Thursday 29 July 2010

Bilangan Suhuf dan Kitab Suci dan perbezaan keduanya.

Segala kitab yg diturunkan dari langit kepada dunia itu 104 suhuf, akan Nabi Syith 60, Nabi Ibrahim 30 dan Nabi Musa sebelum Taurat adalah 10 dan Taurat, Zabur, Injil dan Quran. (yang dipetik dari kitab مفتاح الجنة  karangan yang ‘alim lagi fadhil Syeikh Mohammad Thoib bin Mas’ud Al-Banjari (datuk kepada Almarhum Tuan Hussein Al-Banjari).

Manakala merujuk kepada ulama lain kata seperti berikut:

50 suhuf kepada Nabi Syith, 30 suhuf kepada Nabi Idris,10 suhuf kepada Nabi Ibrahim dan 10 suhuf kepada Nabi Adam a.s. dan 4 Kitab iaitu Taurat (Nabi Musa), Zabur (Nabi Daud), Injil (Nabi Isa) dan Al-Quran kepada junjungan besar Rasulullah saw.

Setengah qaul ulama mengatakan ada 100 suhuf manakala setengah yang lain mengatakan 110 suhuf iaitu:

10 suhuf kepada Nabi Adam a.s.
50 suhuf kepada Nabi Syith a.s.
10 suhuf kepada Nabi Ibrahim a.s.
30 suhuf kepada Nabi Idris a.s.
10 suhuf kepada Nabi Musa a.s.

Disisi qaul yg muktamat tiada diketahui berapa banyak bilangannya, andaikata wajib atas tiap-tiap mukhalaf percayakan ada banyak suhuf yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasulnya dengan jalan ijmal (secara rangkum) termasuk qaul 110 yang disebutkan itu. (Risalah Tauhid: Terjemahan oleh Dato Hj.Abdullah bin Abdul Rahman bekas Yang Dipertua Agama Johor 1926/1345)

Jadi dapatlah difahamkan bahwa ada 100 Suhuf dan 4 buah kitab dan terpakai sekarang hanya 1 saja iaitu al-Quranul Karim yg diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dan akan kekal sehingga Hari Kiamat.

Suhuf ialah hukum2 dasar yang diterangkan kepada manusia mana2 yang perlu sahaja dan setengahnya utk satu2 umat ketika itu saja. Suhuf merupakan kepingan risalah atau lembaran tertulis yg mengandungi pengajaran, hukum hakam yg tidak lengkap.

Manakala Kitab Suci berupai wahyu yg diturunkan oleh Allah S.W.T kepada manusia melalui rasul. Ia adalah lah sebuah buku perlembagaan atau perundangan yang penuh dgn segala pengajaran dan peraturan serta hukum hakam yg lengkap lagi menyeluruh merangkumi soal2 aqidah. ibadah, muamalat, masyarakat dan lain-lain.

Perbezaan Suhuf2 dan Kitab2 terdahulu dgn Al-Quran.

Suhuf2 dan Kitab2 terdahulu - Ditujukan kpd golongan manusia yg tertentu sahaja di kalangan berbagai bangsa. Teks asal kitab dulu telah hilang, yg ada cuma salinannya saja. Diturunkan dalam bahasa yg telah pupus sejak beberapa abad yg silam. Tidak ada satu pun bangsa yg bercakap dalam bahasa itu sekarang dan kalau yg tahu pun tidak ramai. Telah bercampur aduk antara wahyu Allah S.W.T dgn perkataan manusia.Dan turunnya ayat2 dan kalimah2 kitab itu dan sejarahnya telah kabur dan tidak diketahui.

Al-Quran - Semua ajaran dan perundangan dapat diamalkan pada setiap tempat di muka bumi ini dan sesuai dalam segala zaman. Bersifat universal utk seluruh manusia hingga akhir zaman. Sampai la ni masih seperti yg pernah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w di mana sedikit pun tidak berubah, walaupun satu huruf. Diturunkan dalam bahasa yg hidup (masih org dok guna) hingga ke hari ini ramai yg boleh berbicara dgn bahasa Al-Quran iaitu Bahasa Arab. Mempunyai sejarah yg jelas dan setiap ayat dapat diketahui dengan jelas tentang sejarah, tempat dan sebab2 diturunkan (Asbabun Nuzulnya).Tetap wahyu Allah S.W.t yg asli dan kemurniannya terjamin.

ءامن الرسول بما أنزل إليه من ربه و المؤمنون كل ءامن بالله و ملـ‘ـئكته و كتبه و رسله لا نفرق بين أحدٍ من رسـله و قالو ا سمعنا و أطعنا غفرانك ربنا وإليك المصير

Yang bermaksud: “Rasulullah telah beriman kepada apa yg diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga org2 yg beriman, semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat2Nya, dan Kitab2nya dan Rasul2nya. Mereka berkata “Kami tidak membezakan antara seorang dgn yg lain dari Rasul2Nya”. Mereka berkata lagi:”Kami dengar dan kami taat. Kami mohon keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali”. (Al-Baqarah : 285)

11 comments:

  1. Replies
    1. Kalau ada pun takleh pakai dah krn exp date, yg kena pakai la ni al quran, tp sayang manusia memilih utk beramal dgn kitab lord reid

      Delete
  2. X paham la apa sebenarnya beza kitab dgb suhuf ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nabi yg menerima suhuf... mereka tak perlu sampaikannya, hanya sekadar amalan buat dirinya sendiri. berbeza dgn kitab, perlu diajarkan kpd masyarakat.

      kitab dibukukan, suhuf tak... hanya lembaran2 shj, tiada kulit.

      Delete
  3. berapakah jumlah suhuf yang diterima nabi Syuib?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ka suhuf nabi syuib?

      Delete
    2. Nabi syuib ni pak mentua nabi musa..
      Masa kenabian mereka hampir bersamaan tetapi diutus kpd kaum yg berbeza
      Nabi syuib, musa, haron

      Delete