Tuesday, 24 November 2009

Tashawuf Islam dan Maqam Shiddiqun

Risalah Sufi Al-Qusyairi (Ar-Risalatul Qusyairiyah Fi ‘Ilmit Tashawwuf) adalah sumber paling tua di antara karya agong dalam bidang tasawuf. Abul Qasim ra. (Imam Al-Qusyairi) membawa pembaca meninjau ke alam tasawuf dan persoalan2 yang berkaitan dengannya. Ianya disusun bertujuan meluruskan pemahaman keagamaan Islam tentang konsep2 tasawuf, akidah tasawuf, pengalaman kerohanian.


Nama lengkapnya adalah Abdul Karim al Qusyairi. Nasabnya, Abdul Karim bin Hawazin bin Abdul Malik bin Thalhah bin Muhammad. Panggilannya Abul Qasim, sedangkan gelarannya cukup banyak, antara lain disebutkan:

An-Naisaburi
Dihubungkan dengan Naisabur atau Syabur, sebuah kota di Khurasan, salah satu ibu kota terbesar Negara Islam pada abad pertengahan disamping Balkh, Harrat dan Marw. Kota di mana Umar Khayyam dan penyair sufi Fariduddin ‘Atthaar lahir. Dan kota ini pernah mengalami kehancuran akibat perang dan bencana. Sementara di kota inilah hidup asy Syeikh al Qusyairi hingga akhir hayatnya.

Al-Qusyairi.
Dalam kitab al Ansaab’ disebutkan, al Qusyairy sebenarnya dihubungkan kepada Qusyair. Sementara dalam Taajul Arus disebutkan, bahwa Qusyair adalah warga dari suku Qahthaniyah yang menempati wilayah Hadhramaut. Sedangkan dalam Mu’jamu Qabailil ‘Arab disebutkan, Qusyair adalah Ibnu Ka’b bin Rabi’ah bin Amir bin Sha’sha’ah bin Mu’awiyah bin Bakr bin Hawazin bin Manshur bin Ikrimah bin Qais bin Ailan. Mereka mempunyai beberapa cucu cicit. Keluarga besar Qusyairy ini bersemangat memasuki Islam, lantas mereka datang berbondong bondong ke Khurasan di zaman Umayah.

Al-Imam
Nama nama (gelar) ini diucapkan sebagai penghormatan atas kedudukannya yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan di dunia islam dan dunia tasawuf. Al jaa’mi bainas Syariah wal haqiqat (Pengintegrasi antara Syariat dan Hakikat), 

Al Qusyairy mengatakan, bahwa ia lahir di Astawa pada bulan Rablul Awal tahun 376 H (986 M). Beliau wafat di Naisabur, pada pagi hari Ahad, tanggal 16 Rablul Akhir 465 H (l073 M). Ketika itu usianya 87 tahun. Imam Al-Qusyairi adalah seorang tokoh sufi bermazhab As-Syafie.

Disiplin Ilmu Keagamaan
  • Ushuluddin: Al Qusyairy belaj’ar bidang Ushuluddin menurut mazhab Imam Abul Hasan al Asy’ary.
  • Fiqih: Al Qusyairy dikenal pula sebagai ahli fiqih mazhab Syafi’y.
  • Tasawuf: Beliau seorang Sufi yang benar benar jujur dalam ketasawufannya, ikhlas dalam mempertahankan tasawuf Komitmennya terhadap tasawuf begitu dalam. Beliau menulis buku Risalatul Qusyairiyah, sebagaimana komitmennya terhadap kebenaran teologi Asy’ary yang dipahami sebagai konteks spirit hakikat Islam. Dalam pleldoinya terhadap teologi Asy’ary, beliau menulis buku: Syakayatu Ahlis Sunnah bi Hikayati maa Naalahum minal Mihnah.
Ia dimakamkan di samping makam gurunya, Syeikh Abu Ali ad-Daqqaq ra,

Beliau menulis buku Risalatul Qusyairiyah, sebagaimana komitmennya terhadap kebenaran teologi Asy’ary yang difahami sebagai konteks spirit hakikat Islam.

Berikut adalah sebahagian dari kata-katanya dalam Ar-Risalatul Qusyairiyah Fi ‘Ilmit Tashawwuf yang lebih dikenali sebagai Risalah Sufi Al-Qusyairi.


Pada muqaddimah Risalah beliau mengatakan:” Ketahuilah, semoga Allah merahmati kamu sekelian, bahawa setelah zaman(periode ) Rasulullah saw, orang2 utama di kalangan kaum Muslimin tidak dikenali dengan predikat apa pun selain sebagai sahabat Rasulullah saw. Kerana tiada lagi yang mengungguli keutamaan mereka. Kerana itu mereka disebut dengan sahabat. Pada periode kedua, orang2 yang berguru dengan sahabat itu dinamakan tabiin dan mereka menganggap sebutan itu sebagai sebutan yang paling mulia. Selepas tabiin disebut tabiut tabiin. Selepas mereka manusia berbeza-beza pendapat dan tingkatan2 yang bermacam-macam. Orang2 tertentu (khawwash) yang memiliki perhatian pada sangat besar terhadap permasalahn agama disebut zahid dan abid. Lalu muncullah bermacam2 bidaah, timbullah perselisihan, hingga masing2 kelompok mendakwa dalam kelompoknya terdapat para zahid. Sementara orang2 khusus dari kalangan ahlu sunnah, yakni orang2 yang selalu menjaga diri bersama Allah, dan menjaga hatinya dari bencana kelalaian, dikenal dengan nama tashawu. Sebuah nama yang popular dikalangan para tokoh ulama sebelum tahun 200H.


Dari sini kita  mengetahui (Said Hawa mengatakan) tashawuf dibangunkan berdasarkan mazhab ahli sunnah wal jamaah, baik dari segi aqidah maupun fiqih. Seorang sufi dalam masalah aqidah terikat dengan mazhab ahli sunnah wal jamaah, sementara dalam masalah2 fiqih juga terikat dengan fatwa2 ahli sunnah wal jamaah. Ia harus berjalan menurut mazhab2 mereka dalam masalah2 aqidah dengan merujuk hukum dari sumber al-Quran dan as-Sunnah. Ia memiliki kelebihan atas orang lain dengan amal dan realisasi.

Dalam Risalahnya, selepas menerangkan riwayat hidup sebahgian tokoh sufi, Abul Qassim  al-Qusyairi mengatakan: “Itulah riwayat sebagian tokoh (syeikh) kelompok ini.Tujuan memaparkan riwayat mereka disini adalah untuk mengingatkan bahawa mereka semua sepakat mengagungkan syariat, menempuh suluk dengan cara riyadhah(menempa jiwa), mengikuti sunnah dan tidak sedikitpun meninggalkan adab-adab agama. Mereka juga sepakat bahawa orang yang tidak melakukan muamalah dan mujahadah atau tidak melandasi urusannya dengan asas warak dan takwa, bererti telah berbohong atas nama Allah swt. Orang seperti ini akan binasa dan cenderung membinasakan orang yang tertipu, diantara orang-orang yang cenderung kepada kebathilan-kebathilan”.


Imam Al-Qusyairi berkata:”Ketahuilah, semoga Allah merahmati kalian, bahawasanyan para syeikh kelompok ini telah membangunkan kaedah2 mereka di atas dasar2 tauhid yang benar. Dengan demikian mereka telah menjaga aqidah mereka dari segala bidaah, sesuai dengan tauhid ulama salaf dan ahli sunnah wal jamaah. Tanpa tamtsil dan ta’thil, mereka mengetahui apa yang menjadi hak al-Qidam (Yang Maha terdahulu), dan mereka telah merealisasikan hal2 yang menjadi sifat Maujud, dari segala yang tiada.”

Dalam Risalahnya lagi, Al-Qusyairi mengambil perkataan Saad Bin Utsman, ia berkata:”Aku mendengar Dzun Nun al-Mishri berkataz: ”Diantara tanda2 orang yang mencintai Allah Azza wa Jalla adalah bahwasanya mereka mengikuti kekasih Allah (Muhammad saw), dalam hal akhlak, perbuatan2, perintah2, dn sunnah2nya.”

Al-Qusyairi juga berkata: ”Syariah ialah perintah untuk iltizam (menetapi) ubudiyyah, sedangkan hakikat adalah musyahadah (pengakuan dan penyaksian) akan rububiyyah (ketuhanan). Kerana itu, syariat yang tidak dikokohkan oleh hakikat, tidak akan diterima. Sedangkan hakikat yang tidak diikat dengan syariat, tidak akan tercapai. Syariat datang dengan membawa taklif (kewajipan) kepada makhluk, sedang hakikat ialah perkhabaran tentang perlakuan al-Haq (Allah). Jadi, syariat ialah agar engkau menyembahNya, sedang hakikat ialah supaya engkau menyaksikanNya. Syariat ialah perlaksanaan dari apa yang diperintahkan, sedang hakikat adalah penyaksian terhadap qada dan qadarNya, serta apa yang disembunyikan dan ditampakkanNya”.

Pengarang ar-Risalah al-Qusyairiyah mengatakan:”Abu Abdullah bin Khafif berpesan: ”Ikutilah salah satu dari lima orang syeikh kami, ada pun yang lainnya serahkan pada mereka sendiri urusan mereka. Mereka adalah: Al-Harits bin Asad al-Muhasibi, al-Junaid bin Muhammad, Abu Muhammad Ruwaim, Abbul Abbas bin ‘Atha’ dan Amer bin Utsman al-Maliki; sebab mereka telah memadukan antara ilmu dan hakikat.”

Pengarang ar-Risalah al-Qusyairiyyah selanjutnya mengatakan: ”Ada orang yang berkata kepada al-Junaid: ”Diantara ahli makrifat ada satu kaum yang mengatakan meninggalkan harakat (amal perbuatan) termasuk kategori berbuat baik dan takwa. Al-Junaid berkata: ”Ini adalah perkataan orang2 yang ingin meniadakan amal. Hal orang yang mencuri dan berzina pun masih lebih baik dari orang yang mengatakan hal tersebut. Kerana sesungguhnya orang2 yang arif (mengenal, sampai pada makrifat) kepada Allah akan memperolehi amal dari Allah dan beramal kepada Allah Taala. Andaikata aku hidup seribu tahun, aku tidak akan meninggalkan amal2 kebaikan sebiji zarah pun”.

Al-Qusyairi menambahkan bahawa Al-Wasithi berkata:”Mereka menjadikan adab yang jelek sebagai suatu keihklasan, kejahatan nafsu sebagai kesenangan, dan menjadikan keinginan yang hina sebagai sesuatu kekuatan. Mereka buta (tidak dapat melihat) jalan, dan menempuh jalan sempit. Tidak ada kehidupan yang dapat berkembang dibumi mereka, dan tidak ada ibadah yang bersih yang dipaparkan kajian2 mereka. Apabila berbicara, disertai dengan kemarahan, apabila dijak berbicara, bersikap sombong. Ketamakan mereka menunjukkan noda2 hitam pada bathin mereka. Mudah-mudahan Allah memerangi mereka. Bagaimanakah mereka dapat terpedaya?

Imam Al-Qusyairi membicarakan kedudukan ash-shiddiqun yang berkaitan dengan perbuatan dan yang berkenaan dengan hati, yaitu tentang hal2 dan maqam2nya. Mengenai hal2 berkaitan hati, ia menyebut: taubat, mujahadah, khalwat, uzlah, zuhud, lapar, meninggalkan syahwat, tawadduk, menentang nafsu, meningalkan hasad (dengki) dan ghibah, qanaah, hazan (sedih), syukur, sabar, muraqabah, ridza, ibadah, iradah, istiqamah, benar, malu, bebas dari perbudakan makhluk, dzikir, kemurahan hati, keperwiraan, dermawan,makrifat Allah, menjaga hati para syeikh, menjaga adab waktu, menjaga perkara fardhu dan melaksanakan sunnah-sunnah dan banyak lagi.


Berkenaan dengan kedudukan maqam2 yang berkaitan dengan hati, dan hal2 spiritual yang akan mendatangkan perbuatan2 atau yang murni dari kurniaan Allah: Kewalian, firasat, ikhlas, tawakal, yakin, raja; (harapan), khauf (takut), dan mengistimewaan fikiran dan perasaan dengan mendekat kepada Allah dan lainnya. Maqam-maqam ini boleh dicapai oleh para murid dalam masalah shiddiqiyyah an sich juga oleh para syeikh yang sempurnan.


Demikianlah sebahagian dari kata2  Al-Imam Qusyairi dalam kitab Ar-Risalahnya.


Bahagian Kedua. Maqam Shiddiqun


Firman Allah:” Hai orang2 yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan jadilah kamu sekelian bersama ash-shiddiqun.” (at-Taubah: 19)


Kata siddiq bermula dari dua makna iaitu pertama sangat membenarkan dan kedua sangat benar.


Allah berfirman:
“Dan orang2 yang beriman kepada Allah dan RasulNya, mereka itu adalah ash-shiddiqun (orang2 yang sangat membenarkan) dan para syahid di sisi tuhan mereka, bagi mereka pahala dan cahaya…” (al-Hadid:19)


Mereka digelar ash-shiddiqun kerana tashdiq (pembenaran) atas keimanan mereka.


