Wednesday, 9 June 2010

Pemimpin punyai tugas berat di akhirat sana...

KULIAH JUMAAT minggu ini puas hati ...Sedap betul syarahan Tn Guru minggu ini ...dari atas sampai bawah semua kena !!!

Semua kena nasihat ...

Inilah ulama yang umat perlu dimiliki , berani lantang , tegas , terbuka dan adil ...DALAM KULIAH MINGGU INI 
Tn Guru menasihati semua dari pucuk kepimpinan hingga orang bawahan .
 
Tn Guru membaca tafsir ,  maka terus tn guru menasihati..............................

"Tuan2! Kita jangan melampau, kita kena sedar kita hamba Allah, Kita ada tuan, kenai sama ALLAH . "
 

''Ada ilmu kena amal jangan mengaji tak amal , Tuhan laknat , orang macam ni masuk neraka 1000 tahun lebih awal dari kafir sembah berhala " ...ni nasihat pada pelajar agama ...

"Mereka yang jahil kena belajar agama, kena belajar tauhid, kena kenai ALLAH. Kalau tak kenal ALLAH ibadah tak sah, bukan saya kata ulama kata " ...ini nasihat pada orang jahil ..."bukan saya untung, saya cerita ja, kalau tuan2 puan2 mengaji tuan2 yang untung bukan saya'"

"Wajib pemerintah yang ajar agama kepada rakyat...ni kitab kata saya hanya baca ja , jangan marah.nSULTAN WAJIB menyampaikan ilmu, Sultan tak mampu maka SULTAN LANTIK MAJLIS AGAMA, MUFTI... maka  ini sangat luas, tidak mampu semua maka dilantik QADI2 / PEGAWAI AGAMA DAERAH2, IMAM2 maka semua tak buat kerja , ini sebab agama rosak kerana pemimpin agama rosak, pemimpin agama tak laksana tanggungjawab. GURU2 kampung dan TOK2 GURU yang ambil alih tugas mereka ..."

"Majlis agama jangan belagak , jangan sekat orang mengajar. Mana qadi turun padang ajar agama , hanya duduk dalam pejabat ja. Ini tugas mereka ! Mereka akan disoal ..."

"KERAJAAN buat apa, kerajaan kita fasiq, tidak laksana ISLAM, biar rakyat jahil agama dan buat maksiat, anak2 kita habis rosak, jadi mat rempit, bunuh sana sini, rogol sana sini. Kerajan sekarang ini jahat, rasuah, fasiq..."

"WAHABI cara wahabi , kerajaan tak ambil tindakkan. Rosak habis anak kita dalam 10 tahun lagi, andai tidak ambil tindakkan pada pendakwah2 wahabi ni , habis anak2 kita jadi wahabi. Tangkap Asri , Rasul Dahri , pendakwah2  wahabi yang dok kembang wahabi ni, jangan biar mereka "

"UMNO cara UMNO sesat!!! , tolak QURAN, jahil bila TOK GURU mengajar kata masuk politik . Memang politik itu bersangkut dengan hukum agama ! Bodo UMNO. Kalau perasingkan politik dengan agama mengucap lain, ini sesat !"
 

"USTAZ2 jangan malas mengajar, sampaikan dakwah tetapi dah jadi ustaz jangan belagak (sombong) tak mahu mengaji dah ... jangan dapat tauliah jadi belagak macam ikan pucu kembang sirip ..."

"TOK IMAM jaga kalau kamu tak lepas fardhu ain, tak belajar tauhid maka berdosa, Tok2 Imam bahaya ! Jangan nak jadi imam ja , kena belajar hukum ! Kena jaga anak kariah. Kena ajar fardhu ain pada mereka. Jangan nak elaun ja .SAPA2 BELAJAR AGAMA KERANA NIAT NAK DAPAT DUNIA JANGAN NAK MASUK SYURGA, BAU PUN TAK BOLEH"
Tugas imam berat , kalau tak sah aqad nikah maka imam kena tanggung dosa zina orang yang dinikah ...

