Monday 1 February 2010

Imam Abu Hasan Asyaari bermimpikan Rasulullah saw.

Allah berfirman: “Barangsiapa buta di dunia ini (mata hatinya) maka ia akan lebih buta di akhirat dan masuk neraka.”

Imam Abu Hasan Asyaari atau nama penuhnya Abu Hassan Ali bin Ismail Bin Abi Basyar Ishak bin Salim bin Ismail bin Abdillah bin Musa Asyaari. Musa Asyaari adalah salah seorang dari sahabat Nabi. Beliau dilahirkan di Basrah,Iraq sewaktu pemerintahan Khalifah dari Bani Abbasiyyah yang bergelar Al-Muktamid pada tahun 260 H.

Beliau telah diajari ilmu asas agama Islam dan Al-Quran sejak kecil lagi seperti kebanyakan kanak-kanak dari keluarga Islam pada masa itu.

Untuk mendalami ajaran Islam beliau diserahkan kepada bapa saudara yang pada ketika itu dikenali sebagai salah seorang ulama besar di Basrah. Kota Basrah di kala itu menjadi tempat tumpuan fahaman Muktazilah begitu juga dengan bapa saudaranya yang berfahaman Muktazilah. Fahaman Mutazilah ini mengutamakan logik akal daripada Al-Quran dan Hadith.

Jadi Imam Abu Hasan Asyaari adalah seorang yang berfahaman Muktazilah. Gurunya adalah anak Wasil bin Atha’ pengasas fahaman Muktazilah. Allah telah mengizinkan dan meredhakan beliau sehinggalah pada satu malam beliau telah bermimpikan bertemu Rasulullah saw.

Dalam mimpinya Rasulullah saw berkata:

“Engkau buangkanlah segala ilmu dan amalan yang engkau amalkan itu kerana ilmu dan amalan engkau itu adalah sesat”.

Maka dijawab Imam Abu Hasan Asyaari:

“Bagaimana hamba hendak membuangkan ilmu dan amalan ini kerana telah tiga puloh tahun lamanya telah menjadi ibadat kepada hamba”.

Kata Rasulullah lagi:

“Allah berkuasa pada segala-galanya”.

Maka ghaiblah Rasulullah saw maka tersedarlah ia daripada tidurnya dan jagalah ia. Imam Abu Hassan Asyaari termenung memikirkan peristiwa yang berkat pada malam itu. Dengan sebab mimpinya bertemu Rasulullah saw maka beliau tidak keluar dari rumahnya dan tidak ke mesjid untuk mengajar selama satu minggu. Genap hari yang ke tujuh maka denga Kudrat dan Iradat Allah, beliau pun bertukarlah daripada mazhab Muktazilah. Kerana membuktikan beliau tidak lagi berfaham dengan isme Muktazilah, maka beliau pun menamakan ajaran-ajaran ismanya yang baru itu kepada satu nama mazhab. Kepada pengikutnya dalam Syariat dinamakanya Ahli Sunnah Wal Jamaah. Adapun yang dinamakan mazhab Asya’ariyah itu ialah murid2nya yang mempelajari Ilmu Tasawwuf.

Maka salah seorang muridnya yang bersamanya menjadi pengasas mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah ialah Imam Abu Mansor Al-Matarudi. Adapun Imam Abu Mansor Al-Matarudi inilah yang memperkenalkan satu ajaran yang rendah supaya dapat memahamkan sebelum mempelajari ilmu Tasawwuf yang dinamakan ilmu Aka’idul Iman iaitu Sifat Dua Puluh.

Demikianlah peristiwa yang berlaku hanya kerana memimpikan Rasulullah saw maka mendapat syufaatnya daripada faham Muktazilah bertukar kepada faham Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sebesar-besar untung tuah nasib Imam Abu Hasan Asyaari kembali kepada ajaran yang benar dalam satu saat. Semoga apa yang berlaku kepada beliau menjadi iktibar kepada kita dan tidak saling tuduh menuduh seperti yang berlaku dewas ini.

Yang sedihnya kebelakangan ini, pengajian tauhid berasaskan Sifat 20 yang diperkenalkan oleh
Imam Abu Hassan Ashaari menimbulkan banyak kontroversi. Tepuk dada tanyalah ilmu yang ada. Cukupkah ilmu didada? Para alimin dizaman beliau menerimanya begitu juga ulama-ulama kita di sini dahulu kala tidak pernah mempertikaikannya. Bahkan ramai yang menulis kitab-kitab berkaitan sifat 20 itu. Dirungkaikan dengan terperinci untuk memudahkan masyarakat yang beribu tahun jauh dari zaman Nabi saw untuk memahaminya. Jadi janganlah kita terikut-ikut dengan perangai kumpulan yang mudah melatah dan suka tuduh menuduh itu. Para ulamak dan alimin semuanya bersatu untuk menyeru pada kebaikan dan mustahil mereka semuanya berpakat kepada kejahatan serta kemungkaran. Bukankah para ulama itu adalah warisan Nabi-Nabi?

إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.” (Hadits ini saheh dan diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidzi).

Wallahu a'lam.

3 comments:

  1. Salam. Betul.
    Tapi ana kurang pasti berkenaan mimpi ini.
    http://jomfaham.blogspot.com/2009/09/siapakah-golongan-muattilah.html

    ReplyDelete
  2. Macamana manusia biasa boleh confirmkn dalam mimpi itu memang rasulullah sedangkan beliau tidak pernah bertemu atau melihat rasulullah di dalam alam realiti?Ini hanyalah satu soalan mengikut logik akal..

    ReplyDelete
  3. Banyak kitab-kitab yang menerangkan Keperibadian Rasulullah. Tambah pula syaitan mahupun iblis sama sekali tidak boleh menyerupai diri Rasulullah hatta mengaku dirinya nabi dalam mimpi seseorang, nescaya mereka ni terbakar

    ReplyDelete