Rasulullah saw bersabda:
“Seseorang senantiasa benar dan memilih yang benar, hingga Allah mencatatnya sebagai shiddiq (orang2 yang sangat benar).


Kebenaran mereka dan berusaha untuk mencari yang benar, maka mereka menjadi shiddiqun.


Shiddiqiyah didasarkan pada makrifah (mengenal) Allah dan ibadah kepadaNya. Adapun rabbaniyah adalah shiddiqiyah yang disertai dengan ilmu, mengajar, nasihat, kesaksian atas makhluk, berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, amar makruf dan nahi mungkar. Inilah tingkatan pewaris yang sempurna bagi Rasulullah saw yakni dalam hal ilmu, hal sifat, akhlak nabi, kecuali sifat2 khusus baginda, sifat2 kenabian dan sifat2 kerasulan. 


Dalam memperkatakan kelebihan maqam shiddiqun dan rabbaniyun , maka ketahuilah bahawa kedua maqam itu ada kedalaman iman, akhlak dan perangai yang mana pemilik maqam in memperolehi kedudukan yang tinggi di sisi Allah swt. Mereka adalah as-Saabiqun (pelopor dalam soal kebaikan) dan al Muqarrabun (orang-orang yang didekatkan kepada Allah).


“Dan as-sabiqun (orang2 yang terdahulu) itu adalah as-sabiqun. Mereka itu adalah al-muqarrabun (orang2 yang dihampirkan kepada Allah)” (al-Waqiah:10-11)


“Maka adapun jika ia dari golongan al-muqarrabin, maka (baginya) kelapangan, istirehat dan syurga kenikmatan. Dan adapun jika ia dari ashhabul yamiin (golongan kanan), maka keselamatan bagimu dari golongan ashhabul yamiin.” (al-Waqiah:88-89)


(Di sini hanya akan disentuh berkaitan maqam shiddiqiyah sahaja.) Dari nash-nash diatas jelaslah bahawa ash-shiddiqiyah merupakan perbuatan dan halehwal berkaitan hati. Pada dasarnya tashdiq (membenarkan) merupakan pekerjaan hati, sedangkan ash-shidqu (bersikap benar) adalah perbuatan yang berkaitan dengan lisan.


Contohnyan kita ambil sikap as-shiddiq Saidina Abu Bakar r.a. dalam melakukan tashdiq: Ketika dakwah Nabi saw sampai padanya, dia tidak menunda2 penerimaan sama sekali. Lihat pulak pada hari peristiwa Israk dan Mi’raj, ia bersegera mempercayai mendahului sahabat2 lain; Pada hari Hudaibiyah, ia segera menerima (perjanjian damai). Inilah pengaruh tashdiq, kerana tiada shiddiqiyahb tanpa adanya tashdiq.


Salim bin Abil Ja'd mengatakan: "Saya bertanya kepada Muhammad bin al-Hanafiyah: "Mengapa Abu Bakar didahulukan sehingga tidak ada orang lain yang disebutkan diantara kalangan mereka?" Ia menjawab: " Sebab ia adalah orang yang utama keislamannya ketika ia masuk Islam, dan terus  konsisten hingga Allah memanggilnya".


Oleh itu, kesimpulannya,  as-sabiqun, ash-shiddiqun, al-muqarrabun dan ash-shadiqun adalah berada dimaqam Shiddiqiyah. Mereka adalah orang2 yang memadukan iman dan amal soleh. Tidak ada iman kalau tidak ada shiddiqiyah. Mereka juga telah berjihad dengan jiwa dan harta-benda dijalan Allah. Ertiya shiddiq bersama Allah dalam berniat menjual jiwanya kepada Allah.


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 Mukmin jiwa2 mereka dan harta2 mereka, bahawa bagi mereka adalah syurga”. (at-Taubah: 111)


Sifat as-sabiqun telah diterangkan Allah dalam Surah al-Mukminun ayat 57-76.


"Sesungguhnya orang2 yang berhati2 lantaran takut kepada Tuhan mereka. Dan orang2 yang tidak membuat sekutu dengan Tuhan mereka. Dan orang2 yang memberikan apa yang mereka kerjakan, dengan hati yang takut, bahawasanya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka. Mereka itu adalah orang2 yang bersegera di dalam (melakukan) kebaikan, dan kerenanya mereka mendahului".

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ – وَاَللَّهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَابِ


Rujukan:
Mencapai maqam shiddiqun dan Rabbaniyun – Almarhum Said Hawa.


No comments:

Post a Comment