"SAYA HANYA NASIHAT, NAK DENGAR TAK DENGAR ITU PUNYA PASAL (TERPULANG)"
"SAYA BACA HUKUM JA , KITAB ULAMA BUAT , JANGAN MARAH , AGAMA ITU NASIHAT"


Aku kutip dari catatan Muhammad Fazilul Helmi Raidzan.

Wednesday, 2 June 2010

10 maksiat bathin





قدافلح من زكها
...Sesungguhnya telah dapat kemenangan orang yang menyucikan hati mereka itu daripada sifat kecelaan.

Imam Al-Ghazali menyebutkan tentang menjauhi maksiat bathin spt dlm kitabnya اربعين فى اصول الدين  ada 10 perkara:

1-Gemar kpd. membanyakkan makan...bab makan org karang mencari yg sedap2, yg pelik2..kita pulun, hayun tak sanggah..hingga lalai pada ibadat dan membazir..lupa yg membazir itu perangainya syaitan. Dah sangkak dan kenyang hingga lupa beribadat..makan hingga x hiraukan halal haram kerana nakkan yg sedap..yg pelik..

2-Membanyakkan perkataan...lagi manyak cakap lagi manyak salah..banyal salah banyaklah silap..dan masuk benda2 tak betul..muhong dsbnya...

3-Marah. Apabila marah apa yg tak keluar...habih maki hamun, mencarut, merosakkan harta benda hatta mencedera hingga tahap membunoh dsbnya. Marah itu drp. syaitan!

4-Hasad dengki...mai perasaan bermusoh, berkelahi, nanya orang, kianat dsbnya. Hasad macam api yg memakan sekam atau tongkoi kayu...adoih..jahat sungguh!

5-Bersifat kikir..yakni kedekut pait..tak ada sikap menolong..kemut pada hartanya..x leh menumpang langsung

6-Hubbul Jah yakni kasih akan kemegahan. Buat apa2 untuk dipuji orang...Nak bermegah2 dgn orang. Jadi x ikhlas lah kerja buat tuh. Bila kemegahan dunia yg dicari jawabnya tiada apa habuan di akhirat nanti.

7-Hubbul Dunya yakni kasih akan keduniaan. Merebut cari kekayaan, nakkan kemewahan hidup dan bersuka2 dengan nikmat dunia. Selalunya orang macam ni lupa akan akhiratnya.

8-Membesar dan membanggakan diri. Dia sorang yg betul semua orang tak betul. Selalu mencari kesalahan orang. kalau bijak dian bangga dgn kebijaksanaanya..kalau alim, berbangga dgn kealimannya..kalau kaya, nak tunjuk akan kekayaannya..dsbnya. Yang ni ramai oo..

9-Merasa takjub akan dirinya..merasa hairan dgn kebolehannya. Jadi akan timbul perasaan tunjuk pandai kat org. Dia rasa hebat, orang lain kurang..nak semacam hat atas tadi gak.

10-Sifat Riak...yakni menuntut mertabat pada hati makhluk supaya boleh kemegahan padanya. Menunjuk2 pada orang.

Maka berkata Imam Al-Ghazali bahawa menjadi wajib setiap mukallaf yang akal baligh yang berkehendakkan kemenangan di akhirat menyucikan hatinya daripada 10 perkara di atas dan tidak sempurna iman selagi mempunyai sifat2 tercela seperti di atas.....Lihat hadith Nabi saw....
الطهورشطرالايمان...

  ميوجيكن هاتي درفد صيفة كجلان ايت ستغه درفد ايمان

10 perkara dari maksiat bathin diatas aku kutip dari kitab karangan Syeikh Abdul Samad Falimbani dalam bab.........الباب الرابع في اجتنا ب المعاصي الباطنة...........دري كتاب هداية السالكين ...دان سبارغ كسلاهن دري فنمباهن ايت اداله ساله تفسير اكو سنديري

Allahu’alam.

Tuesday, 11 May 2010

Amal yang dikira bukan pangkat atau keturunan...



