Sunday, 6 December 2009

Uzlah Ikhlas padaNya.

Perkataan uzlah ataupun khalwat tidaklah satu yang asing bagi seorang ahli yang mengamalkan sesuatu tarekat. Uzlah ertinya memencilkan diri iaitu mengasingkan diri dari orangramai untuk melatih diri menghampirkan diri dengan Allah swt. Untuk tujuan itu seseorang itu perlu mengetahui amal ibadat yang perlu dilakukan dalam uzlah itu seperti solat, zikir, doa, wirid dan sebagainya. Diri, pakaian dan tempat untuk beruzlah mestilah bersih zahir dan batin. Dan yang penting niat dikhususkan semata-mata ikhlas kerana Allah dan sebaik2nya hendaklah berpuasa dalam beruzlah itu. Orang yang beruzlah tidak boleh berkata2 dengan sesiapa dan paling penting tidak boleh meninggalkan solat lima waktu sehari semalam dan yang paling afdhal bersolat berjemaah.

Biasanya orang yang melakukan uzlah ini dipanggil Salik. Uzlah dibahagikan kepada dua iaitu uzlah lahir dan uzlah batin. Yang pertama, seseorang yang melakukan uzlah faham bahawa dia mesti mengosongkan diri dari hal2 keduniaan dan sebaik2 carilah tempat yang boleh terhindar dari gangguan manusia. Tujuan uzlah itu sendiri adalah untuk mengikis segala dosa dan noda dengan berzikir dan bertaubat yang tanpanya adalah mustahil cita2 dan hajatnya tercapai. Disamping itu dia harus memperbanyakkan memikir penciptaan Allah, mengenal dirinya sebagai hambaNya yang banyak berdosa dan melakukan banyak kesalahan yang kalau tidak dimaafkanNya niscaya dia berada dalam celaka. Apabila timbul perasaan2 semacam ini maka kuatlah keimanan dan keyakinannya bahawa Allah akan mengampuninya dan seterusnya.  Si Salik tadi hendaklah juga berhasrat denga beruzlah itu, hendaklah kewujudannya, ego dan nafsu ammarahnya tidak lagi menggangu orang lain dan dengan itu dapat mendidik dirinya dan nafsunya mempertingkkatkan kemajuan kerohaniannya. Dia bersungguh2 dalam peribadatanya dan memohon agar segala dosa dan kesalahan samada sengaja ataupun tidak, nyata ataupun yang tersembunyi diampunkan dan bertaubat tidak akan mengulanginya lagi di masa hadapan. Itulah taubat yang sebenar2nya taubat. Ertinya dalam permulaan uzlah itu seseorang itu perlu melakukan solat taubat.

Firman Allah dalam surah An Nazi’at ayat 40 dan 41 yang bermaksud:

“Adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsu, maka sesungguhnya surgalah tempatnya”

“Kecuali orang2 yang bertaubat, beriman dan beramal saleh, maka kejahatan mereka diganti allah dngan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Al-Furqan : 70

Adapun uzlah itu sendiri umpama benteng yang melindungi dirinya dari serangan musuh (nafsu) yang sentiasa cuba menyerang untuk menganjurkan kesalahan dan dosa samada ringan maupun berat. Ketika beruzlahlah si Salik tadi dapat menjauhi diri dari perbuatan dosa di samping membersihkan diri dari dosa2 yang ada.

“Maka barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam ibadatnya pada Tuhannya”.

Al-Kahfi : 110

Begitu juga uzlah batin, yang  membuang daripada hati semua yang bersangkutpaut dengan keduniaan, kejahatan, makan-minum, kenafsuan dan melupakan keluarga (anak / isteri), dan segala jua selain Allah. Tumpuan hanya kepada Allah, kerana Allah dan untuk Allah semata2. Masuknya ke pintu uzlah itu maka tutuplah segala perasaan sombong, dendam, zalim, marah. hasad, dusta dan segala sifat2 kotor menuju kepada tujuan uzalah itu sendiri iaitu untuk mensucikan diri. Tindakannya bertujuan menafikan dan mematikan segala sikap ego dan segala penyakit berpunca dari hati dan nafsu serakahnya. Selepas dia mengerjakan solat taubat hendaklah dia bertafakur dan mengheningkan fikiran serta zikir terus menerus sehingga ego dan sifat2 jahat yang bersarang di hatinya terhapus. Ini mungkin memakan masa yang panjang. Uzlah yang dilakukan bukan boleh dibuat2 dengan sengaja atau sewenang2nya. Ia bukan perbuatan olok2 dan main2. Bukan pergi bertapa berhajatkan ilmu keduniaan..nakkan ilmu kebal, ilmu ghaib, ilmu terbang, ilmu  yang entah apa-apa bukan yang menghampirkan diri kepada Allah. Bertapa dan beruzlah bunyi dan caranya serupa tapi kaedahnya tidak sama. Bertapa lebih pada menuntut bab duniawi.  Lain pula halnya dengan beruzlah atau berkhakwat itu. Apa yang perlu adalah rasa kecintaan, keikhlasan dan iman yang sejati. Uzlahnya bukan meminta balasan. Ia bukan merupakan jalan buatan sendiri tapi adalah jalan para sahabat Nabi, jalan mereka yang menuruti jejak langkah para sahabat, dan jalan mereka yang tahu jalan para pengikut sahabat lalu menurutinya.

