Wednesday 16 June 2010

"Ada dua hal yang dibenci oleh anak cucu Adam. Pertama: Kematian. Kedua: Sedikit harta." Sabda Nabi saw.

Ini adalah kenyataan...belajar pandai moga besar beroleh kerja hebat dan gaji banyak. Berniaga besar untk keuntungan berlipat ganda. Jadi ramailah umat Islam suka mengumpul harta meredak, mencari untung sana dan sini, mencari kemewahan hidup dan lupakan diri diciptakan.

Semua mengaku Islam, ibadat ikut semua tapi lupa spt hadis di atas. Kita takut mati dan takut akan sedikt harta. Perkara ini spt dah tertanam dlm sanubari kita..sehinggalah sampai masa yg ditentukan (mati) maka adakah dua perkara itu dapat membantu lagi di akhirat sana?

Sebenarnya kematian itu lebih baik kerana ia dapat mengelakkan fitnah. Di dunia pelbagai fitnah dihadapi sedangkan kematian menghadapi satu perkara saja.

"Sedikit harta akan lebih ringan lagi hisabnya di kemudian hari kelak". Lupakah kita akan hadis ini...?.HR Imam Ahmad.

"Hai Abu Dzar! Dunia ini adalah penjara bagi org mukmin. Kubur itu tempat yg aman baginya, dan syurga adalah tempat kembalinya". HR Abu Nu'aim.

"Hai Abu Dzar! Dunia ini adalah syurga bagi org kafir. Kubur itu tempat seksaan baginya, dan neraka adalah tempat kembalinya". HR Abu Nu'aim.

Dan ingatlah alim ulama pernah berkata...Tiada satu hal ghaib pun yg lebih baik utk ditunggu oleh seseorang mukmin selain dari kematian. wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment