Monday 6 July 2009

Demokrasi : Antara Konsep Barat Dan Islam

Demokrasi
Islam bukan demokrasi
Islam berbeda dengan demokrasi
Islam tidak boleh berdiri dengan demokrasi
Islam = Quran & Sunnah
Dewasa ini masyarakat mendewa-dewakan demokrasi dan mendakwa ia sebahagian daripada Islam. Demokrasi terbit hasil dari fikiran manusia dan bukan dari ajaran Allah swt. Demokrasi tidak ada dalam ajaran Islam dan tidak ada Demokrasi Islam. Islam tetap Islam. Dalam kemelut yang dihadapi, apakah umat Islam mengembalikan permasaalahan mereka kepada Quran dan Sunnah.?

Mereka yang mempertahankan demokrasi berusaha untuk mengadakan pendekatan terhadap Islam dengan memberi label demokrasi islam, mereka berusaha untuk merubah dan menghalalkan agar demokrasi tidak bertentangan dengan Islam. Beriman dengan kitab adalah sebahagian daripada rukun iman. Quran itu kitab. Kitab Allah.

“Kemudian kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama Islam) maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya mereka sekali-kali tidak dapat menolak dari kamu sedikit pun dari siksaan Allah. Dan sesungguhnya orang-orang zalim itu sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain dan Allah adalah pelindung orang-orang yang bertakwa”.
Quran : 45 : 18-19.

Kita umat Islam adalah umat terbaik. Ini diperakui oleh Allah swt di dalam Quran. Jadi ngapa kita bertaklik pada Kuffar?

Siapa yang berpegang pada Equality? Si bangsat yahudi….masyarakat kelas "kedua" yang tanpa empunya negara…yang dihalau dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Mereka berjaya mematahkan Nasrani dan akhirnya bersetongkol dengan puak yang kalah itu untuk melemahkan Islam dari luar dan dalam. Kekuatan Islam pada pundak sistem perkhalifahan dimusnahkan dengan jatuhnya empayar Othmaniyyah.

Siapa yang mengenggam tiori From People To People For People.

Sesungguhnya Islam itu hanya tertegak dengan kalimah "Laa ilaaha illallah, Muhammadur Rasul Allah atau aku perangi kamu."

Tapi sekarang sudah terbalik-kuang…yang menyebut..yang mengucap..akan "diperangi". Pulak! Umat Islam kini adalah masyarakat kelas "ketiga" selepas Barat dan Cina. Percaya? Kenapa...? masing-masing sudah ada jawapannya yang tersendiri.

Sebab..masyarakat Islam masakini cukup lemah. Bicaralah apa bidang sekalipun. Kita memang ketinggalan. Berani kita menafikannya?. Khazanah dunia yang diberikan pada orang Islam diangkut keluar oleh kuffar dan orang Islam terlopong mengigit jari. Tidak termasuk lagi berapa kandar ilmu yang dicuri dari kita. Ekonomi berteraskan riba..bank negara, bank dunia dan apa-apa lagi bank cukup 10 tahun mengira laba dan riba untuk dituntut dan dibahagi-bahagikan antara mereka. Jadi berlaku krisis inflasi. Ini pasti! Tak percaya...cari sendiri puncanya..Pasti dapat, Insya Allah.

New technology diakhiri dengan debts. Pengguna dipaksa membayar 2 atau 3 kali ganda atas alasan innovation atau innovative. Penternak ayam bertaburan, kian meningkat…kandang boleh memuatkan beribu-ribu ekor kian meningkat tapi harga tak pernah jatuh. Hutang bank, hutang benih, hutang sewa, hutang ubat, hutang makanan dan hutang, hutang,hutang blah-blah blah. Masing-masing (tauke anak ayam, tauke ubat, tauke makanan dsb) semuanya berhutang pada bank. Mana ada bank berniaga tanpa riba! Ada hutang RM1000 bayar RM1000?

Matawang dirham dan dinar dipandang dingin. US Dolar yang utama. Emas dan perak yang nilainya tidak pernah susut diganti dengan kertas yang tidak bernilai.

Sistem beroreintasikan akal manusia diserapmasuk dan dipaksa menerimanya "by hook or by crook."

Hayatilah ucapan 'Laa ilaaha illalLah' (Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah!)'


DEMOKRASI: ANTARA KONSEP BARAT DAN ISLAM

oleh : Nabriz

Antara barat dan Islam adalah umpama buku dan ruas yang tidak boleh disatukan. Segala peraturan dan perundangan antara barat dan Islam jelas menunjukkan perbezaan yang ketara. Dari segi amalan politik juga sama iaitu sistem antara kedua-duanya jelas berbeza. Demokrasi liberal barat adalah berlandaskan Falsafah kekuasaan rakyat semata-mata. Apabila dibincangkan mengenai demokrasi satu perkara yang terlintas di hati kita adalah kebebasan. Ini adalah kerana sesebuah negara yang mengamalkan sistem yang memberi kebebasan kepada rakyatnya dalam serba serbi walaupun pada hakikatnya kebebasan itu masih boleh dipertikaikan.

Namun apabila kita merujuk kepada istilah sebenar, demokrasi adalah bermakna pemerintahan rakyat. Ini adalah merujuk kepada kenyataan di bawah:"Istilah sebenar demokrasi berasal daripada dua perkataan Greek: "demos" bermaksud rakyat dan "kratein" bermaksud memerintah. Oleh itu makna demokrasi secara literal ialah pemerintahan rakyat" (Dr. Lukman Thaib, 199:7).

Walaupun sistem demokrasi pada zaman Greek adalah terhad kepada kaum lelaki sahaja namun konotasi demokrasi moden lazimnya merujuk kepada semua penduduk di sesebuah negara. Ini menunjukkan bahawa demokrasi mementingkan kedaulatan rakyat. Di dalam sistem ini kuasa mutlak membuat undang-undang dalam menentukan nilai-nilai dan norma-norma amalan terletak di tangan rakyat (Al Maududi 1404:21). Dengan kata lain rakyat berhak menentukan segalanya. Undang-undang yang baik boleh dimansuhkan dan undang-undang yang tidak baik boleh diwujudkan jika ada sokongan daripada rakyat.

Sebaliknya Islam sebagai satu agama yang mempunyai prinsip keimanan yang tinggi kepada Tuhan, mengasaskan sesebuah negara itu berdasarkan kekuasaan Allah dan manusia pula ditugaskan sebagai khalifah. Amalan-amalan di dalam demokrasi Islam adalah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah.

Bagi demokrasi liberal menurut setengah-setengah sarjana menganggap demokrasi sebagai asas atau dasar manakala sebahagian yang lain pula mendefinisikannya sebagai bentuk atau kaedah. Namun begitu kebanyakan sarjana bersependapat bahawa demokrasi ialah sistem yang berasaskan pihak berasingan yang majoriti, pentadbir menghormati hak minoriti (Dr. Lukman Thaib 1995:8).

Apa yang menjadi persoalan di sini adalah sama ada Islam juga mementingkan prinsip kedaultan rakyat dan jika bukan apakah yang menjadi gaya pemikiran politik bagi sesebuah negara Islam. Bagi menjawab persoalan ini eloklah kita merujuk kepada pendapat seorang sarjana Islam iaitu Al-Maududi menguasai prinsip negara Islam:-

"Istilah yang lebih tepat mengenai sistem politik Islam ialah negara ketuhanan yang digelar "teokrasi" dalam bahasa Inggeris" (Al Maududi 1404:21).

Menurut beliau teokrasi di dalam sesebuah negara Islam bukanlah bermaksud mengaggungkan sesuatu kuasa seperti yang dibuat oleh paderi-paderi di zaman Eropah yang memerintah secara paksa yang lebih mirip kepada kekuasaan syaitan. Menurut Al-Maududi istilah teo-demokrasi adalah lebih tepat bagi sesebuah negara Islam. Ini adalah kerana di dalam sesebuah negara demokrasi Islam, rakyat akan memerintah berlandaskan had-had yang ditentukan oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.Al-Maududi juga telah mengariskan tiga prinsip utama dalam sesebuah negara Islam iaitu:-

(1) Tidak ada orang, golongan atau kumpulan bahawa seluruh penduduk yang menangi dalam sesebuah negara sekalipun, boleh mendakwa mempunyai kekuasaan dan kedaulatan. Hanya Allah pemilik kekuasaan dan kedaulatan yang sebenar: semua yang lain adalah hambanya.