Imam Hasan Al-Basri telah berpesan melalui sekeping surat kepada Khalifah Umar Abdul Aziz: ‘Hati2lah terhadap dunia. Ia seperti ullar. Sentuhannya amat lembut tapi bisanya mematikan. Hindarlah dari pesonanya. Sebab sediit saja engkau terpikat, pasti engkau akan terjerat. Dan jika manusia terpesona lalu bersujud padanya, dunia akan menghempaskannya ke dalam dosa2”.

Keprihatinan tulus Imam Hasan Al-Basri kepada Khalifah Umar kerana kecintaannya kepada khalifah yang berjiwa budiman dan warak’. Ia khuatir kalau gemerlapnya kekuasaan yang dimiliki akan mencampakkan Khalifah Umar ke lembah yang penuh dosa seperti khalifah2 yang terdahulu.

Bukankah selepas Muawiyah merampas kekhalipahan dari Madinah ke Damaskus seolah sudah tergambar aspirasi batiniah mengental di bumi Nabi saw dikuburkan akan dirampas rakus oleh pandangan duniawi yang menyesatkan di kota bekas jajahan Bangsa Parsi itu?

Bahkan lebih amat sedih pewarisnya Yazid bin Muawiyah (680-683M) tidak saja berlaku zalim, malah berbangga membunuh cucu kesayangan Rasulullah saw, Saidina Husain Bin Ali bersama keluarganya dan pengikut2nya di peristiwa berdarah Padang Karbala! Sungguh Yazid bin Muawiyah hidup berkubang maksiat sehingga namanya terkenal sebagai pemabuk berat.

Sungguh tidak difahami kenapa kekuasaan dikaitkan dengan kemegahan dan kesewenang-wenangan?. Kenapa kedudukan harus digandingkan dengan penyelewengan? Garis panduan berpolitik telah lama diajari Rasulullah saw. Lupakah kita Perisytiharan Madinah…baginda mendaulatkan asas2 keadilan dan persamaan hak setiap warganegara…setiap umat manusia mempunyai hak asasi yang sama, tanpa membezakan warna kulit dan keturunan. Bermula Islam telahpun mengajak manusia agar berdamai. Perlanggaran perjanjian membolehkan peperangan! Islam sentiasa mengajarkan agar umatnya menyebarkan khabar gembira tentang syurga yang luas mata memandang, melebihi langit dan bumi segala isinya. Nabi Saw diturunkan sebagai Rahmatan Lil’alamiin. Adakah akhlak manusia terdahulu berbeza dengan akhlak umat terkini..?Jawabnya..samalah..yang membunuh tetap membunuh..bermaksiat tetap bermaksiat, berdengki-kianat, menzalimi, merompak, menyamun dan sebagainya adalah akhlak2 yang sama dilakukan. Dan sesungguhnya Rasulullah saw dipilih untuk memperbaiki akhlak manusia…kerana akhlaklah yang memasukkan diri samaada ke syurga atau neraka!

Enam bulan selepas kewafatan Nabi saw, maka wafat pula Saidatina Fatimah. Maka berdukacitalah Saidina Ali tapi mengingatkan dia akan cerita Rasulullah saw bahawa baginda dikunjungi Malaikat Jibrail dan berkata kepadanya:
”Hai Muhammad! Hiduplah sesukamu! Tapi ingat engkau pasti berpisah dengannya. Dan berbuatlah semahumu! Tapi ingat engkau akan dibalas atas perbuatan itu”.

Maka tenanglah fikirannya buat seketika. Saidina Ali pun sedar bahawa kematian dan perpisahan adalah hukum Tuhan. Namun dia tetap merusuhkan jiwanya, ..dapatkah berjumpa lagi dengan isteri tercintanya? Teringat lagi akan kata2 Rasulullah: “Besok, pada hari Kiamat, setiap mukmin akan dikumpulkan bersama orang yang dicintainya di dunia”.

Maka dengan hati yang lega Saidina Ali menghantar jenazah Fatimah ke perkuburan berserta sahabat2 yang besar dan kaum muslimin yang lain. Salah seorang yang sangat akrab dengan keluarga Rasulullah adalah Abu Dzar Al-Ghifari. Menjelang jenazah puteri kesayangan Rasulullah dimasukkan ke liang lahad, maka berpesan Abu Dzar pada bumi yang akan dihuninya:” Hai kuburan! Tahukah kamu siapa yang kuhantarkan ke lubukmu hari ini? Ia adalah Fatimah Al-Zahrah, puteri Rasulullah, isteri Ali al-Murtadha dan bonda cucu Rasulullah, Hasan dan Husain.”

Mendadak kuburan seperti bergerak dan terdengar suara ghaib yang  menyusup masuk ke hati semua yang hadir. Suara itu berbunyi:”Aku bukanlah tempat untuk membanggakan pangkat atau keturunan. Pangkat apa saja, keturunan siapa saja, aku tidk peduli sebab aku ini tempat menyimpan amal soleh. Tidak akan terbebas dari siksaanku kecuali orang yang banyak kebijaksanaanya, yang ikhlas amalnya dan yang bersih hatinya”.
Kesimpulan, tidak ada siapapun yang teristimewakan kerana nasib manusia bergantung kepada amal perbuatannya . Gerbang keampunanNya tidak pernah tertutup, tangan kasihNya selalu terbentang luas bagi hamba2Nya yang mahu bertaubat.

“Allah lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing2 beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhlukNya), menjelaskan tanda2 (kebesaranNya), supaya kamu yakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu”. (Ar-Ra’d: 2)

Tuesday, 27 April 2010

Nujum Pak Blalang (Edisi baru)


Alhamdulillah...setelah berpenat lelah mentelaah secara langsung berita2 dari Hulu Selangor, terjumpa aku sarikata filem lama Nujum Pa' Blalang yang di alih serikata format terbaru..izinkan aku kongsikan dengan rakan2 di sini. Beginilah ceritanya....

Soalan 1

Tukang Soal : 'Di dalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih, bagaimanakah kita mahu tahu yang mana Barisan Nasional (BN) dan yang mana Pakatan Rakyat (PR)..??'

 Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah BN dan yang menegak ke atas itulah PR..'

 Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

 Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun tahu sekarang ini parti BN hampir tenggelam dengan setiap sekutunya termasuk di Sabah dan Sarawak terus bergoncang dan dilanda krisis berterusan, manakala PR walaupun berasal dari ideologi berbeza namun berjaya disatukan demi agenda perubahan untuk rakyat dalam PRU akan datang'.
Soalan 2

Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah BN dan yang manakah PR..??'

 Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan ke dua-dua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PR dan yang lari itulah BN..'

 Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

 Ahli Nujum Negara : 'Sebab PR konsisten menuju ke Putrajaya dengan agenda perubahannya yang jelas seperti yang ditekankan di Shah Alam 19 Disember lalu, manakala BN khasnya Umno masih kekal dengan isu perkaumannya.

 Soalan 3

 Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah, Satu... baaaanyak-banyak!!... Dua... sedikit-sediiiiikit....!!! Tiga... jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang, kad-dang. Apa itu..???'

 Ahli Nujum Negara : 'BN!!!'

 Tukang Soal : 'Buktikan..!!'

 Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli BN memang banyak dalam negara ini...Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli BN yang banyak itu...Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan rasuah dan kemungkaran walaupun ia di depan mata...Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi BN yang mahu mendengar suara ahlinya...'

 Soalan 4

 Tukang Soal : 'Di manakah terletaknya kekuatan Laksamana BN khasnya Umno..? Di kerisnyakah? atau di jenteranyakah..?'

 Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana Umno bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'

 Tukang Soal : 'Di mana terletak kekuatannya..?'

 Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Umno hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'

 Tukang Soal : 'Buktikan!!'

 Ahli Nujum Negara : 'Laksamana Umno begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan, Hairan Metro, Polis serta toyol dari Kosmos dan Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

 Soalan CeputMas

 Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada di dalam genggaman beta...????'

 Ahli Nujum Negara : '........... ISA !!!..'ISA di sini ada dua maksud, satu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan satu lagi calon Umno/BN di Bagan Pinang, Isa Samad. Kemenangan Isa dipuja dan dipuji walaupun jelas rekodnya sebagai perasuah besar dalam Umno.


Posted by helmi abd hamid at 1:24 PM
http://assyathori.blogspot.com/


Izinkan...Terima kasih berkongsi cerita....tak lekang dek paneh, tak lapuk dek hujan..

Wednesday, 31 March 2010

Demi MASA...








“(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (seraya berkata):”Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (Ali Imran :191)

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala

:  وَالْعَصْر
إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ . إِلاَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْ ا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ                            

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran. (Surah An-Nasr)

‘Al-waqtu huwa al-hayâh (waktu adalah kehidupan). Seseorang yang membiarkan waktunya berlalu pergi dengan sia-sia, samalah seperti dia telah melenyapkan sisa-sisa masa kehidupannya.

Kehidupan manusia dilengkari oleh masa atau pun waktu. Pohon segala waktu adalah Al-fatihah dan Al-fatihah itu ialah Alhamdu الحمد yang mewakili lima huruf iaiatu Alif, Lam, Haa, Mim dan Dal dan dari situlah jadi lima waktu : Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya’.

Oleh kerana Alhamdu الحمد itu Al-fatihah, maka tujuh huruf dari Al-Fatihah itu jadilah tujuh hari dalam satu minggu, dimulai hari Jumaat (Penghulu segala hari), Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.
Dua Kalimah shahadah Laa ila haa illaalah Muhammadar rasulullah mempunyai 24 huruf, maka jadilah 24 jam sehari dan cantuman huruf dari Alhamdu الحمد yang lima dan Al-fatihah yang tujuh itu maka jadilah dua belas bulan dalam satu tahun. 

Dari asal-usulnya, sebab- musababnya maka jadilah masa dan waktu yang dinamai Tahun, Bulan, Waktu, Jam, Minit dan Saat itu. 

Wallahu ‘Alam. Kenalah rujuk Tok2 Guru atau Tok2 Alim untuk penjelasan selanjutnya!!

Tidak Kami jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” (Al-Zariat: 56)

Penciptaan Jin dan manusia (aku sentuh yang ni saja) oleh Allah swt bukan main2 atau suka2 saja. Ditekan illa li yaq buduu – semata2 tidak lain (hanya sanya) untuk mengabdikan diri kepadaNya! Disuruh kita mentauhidkanNya, disuruh kita beribadat semata2 keranaNya. Nya (Allah)!! Dia Maha Pencipta maka layaklah Dia disembah. (bukan sembah macam sembah tok pekong) Iiyaa ka naqbuduu wa iiyaa kanas taa'iin.

Allah swt bersumpah di banyak tempat dalam al-Qur`an, dengan waktu dan bagian-bagiannya, seperti firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

والعصر, والضحى, والفجر, والليل, والنهار

Jika Allah bersumpah dengan sesuatu, maka adalah dimaksudkan untuk memalingkan atau mengalihkan pandangan kita kepada erti pentingnya hal tersebut di dalam setiap bagian waktu  yang disebutNya. Dengan kata lain disuruhNya kita mengambil iqtibar dari waktu2 tersebut dan apa2 yang termaktub dalam ayat2 tersebut.

Setiap manusia samada mukmin ataupun tidak, tetap berada di dalam peredaran waktu yang dijadikan Allah. Mana boleh lari ataupun terkecuali daripada masa taupun waktu. Oleh itu disebut waktu yang ada, waktu yang mendatang dan waktu yang lenyap. Maka waktu yang ada itu, mulanya mendatang, kemudia ia lenyap, tidak dapat diqadha semula,(kalau boleh digantipun adakah sama dengan masa yang lenyap tadi..?) Hanya manusia yang sedar di dalam waktulah akan menunaikan sendiri tugasnya samada untuk kepentingan hidupnya (duniawi) dan untuk kepentingan hidupnya (akhirat). Pilhlah mana dia nak..

“Wahai Tuhan kami, berilah kami satu kesenangan di dunia dan satu kesenangan di akhirat”.

Tidak semestinya yang senang di dunia akan senang juga di akhirat kecualilah kesenangan di dunia digunakan untuk berbuat amal bakti dengan jujur dan ikhlas. Allah swt mencela orang2 yang mensia2kan nikmat waktu dan tidak mensyukurinya akan hak2nya. 

