Tuesday, 11 May 2010

Amal yang dikira bukan pangkat atau keturunan...



Imam Hasan Al-Basri telah berpesan melalui sekeping surat kepada Khalifah Umar Abdul Aziz: ‘Hati2lah terhadap dunia. Ia seperti ullar. Sentuhannya amat lembut tapi bisanya mematikan. Hindarlah dari pesonanya. Sebab sediit saja engkau terpikat, pasti engkau akan terjerat. Dan jika manusia terpesona lalu bersujud padanya, dunia akan menghempaskannya ke dalam dosa2”.

Keprihatinan tulus Imam Hasan Al-Basri kepada Khalifah Umar kerana kecintaannya kepada khalifah yang berjiwa budiman dan warak’. Ia khuatir kalau gemerlapnya kekuasaan yang dimiliki akan mencampakkan Khalifah Umar ke lembah yang penuh dosa seperti khalifah2 yang terdahulu.

Bukankah selepas Muawiyah merampas kekhalipahan dari Madinah ke Damaskus seolah sudah tergambar aspirasi batiniah mengental di bumi Nabi saw dikuburkan akan dirampas rakus oleh pandangan duniawi yang menyesatkan di kota bekas jajahan Bangsa Parsi itu?

Bahkan lebih amat sedih pewarisnya Yazid bin Muawiyah (680-683M) tidak saja berlaku zalim, malah berbangga membunuh cucu kesayangan Rasulullah saw, Saidina Husain Bin Ali bersama keluarganya dan pengikut2nya di peristiwa berdarah Padang Karbala! Sungguh Yazid bin Muawiyah hidup berkubang maksiat sehingga namanya terkenal sebagai pemabuk berat.

Sungguh tidak difahami kenapa kekuasaan dikaitkan dengan kemegahan dan kesewenang-wenangan?. Kenapa kedudukan harus digandingkan dengan penyelewengan? Garis panduan berpolitik telah lama diajari Rasulullah saw. Lupakah kita Perisytiharan Madinah…baginda mendaulatkan asas2 keadilan dan persamaan hak setiap warganegara…setiap umat manusia mempunyai hak asasi yang sama, tanpa membezakan warna kulit dan keturunan. Bermula Islam telahpun mengajak manusia agar berdamai. Perlanggaran perjanjian membolehkan peperangan! Islam sentiasa mengajarkan agar umatnya menyebarkan khabar gembira tentang syurga yang luas mata memandang, melebihi langit dan bumi segala isinya. Nabi Saw diturunkan sebagai Rahmatan Lil’alamiin. Adakah akhlak manusia terdahulu berbeza dengan akhlak umat terkini..?Jawabnya..samalah..yang membunuh tetap membunuh..bermaksiat tetap bermaksiat, berdengki-kianat, menzalimi, merompak, menyamun dan sebagainya adalah akhlak2 yang sama dilakukan. Dan sesungguhnya Rasulullah saw dipilih untuk memperbaiki akhlak manusia…kerana akhlaklah yang memasukkan diri samaada ke syurga atau neraka!

Enam bulan selepas kewafatan Nabi saw, maka wafat pula Saidatina Fatimah. Maka berdukacitalah Saidina Ali tapi mengingatkan dia akan cerita Rasulullah saw bahawa baginda dikunjungi Malaikat Jibrail dan berkata kepadanya:
”Hai Muhammad! Hiduplah sesukamu! Tapi ingat engkau pasti berpisah dengannya. Dan berbuatlah semahumu! Tapi ingat engkau akan dibalas atas perbuatan itu”.

Maka tenanglah fikirannya buat seketika. Saidina Ali pun sedar bahawa kematian dan perpisahan adalah hukum Tuhan. Namun dia tetap merusuhkan jiwanya, ..dapatkah berjumpa lagi dengan isteri tercintanya? Teringat lagi akan kata2 Rasulullah: “Besok, pada hari Kiamat, setiap mukmin akan dikumpulkan bersama orang yang dicintainya di dunia”.

Maka dengan hati yang lega Saidina Ali menghantar jenazah Fatimah ke perkuburan berserta sahabat2 yang besar dan kaum muslimin yang lain. Salah seorang yang sangat akrab dengan keluarga Rasulullah adalah Abu Dzar Al-Ghifari. Menjelang jenazah puteri kesayangan Rasulullah dimasukkan ke liang lahad, maka berpesan Abu Dzar pada bumi yang akan dihuninya:” Hai kuburan! Tahukah kamu siapa yang kuhantarkan ke lubukmu hari ini? Ia adalah Fatimah Al-Zahrah, puteri Rasulullah, isteri Ali al-Murtadha dan bonda cucu Rasulullah, Hasan dan Husain.”

Mendadak kuburan seperti bergerak dan terdengar suara ghaib yang  menyusup masuk ke hati semua yang hadir. Suara itu berbunyi:”Aku bukanlah tempat untuk membanggakan pangkat atau keturunan. Pangkat apa saja, keturunan siapa saja, aku tidk peduli sebab aku ini tempat menyimpan amal soleh. Tidak akan terbebas dari siksaanku kecuali orang yang banyak kebijaksanaanya, yang ikhlas amalnya dan yang bersih hatinya”.
Kesimpulan, tidak ada siapapun yang teristimewakan kerana nasib manusia bergantung kepada amal perbuatannya . Gerbang keampunanNya tidak pernah tertutup, tangan kasihNya selalu terbentang luas bagi hamba2Nya yang mahu bertaubat.

“Allah lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing2 beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhlukNya), menjelaskan tanda2 (kebesaranNya), supaya kamu yakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu”. (Ar-Ra’d: 2)

No comments:

Post a Comment