(2) Allah ialah pengubal undang-undang yang sebenar dan kuasa mutlak membuat undang-undang adalah miliknya. Orang-orang Islam tidak boleh membuat undang-undang yang bertentangan dan tidak boleh mengubah suai sebarang undang-undang yang ditetapkan oleh Allah, walaupun semua orang bersetuju mahu membuat undang-undang lain atau mengubah undang-undang Allah, dan

(3) Sesebuah negara Islam mestilah diasaskan di atas hukum yang diwahyukan tuhan dalam segala sesi dan ruang lingkupnya. Kerajaan yang memerintah sesebuah negara Islam hanya boleh ditaati dalam tugasnya sebagai badan politik yang dibentuk untuk melaksanakan undang-undang Allah, sekiranya ia melanggar undang-undang yang diturunkan oleh Allah, perintahnya tidak wajib di taati oleh orang-orang Islam (Al-Maududi 1404:20).

Kesemua prinsip undang-undang di atas jelas menunjukkan bahawa rakyat dalam sesebuah negara Islam hanyalah pelaksana hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah. Rakyat tidak ada alasan bagi tidak melaksanakan sesuatu hukum Allah dan tidak ada alasan bagi memansuhkan hukum Allah.

Ini adalah berbeza dengan demokrasi berat yang berlandaskan kekuasaan dan kedaulatan rakyat. Calon-calon yang dipilih diberi mandat untuk membuat dan melaksanakan undang-undang di dalam sesebuah negara. Undang-undang itu pula perlulah selaras dengan kehendak rakyat. Di dalam demokrasi barat apa-apa undang-undang yang mendapat undian terbanyak perlu dilaksanakan walaupun ia satu perkara yang buruk dan terkutuk. Misalnya tabiat minum arak. Walaupun minum arak membahayakan kesihatan namun melalui undian majoriti, arak boleh dijual dan diminum tanpa batasan.

Di dalam demokrasi barat juga agama dan politik dipisahkan hingga menyebabkan rakyat kehilangan nilai-nilai moral dan etika. Akibat persaingan yang wujud dalam sistem kapitalisme menyebabkan rakyat hilang pertimbangan dan lebih mementingkan materialisme dan ini mengalpakan mereka daripada membenarkan dan kebaikan yang hakiki.

Sebaliknya di dalam sesebuah negara Islam prinsip syura adalah amat dititik beratkan. Definisi syura adalah kata nama daripada perkataan "Al-Musyawaratun" atau "watasyawarun" bererti mengutarakan pendapat (Dr. Lukman Thaib, 1995:232).

Definisi syura ini jelas menunjukkan bahawa pendapat adalah diutamakan di dalam sesebuah perkara. Melalui prinsip ini peranan ummah atau rakyat Islam adalah dipentingkan di dalam perlaksanaan dan pembuatan sesuatu dasar yang berlandaskan Al-Quran.

Malah Rasulullah S.A.W. sendiri pernah bersabda bahawa:"Sesiapa yang memberi ikrar (baiah) kepada seseorang Amir tanpa mengadakan syura dengan umat Islam, mana tidak ada ikrar (baiah) baginya dan bagi orang yang di baiahkannya." Sabda Rasulullah S.A.W. ini jelas menunjukkan bahawa panduan rakyat amat dipentingkan di dalam sesebuah negara Islam.

Menurut Dr. Lukman Thaib di dalam bukunya yang bertajuk "Syura dan Applikasinya dalam pemerintahan pada masa kini" telah menggariskan 3 ketetapan yang diwujudkan di dalam perlembagaan negara Islam:-

(1) Tidak sah majlis Al-Syura menggubal undang-undang yang bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah.

(2) Al-Quran dan Sunnah Rasulullah dijadikan sumber utama perundangan.

(3) Ketua negara yang mengistiharkan sesuatu undang-undang baru hendaklah seorang Islam. (Dr. Lukman Thaib, 1995:41).

Ketetapan ini menunjukkan bahawa, walaupun wujud prinsip bersuara di dalam Islam namun ia adalah mengikut had-had yang ditetapkan oleh Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Namun pendapat Ummah turut sentiasa dititik beratkan seperti sabda Rasulullah S.A.W."Seorang Islam dengan seorang Islam yang lain diibaratkan seperti bahagian pada satu binaan, setiap satunya (bahagian) menguatkan bahagian yang lain.

Hadis ini meneguhkan bahawa pendapat yang dibubar oleh rakyat dapat menguatkan lagi kedudukan mereka selagi pendapat itu tidak bercanggah dengan naluri Islam yang mungkin akan meruntuhkan institusi kemasyarakatan di dalam sesebuah negara Islam.

Selain daripada Al-Quran dan Sunnah, harus diinggati bahawa terdapat sumber ketiga yang boleh dijadikan ikutan di dalam Islam iaitu `ijma'. Ijma adalah secara amnya ditafsirkan sebagai "persetujuan umat Islam tentang soal agama. Ijma merupakan persetujuan pendapat orang yang timbul, sama ada secara rasional ataupun mengikut hukum (Dr. Lukman Thaib 1995:87 Di petik daripada Ala Al-Diri 1308H:227).