Allah berfirman: “Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir dan apakah tidak datang kepada kamu pemberi peringatan? Maka rasakanlah azab Kami dan tidak ada seorang penolongpun bagi orang-orang yang zalim.” (QS. Fathir:37)

Dikatakan orang bahawa harta yg paling berharga dan manfaat adalah waktu.. Mana yang manafaatnya?  Nak dapat manfaatnya kenalah kita menjaga akan waktu2nya. Dibahagikan Allah siangnya dan malammya dan didalamnya (siang/malam) terkandung waktu2 tertentu. Nak beribadat, nak bekerja, nak rehat, ndak bersuka2 berseronok dll..pilihlah. Setiap amalan tu ada ganjarannya. Pahala dan dosa. Syurga atau neraka!! Fikirlah sendiri....

“Allah menggilirkan siang dan malam. Sungguh yang demikian itu ada ibrah (pengajaran) bagi orang2 yang berfikir.” (An-Nur: 44)

Diwaktu2 yang ditentukan itu ada waktu untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk masyarakat ataupun berjamaah dan sebagainya dan mestilah digunakan sebaik mungkin yang berlandaskan syariat. Jika diniatkan untuk peribadatan kepada Allah semata2 jadilah kehidupan kita dipagari dengan cahaya dan keredhoan Allah dan ganjarannya pahala.

Rasulullah saw bersabda, “Dua nikmat dari Allah yang kebanyakan manusia tertipu; iaitu nikmat sehat dan nikmat waktu lapang”.

Jadi adalah kewajiban utama seorang muslim menjaga waktunya seperti ia menjaga hartanya bahkan lebih dari itu. Disinilah dikatakan mengambil manafaat dari waktunya untuk kepentingan dunia dan akhiratnya.

Imam Asy Syafi’i rahimahullah pernah mengatakan yang maksudnya lebih-kurang begini iaitu waktu adalah pedang, bila kamu tidak memakainya dengan baik dan benar ia akan menebasmu.

Jadi gunakanlah waktu itu sebaik mungkin kerana ia akan meninggalkan kita tanpa menoleh ke belakang. Usia kita ditentukan oleh waktu. Cuba lihat diri kita di cermin dan bayangkan wajah2 kita yang telah kita tinggalkan. Adakah sama sekarang dengan sepuluh tahun dahulu, masa remaja, masa kanak2 hatta seusia bayi.? Dari kulit yang halus ke cekang dan akhirnya berkedut. Rambut yang cantik, hitam-lebat berubah warna dan bentuk..(botak). Dari sihat, kuat dan cergas dah mula lemah dan mula bergoyang bahkan terlentang lemah. 

Aku teringat lirik lagu Nasyid Raihan,,,,  yang diambil dari kata2 nabi saw.

Ingat lima perkara sebelum lima perkara

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali


Allah swt  berfirman:

:قُلْ مَتَاعُ الدُّنْيَا قَلِيلُُ وَاْلأَخِرَةُ خَيْرُُ لِّمَنِ اتَّقَى وَلاَ تُظْلَمُونَ فَتِيلا  

“.........Katakanlah: Kesenangan di dunia ini hanya sedikit dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertaqwa sedang kamu tidak akan teraniaya sedikitpun.”(An-Nisaa:77)

Jangan asyik berseronok dengan kesenangan di dunia dan lupa hal2 akhirat. Dunia ini tempat singgahan (untuk beribadat kepada Allah) dan akhirat itu negeri yang kekal abadi. Karena setiap manusia akan ditanya pada hari kiamat, mengenai umurnya untuk apa ia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa ia gunakan, tentang ilmunya sudahkah ia amalkan, dan tentang hartanya, dari mana dia dapat dan ke mana ia belanjakan?

“Maka orang yang melakukan amalan kebaikan sebesar zarah akan dapat melihat ganjarannya dan orang yang melakukan amalan kejaharan sebesar zarah akan dapat melihat balasannya pada hari akhirat kelak.” (Al-Zalzalah: 7)

Rabiah Al-Adawiyah menjelang ajalnya menangis dan ketawa, Lalu ditanyai orang sebabnya maka Jawabnya; Adapun tangisanku ialah kerana aku terpaksa berpisah dengan zikirku siang dan malam. Adapun ketawaku pula ialah kerana sangat gembiranya rasa hati untuk menemuiNya, yakni Allah.
Sesudah itu beliau pun meninggal.

