah tidak datang kepada kamu pemberi peringatan? Maka rasakanlah azab Kami dan tidak ada seorang penolongpun bagi orang-orang yang zalim.” (QS. Fathir:37)
Dikatakan orang bahawa harta yg paling berharga dan manfaat adalah waktu.. Mana yang manafaatnya? Nak dapat manfaatnya kenalah kita menjaga akan waktu2nya. Dibahagikan Allah siangnya dan malammya dan didalamnya (siang/malam) terkandung waktu2 tertentu. Nak beribadat, nak bekerja, nak rehat, ndak bersuka2 berseronok dll..pilihlah. Setiap amalan tu ada ganjarannya. Pahala dan dosa. Syurga atau neraka!! Fikirlah sendiri....
“Allah menggilirkan siang dan malam. Sungguh yang demikian itu ada ibrah (pengajaran) bagi orang2 yang berfikir.” (An-Nur: 44)
Diwaktu2 yang ditentukan itu ada waktu untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk masyarakat ataupun berjamaah dan sebagainya dan mestilah digunakan sebaik mungkin yang berlandaskan syariat. Jika diniatkan untuk peribadatan kepada Allah semata2 jadilah kehidupan kita dipagari dengan cahaya dan keredhoan Allah dan ganjarannya pahala.
Rasulullah saw bersabda, “Dua nikmat dari Allah yang kebanyakan manusia tertipu; iaitu nikmat sehat dan nikmat waktu lapang”.
Jadi adalah kewajiban utama seorang muslim menjaga waktunya seperti ia menjaga hartanya bahkan lebih dari itu. Disinilah dikatakan mengambil manafaat dari waktunya untuk kepentingan dunia dan akhiratnya.
Jadi gunakanlah waktu itu sebaik mungkin kerana ia akan meninggalkan kita tanpa menoleh ke belakang. Usia kita ditentukan oleh waktu. Cuba lihat diri kita di cermin dan bayangkan wajah2 kita yang telah kita tinggalkan. Adakah sama sekarang dengan sepuluh tahun dahulu, masa remaja, masa kanak2 hatta seusia bayi.? Dari kulit yang halus ke cekang dan akhirnya berkedut. Rambut yang cantik, hitam-lebat berubah warna dan bentuk..(botak). Dari sihat, kuat dan cergas dah mula lemah dan mula bergoyang bahkan terlentang lemah.
Aku teringat lirik lagu Nasyid Raihan,,,, yang diambil dari kata2 nabi saw.
Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali
Allah swt berfirman:
:قُلْ مَتَاعُ الدُّنْيَا قَلِيلُُ وَاْلأَخِرَةُ خَيْرُُ لِّمَنِ اتَّقَى وَلاَ تُظْلَمُونَ فَتِيلا
“.........Katakanlah: Kesenangan di dunia ini hanya sedikit dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertaqwa sedang kamu tidak akan teraniaya sedikitpun.”(An-Nisaa:77)
Jangan asyik berseronok dengan kesenangan di dunia dan lupa hal2 akhirat. Dunia ini tempat singgahan (untuk beribadat kepada Allah) dan akhirat itu negeri yang kekal abadi. Karena setiap manusia akan ditanya pada hari kiamat, mengenai umurnya untuk apa ia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa ia gunakan, tentang ilmunya sudahkah ia amalkan, dan tentang hartanya, dari mana dia dapat dan ke mana ia belanjakan?
“Maka orang yang melakukan amalan kebaikan sebesar zarah akan dapat melihat ganjarannya dan orang yang melakukan amalan kejaharan sebesar zarah akan dapat melihat balasannya pada hari akhirat kelak.” (Al-Zalzalah: 7)
Rabiah Al-Adawiyah menjelang ajalnya menangis dan ketawa, Lalu ditanyai orang sebabnya maka Jawabnya; Adapun tangisanku ialah kerana aku terpaksa berpisah dengan zikirku siang dan malam. Adapun ketawaku pula ialah kerana sangat gembiranya rasa hati untuk menemuiNya, yakni Allah.
Sesudah itu beliau pun meninggal.
Nah! Inilah hebatnya manusia mukmin yang telah bersiap sedia dengan amalan2 untuk menemui Tuhannya. Sedih hanya kerana tidak lagi dapat mengerjakan ibadat kepada Allah pada waktu2nya.
Semoga Allah swt memberikan taufik, hidayah dan keberkatanNya dalam hidup dan umur kita sebelum kita dijemput maut berpindah kealam seterusnya. Perjalanan kita tidak sejauhmana...hanya dipisahkan oleh masa saja. Sampai masa, sampailah kita tempat yang sendiri kita tempah. Allahu Akhbar!
(Buat sahabatku Chegu Ahmad Maliki Abdul Rahman, Jeniang, Kedah... moga Allah tempatkan Rohmu di kalangan Solehin dan Siddiqin...Al-fatihah!)
(Buat sahabatku Chegu Ahmad Maliki Abdul Rahman, Jeniang, Kedah... moga Allah tempatkan Rohmu di kalangan Solehin dan Siddiqin...Al-fatihah!)