Ijma turut menjadi satu rujukan di dalam pentadbiran sesebuah negara Islam. Sistem kedaulatan rakyat dari dalam sebuah negara Islam boleh juga dihuraikan mengikut sumber ijma. Jadi terdapat banyak huraian yang ditulis mengenai kedaulatan rakyat dalam demokrasi barat dan Islam. Jadi banyak jugalah huraian yang boleh dibuat mengenai seperti huraian-huraian yang berikutnya.

Konsep kedaulatan rakyat dalam Islam boleh dilihat pada tahap awal pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W di Kota Madinah. Negara Madinah adalah satu contoh negara yang mempunyai ciri-ciri demokrasi dan pada masa yang sama tidak terpisah daripada agama.

Menurut Zainal Abidin Ahmad dalam bukunya yang bertajuk Ilmu Politik Islam menerangkan bahawa "Peraturan negara yang didirikan oleh Nabi di Madinah itu, adalah semalam asas politik yang benar, kerana ia menghimpun antara dua prinsip, iaitu Musyawarah (demokrasi) dan kekuasaan. Ini adalah sejajar dengan firman Allah yang bermaksud:"Dan bermusyawarahian dengan mereka di dalam segala urusan, maka apabila keputusan sudah diambil, maka laksanakanlah dengan bertawakal kepada Tuhan."

Sistem demokrasi yang diamalkan oleh Rasulullah jelas menunjukkan perkaitan mengenai kedaulatan rakyat dalam demokrasi Islam. Kerajaan demokratik ketuhanan atau teokrasi ini memberikan kuasa terhad kepada rakyat iaitu menurut batas-batas yang ditentukan oleh Allah. Manakala soal pentadbiran dan semua perkara yang tidak ditetapkan oleh syariah diselesaikan melalui musyawarah di kalangan ulamak dan pemimpin Islam.

Jadi walaupun seluruh umat Islam di dunia ini bersatu untuk mengubal atau meminta mana-mana perkara yang bercanggah dengan syariah adalah tidak sah dan tidak boleh diterima.Ini adalah disebabkan semua negara Islam yang tegak di atas prinsip ketuhanan dan menguatkan perintah dan hukum-hukum yang jelas dari Allah dan Rasul dan tidak ada pemimpin Islam atau badan perundangan yang boleh membuat keputusan tanpa rujukan kepada Al-Quran dan Sunnah.

Namun ini tidak bermakna bahawa had-had dan sekatan ini memperlihatkan bahawa Allah mengkongkong manusia daripada berkembang. Allah tidak pernah menghadkan kebebasan pemikiran dan intelek manusia. Allah menetapkan hak membuat undang-undang hanya terletak padanya dan bukan bermaksud untuk menyekat kebebasan manusia.

Jadi demokrasi barat yang berlandaskan kekuasaan rakyat berbeza dengan Islam kerana di dalam demokrasi Islam kedaultan rakyat adalah mengikut had-had yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah. Ini menunjukkan bahawa kebebasan yang ada pada rakyat juga mengikut lunas-lunas keimanan membebaskan yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah terhad atas dasar keinginan dan nafsu yang ada pada manusia boleh dipengaruhi oleh Syaitan. Inilah sebabnya Allah mewujudkan had-had seperti menurut Istilah Islamnya adalah batas-batas Allah atau Hadud Allah.

Sebagai contohnya dalam ekonomi Allah telah menetapkan beberapa batas yang menurut perintah Allah seperti zakat harta benda, zakat pendapatan dan pencarian rezeki secara halal.Apabila kita merujuk kepada kedaulatan juga bererti setakat mana kebebasan yang ada pada seseorang untuk menentukan nasib diri sendirinya.

Apabila kita merujuk kepada kekebasan Islam ada menggariskan beberapa kebebasan ataupun tahap kedaulatan rakyat di dalam sesebuah negara demokrasi Islam. Antara kebebasan itu ialah:-

(1) Kebebasan Rohani

(2) Bebas daripada perhambaan sesama manusia.

(3) Bebas daripada perhambaan Masalah Hidup.

(4) Bebas daripada perhambaan Nilai dan Norma Masyarakat.

(5) Bebas daripada perhambaan kepada Hawa Nafsu.

(6) Kebebasan Mendapat Hak

(7) Kebebasan Peribadi.