Nah! Inilah hebatnya manusia mukmin yang telah bersiap sedia dengan amalan2 untuk menemui Tuhannya. Sedih hanya  kerana tidak lagi dapat mengerjakan ibadat kepada Allah pada waktu2nya.

Semoga Allah swt  memberikan taufik, hidayah dan keberkatanNya dalam hidup dan umur kita sebelum kita dijemput maut berpindah kealam seterusnya.  Perjalanan kita tidak sejauhmana...hanya dipisahkan oleh masa saja. Sampai masa, sampailah kita tempat yang sendiri kita tempah. Allahu Akhbar!


(Buat sahabatku Chegu Ahmad Maliki Abdul Rahman, Jeniang, Kedah... moga Allah tempatkan Rohmu di kalangan Solehin dan Siddiqin...Al-fatihah!)


Tuesday, 23 March 2010

SIAPA YANG MENYELAMATKANMU???


فباىالا ء ربكما تكذ بن

”Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak engkau dustakan?”Qs Ar-Rahman.

Berderau hati aku dan tebal kelopak mata aku sekiranya imam membaca sampai kepada ayat di atas. Sebanyak 31 kali Allah menyebutnya berulang2. Sebenarnya dianjurkan kita bermuhasabah diri. Dan bermujahadah kepadaNya.

Kalau hendak dihitungkan nikmat Allah pada kira, Allah…tidak terhitung banyaknya. Nikmat kesihatan, nikmat berkeluarga, nikmat kekayaan (rezeki), nikmat itu dan ini yang tidak mampu diungkapkan dan tidak mampu dituliskan.

Sedikit saja musibah datang kepada kita (akulah). Kelam kabut aku dibuatnya. Makan tidak lalu, tidur tidak lena, fikiran terganggu dan kekadang bersolat pun sampai ke tahap gaban habis…sungguh khusyuk hatta mengalirkan air mata. Alhamdulillah sekiranya sampai ke tahap ini. Dan ada ketika syaitan berjaya memesongkan perhatian hingga aku cepat melatah, cepat naik angin dan suka marah-marah. Anak bini jadi mangsa. Astaqfirullahil a’zhim!

Jadi aku teringat satu kesah di mana Allah SWT pernah berfirman kepada Nabi Musa as. Ini terdapat dalam Al-Quran, surah An-Nazi’at ayat 17.

اذ هب الى فر عون انه طغى

“Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas”.

Maka berjawab Nabi Musa as: Wahai Tuhanku! Bagaimana dengan keluargaku dan kambing-kambingku?”.

Lalu Allah bertanya padanya: “Jika engkau sudah punyai Aku, buat apa engkau masih ingat kepada selain Aku?! Hei Musa! Pergilah, dan teguhkanlah hatimu serta serahkan semua urusanmu kepadaKu, nanti Aku akan jadikan serigala mengembalakan semua kambing-kambingmu itu, dan para Malaikat pula akan melindungi keluargamu”!.

Hei Musa! Siapakah yang menyelamatkanmu dari bahaya sungai (Nil) ketika ibumu membuangmu ke dalam sungai itu? Kemudian siapa pula yang mengembalikanmu kepada ibumu sesudah itu? Siapa yang menyelamatkanmu dari musuhmu Firaun, apabila engkau membunuh orangnya? Dan siapa pula yang menyelamatkanmu daripada padang pasir kering kontang ketika engkau melarikan diri dari Firaun?.

Setiap Allah mengajukan pertanyaan itu kepada Nabi Musa as, beliau menjawab: Engkaulah!...Engkaulah!....Engkaulah! hingga ke akhirnya.