Oleh itu apabila sudah menurutinya, jangan menoleh kebelakang lagi meskipun apa yang sedang dihadapi itu terasa berat sekali pada permulaannya. Jika sudah terbiasa akan menjadi mudah dan pasti berazam untuk melakukannya lagi. Pohonlah pertolongan Allah dalam menempuh uzlah ini kerana ia bermula dengan taufik hidayah Allah, maka jika berazam benar dan ikhlas, pertolongan Allah pasti datang mengiringi segala gerak gerik si salik tadi. InsyaAllah jika dilakukan dengan cara yang betul maka Ia akan memagari diri si Salik supaya tidak mengulangi perkara2 yang tidak diingini dan dijauhkan diri daripadanya. Rupanya berseri2, perasaan zahir dan batinnya akan menjadi suci kerana ia telah diampuni Allah, kerana ia berada dengan Allah. Allah akan mengawasinya, menerima doa dan rayuannya dan memperkenankan segala kehendaknya.

‘Barangsiapa yang mengkehendaki kemuliaan, maka bagi Allah lah kemuliaan itu semuanya. KepadaNyalah naik segala perkataan2 yang baik dan amal yang saleh dinaikkanNya”.

Al-Fathir : 10

“……Allah menghapuskan kesalahan2 mereka dan memperbaiki keadaan mereka”.

Muhammad : 2

Mereka yang telah dikasehi Allah akan diangkat darjatnya, tidaklah ada lagi “keduaan” atau kesyirikan, gangguan dan huru-hara, kekhuatiran dan kegelisahan dalam hati mereka. Segala amalan yang dilakukan semasa beruzlah meliputi seperti solat (samada fardhu, taubat, tahajjud, hajat, dsb), zikir, doa, wirid dan sebagainya semata2 bertawqarrub kepada Allah swt yang mana kesemua amalan itu dikira amalan saleh dan terpuji. Maka adalah tidak mustahil dia akan diangkat ke pangkat kemuliaan dunia dan akhirat dan itulah matlamat tertinggi bagi seoarang hamba yang mengakui kehambaannya kepada Allah. Segala pangkat dan darjat tidak akan diberikan kecuali, sesudah berkhidmat dengan jujur dan ikhlas!

“Dari keduanya  keluar mutiara dan marjan”.

Ar-Rahman : 22

Barangsiapa sampai kepada keadaan ini, maka ia berada di peringkat taubat yang sebenar2, ilmunya diluaskan kerana tindakannya semua untuk berkhidmat dengan sesama insan lillahi taala, hatinya tidak lagi tertarik kepada dosa dan maksiat, percakapannya hanya mengenai urusan dengan Tuhan. Dah tiada masa nak bertanyakan hal2 Ghairullah dan nafsunya memikirkan Zahratil-Hayatid-Dunia. Jika ia lupa dan tersalah ia akan diampunkan kerana ia ingat semula setelah ia lupa, ia bertaubat seandainya berbuat dosa kerana lupa dan lalai serta tidak disengajakan. Ia merasa hampir dengan Allah yang telah terlebih dahulu hampir dengannya. Bukankan itu satu nikmat yang tiada taranya dan satu kurnia yang besar nilalnya, biar orang yang pintar tahu rahsianya, orang2 bodoh terkapai2 tangannya hanya menterbeliakkan dua bijik matanya yang buta, tidak kenal maka tidak ada makrifatnya, tidak ada cahaya mana boleh mendapatkannya.

Kata orang2 alim dan makrifat, bersihkanlah hatimu dari segala daki2 kekotoran, tumpukan perhatian kepada Tuhan yang menciptakan, kelak engkau akan mengenali jalanNya, bila engkau menuju kepadaNya, engkau akan sampai kepadaNya!

“…..kemuliaan itu hanyalah bagi Allah, bagi RasulNya dan bagi orang2 mukmin”.

Al-Munafiqun : 8

وَاَللَّهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَاب


No comments:

Post a Comment