(8) Kebebasan Beragama/Akidah.

(9) Kebebasan Politik.

(10) Kebebasan Milik (Alias Othman 1991:105).

Di dalam peringkat-peringkat kebebasan yang dinyatakan kita dapat lihat satu peringkat kebebasan mengenai Politik. Hak kebebasan rakyat dapat dilihat dengan mengkaji terus ucapan Khalifah Abu Bakar seperti berikut:"Wahai Manusia, sesungguhnya aku telah dilantik ke atas kamu dan bukanlah aku orang yang paling baik di antara kamu. Kalau aku lemah kamu betulkanlah aku dan kalau aku berbuat baik, kamu tolonglah aku, benar itu amanah dan dusta itu khianat. Yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku, sehingga aku mengambil hak daripadanya insya`Allah ...."

Daripada ucapan Khalifah Abu bakar ini terdapat beberapa perkara berkaitan kebebasan politik iaitu:-

(1) Perkataan yang menyebut "saya telah dilantik ke atas kamu." Ini menunjukkan hak umat untuk memilih ketua negara.

(2) "Bukankah aku orang paling baik di kalangan kamu." Ini menunjukkan ketua negara adalah juga daripada rakyat negara tersebut.

(3) "Jika saya lemah kamu betulkanlah saya, jika saya berbuat baik kamu bantulah saya." Ucapan ini pula menunjukkan hak rakyat yang dianggap sebagai pemerhati bagi sesebuah pemerintahan.

(4) "Taatilah aku selagi aku taat kepada Allah, apabila aku durhaka kepada Allah dan Rasulnya kamu tidak wajib taat lagi kepada ku." Kenyataan ini pula menunjukkan, bahawa walaupun seseorang pemerintah itu ada mengikut sistem-sistem dalam sesebuah negara namun apabila beliau tidak lagi mengikut lunas-lunas agama Islam maka rakyat tidak perlu patuh kepadanya.

Contoh yang keempat ini jelas menunjukkan bahawa di dalam semua kebebasan yang diberikan kepada rakyat haruslah berlandaskan lunas-lunas Islam malah pemimpin sebagai pentadbir Ummah haruslah juga berlandaskan keislaman. Jadi kebebasan politik dalam Islam tidaklah bererti rakyat bebas semutlaknya. Kebebasan ini diikat dengan beberapa kaedah demi menjaga kebahagiaan manusia iaitu:-

(1) Kebebasan siasah dalam negara Islam bukanlah hadiah pemberian daripada sesiapa, tetapi ia merupakan sebahagian daripada agama Islam. Islam memberikan hak kepada rakyat untuk memilih ketua negara dan tidak bermaksud supaya rakyat menggunakan haknya itu pada satu ketika sahaja dan kemudian menghilangkan diri tetapi harus mengikuti perkembangan sepanjang hayatnya.

(2) Islam menjadikan rakyat sebagai pengawas kepada ketua negara dan pegawai-pegawai kerajaan.

(3) Tidak ada batas bagi kebebasan siasah dalam sistem Islam, kecuali batas-batas umum yang telah ditentukan oleh Islam demi menjaga hak-hak manusia. Batas-batas ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian:-

(i) Supaya rakyat tidak terkeluar daripada batas-batas, hukum, prinsip dan adab-adab Islam. (ii) Supaya tidak timbul akibat daripada penggunaan kebebasan siasah ini sesuatu yang membawa keburukan dan bencana kepada umat, negara atau berlakunya fitnah yang menggugat kestabilan masyarakat.

Namun perkara-perkara kebebasan yang digariskan ini tidak boleh dianggap sebagai titik tolak yang membezakan antara Islam dan demokrasi barat. Apa yang mungkin kita anggap sebagai titik yang membezakan antara Islam dan demokrasi atau aliran politik, yang kandungan perlembagaan dan bahagian yang ditetapkan di dalam sistem, serta perbezaan di dalam membataskan kebenaran dan kepentingan kemasyarakatan.

Perbezaan ini bersandarkan kepada isi kandungan sistem dan perlembagaan sebelum disandarkan atau tanpa disandarkan ke atas bentuk pemerintahan dan lahiriahnya. Apa yang menjelaskan lagi perbandingan antara pandangan Islam dan demokrasi liberal ke atas rakyat ialah suara majoriti di dalam masyarakat Islam yang dibina oleh fahaman taqwa dan keutamaan tidak dapat di hitung leutang batasan-batasan kebenaran dan pembaikan sosial. Ini adalah selaras dengan ayat di bawah yang membawa maksud:"Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal dengan amalan yang soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran." (Al-Ashr, 2,3.)

Secara amnya peraturan yang bergantung kepada pandangan majoriti ummat manusia tidak akan membawa kebaikan untuk kekalkan masa depan dan tidak mendatangkan kekecuaian kepada ummah sendiri. Jadi Islam sentiasa membataskan kedaulatan rakyat berdasarkan peraturan dalam Al-Quran dan Sunnah. Berdasarkan aspek-aspek ini demokrasi di dalam Islam telah mengariskan beberapa ciri demokrasi Islam:-

(1) Kebebasan mengikut had undang-undng.

(2) Kesamarataan di sisi undang-undang.

(3) Kerajaan melalui persetujuan dan permusyawaratan.

(4) Proses pembuatan keputusan yang dimaklumkan melalui perbatasan perlembagaan.

Undang-undang dalam negara Islam adalah berdasarkan sumber undang-undang Allah. Manakala undang-undang demokrasi liberal adalah berbentuk sekular. Ini termasuklah mengenai kedaulatan rakyat. Undang-undang Islam juga dianggap sebagai satu nusus yang dianggap sah secara berkekalan. Mana-mana individu tidak berhak menggubalnya.

Manakala di dalam demokrasi barat tidak ada undang-undang yang sah secara berkekalan dan boleh berubah-ubah. Ini menunjukkan bahawa rakyat di dalam negara Islam adalah tertakluk kepada pembatasan dan undang-undang Allah manakala bagi rakyat di sebuah negara demokrasi barat rakyat bebas menggubal undang-undang dan diluluskan oleh kabinet.

Sebagai kesimpulannya demokrasi berprinsip kedaulatan rakyat adalah berbeza dengan sebuah negara demokrasi Islam kerana rakyat dalam sebuah negara demokrasi Islam mempunyai perbatasan dan undang-undang yang wajib diikuti iaitu berlandaskan Agama. Manakala di sebuah negara demokrasi barat perlembagaan dan agama dua sistem yang diasingkan.

Bibliografi

Ahmad Syafii Maarif, 1987. Islam dan Masalah Kenegaraan, Lembaga Penilaian Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan Social. Indonesia.

Alias Othman, 1991. Asas-Asas Pemikiran Politik Islam. Kuala Lumpur.

ASY Syeikh ALLAMAH Muhamad Hussein Tabataba `E 1984 Gagasan Politik Islam, Dewan Pustaka Fajar Kuala lumpur.

H. Zainal Abidin Ahmad, 1977, Ilmu Politik Islam III Sejarah Islam dan Umatnya Sampai Sekarang, Jakarta.

H. Zainal Abidin 1977, Ilmu Politik Islam, Jakarta.

Idris Zakaria, 1991. Teori Politik Al-Farabi dan Masyarakat Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Klaus Ferdinand and Moohdi Mozaffari 1988, Islam: State and Society, Gurzon Press.

Dr. Lukman Thaib, 1995, Syura dan Aplikasinya Dalam Pemerintahan Pada Masa Kini, Kuala Lumpur.

Muhamad Asad, 1964. Azas-Azas Negara dan Pemerintahan Di Dalam Islam Terjemahan Drs. Muhammad Radjab, Jakarta.

Qamar-UD-DIN-Khan ...19.. , Maududis Theory of the State.Syed Abul Al-Maududi, 1404, Teori Politik Islam.

Ta req Y. Ismael and Zacqueline S. Ismael 19 Government and Politics in Islam, London.

Dr. Zainal 1987. Filsafat Sejarah Ibn Khaldun, Bandong.

1 comment:

  1. Assalamualaikum

    Kalau ada demokrasi kufur dan juga demokrasi Islam. yang Islamnya dipanggil apa. Bukankah demokrasi tu sendiri asal dari perkataan greek demos kratein. Arab sendiri meminjam bahasa inggeris utk menyebut demokrasi. "demokratiah". lalu apakah ada demokrasi Islam atau demokratiah al Islamiyyah?

    Penjelasan tentang syura juga mengelirukan.

    Tulisan ini sangat bercelaru dan menimbulkan kekeliruan.

    Bukankah Islam telah lengkap? mengapa masih lagi menumpang dengan sistem demokrasi. Lengkapnya Islam di semua bidang dan sistem iaitu sistem pemerintahan, ekonomi, sosial, pendidikan, undang-undang dan semua permasalahan kehidupan manusia.

    ReplyDelete