Dari kesah diatas, kita dianjurkan menggantungkan diri dan harapan hanya sanya kepada Allah jua dan sekiranya kepada selain daripada Allah, maka kita adalah terhina dan tersia-sia, jadi terkeluarlah kita dari batas2 ubudiyah (perhambaan), sebab batas perhambaan itu ialah membiarkan pilihan di tangan Allah Yang Maha Kuasa. Kita tidak ada kuasa apa-apa. Kita sangat berkehendak kerana sifat kita yang lemah. Semua yang ada pada diri kita semuanya dari pemberian Allah. Kita tiada apa-apa!. Laahaulawala quuwatailla billa hil aliyyil a’zhim.

“Tuhanmu mencipta apa-apa yang dikehendakiNya dan membuat pilihan, tiadalah mereka (manusia) mempunyai pilihan apa-apa pun”. (Al-Qashah : 68)

“Apa yang dibukakan Allah bagi manusia dari rahmatNya (kurniaNya) tiada siapa yang dapat menghalangnya”. (Fathir : 2)

“Jika engkau disentuhkan Allah dengan bahaya, maka tiada siapapun yang dapat menghilangkannya bagimu, kecuali Dia sahaja”. (Al-An’am : 17)

 ومن يتوكل على الله فهو حسبه

 “Dan siapa yang menyerahkan dirinya (bertawakkal) kepada Allah, maka cukuplah Dia menjadi Pelindungnya”. (Ath-Thalaq : 3)

Bahawa ubudiyah (perhambaan) diasaskan atas sepuluh perkara:-


  • 1.      Bergantung harapan kepada Allah dalam segala sesuatu
  • 2.      Meridhai Allah dalam segala sesuatu.
  • 3.      Kembali kepada Allah dalam segala sesuatu.
  • 4.      Menunjukan keperluan (kefakiran) kepada Allah dalam segala sesuatu.
  • 5.      Menundukkan diri dengan meminta ampun dan bertaubat kepada Allah dalam segala sesuatu.
  • 6.      Bersabar dengan ujian Allah dalam segala sesuatu.
  • 7.      Memutuskan diri dari manusia kepada Allah dalam segala sesuatu.
  • 8.      Istiqamah dengan Allah dalam segala sesuatu.
  • 9.      Menyerah semua urusan kepada Allah dalam segala sesuatu.
  • 10.  Menyerah diri kepada Allah (bertawakkal) dalam segala sesuatu.

Inilah cabang-cabang keimanan dan kemakrifatan (pengenalan) kepada Allah SWT. Di mana kedudukan kita???

Wallahu a’alam.

Thursday, 4 March 2010

Kedudukan Al-Ghazali dalam tarekat

Tarekat manapun juga menganggap bahawa ajaran2 Imam Ghazali  sebagaimana yang terdapat dalam karangan2nya, diantara kitabnya ‘Ihya Ulumuddin, adalah pegangan dan sumber dari ilmu Syariat dan Hakikat yang tidak kering2nya. Tiap bertemu perselisihan faham dalam ilmu Tasawuf, termasuk ilmu Tarekat, orang mencari penyelesaiannya ke dalam ajaran2 Al-Ghazali.

Memang Ghazali yang dapat menyelesaikan pertentangan antara ilmu Syariat dan ilmu Hakikat, antara kehidupan lahir dan kehidupan bathin ini, dan mempertemukannya dalam suatu bentuk ilmu Tasawuf yang kita kenal dalam Islam.

Sebagaimana diperkatakan De B oer dalam kitabnya Sejarah Falsafah Islam, yang pernah disalinkan ke dalam bahasa Arab kerana pentingnya, Ghazali tidak dapat mencari kepuasan dalam mempelajari dan mengajarkan, baik ilmu pengetahuan alam, maupun ilmu peraturan agama Islam, kerana ia tidak dapat melihat sesuatu apa dalam ilmu yang dapat memberikan bekas kepada jiwanya yang gelisah dan haus kepada kebenaran. De Boer berkata, bahawa bukanlah hanya kegemaran kepada ilmu pengetahuan semata2 yang telah membawa dia mempelajari ilmu filsafat, tetapi ia mencampakkan dirinya ke sana ke mari pun dengan maksud ingin mencari sesuatu yang dapat melepaskan keraguan2 yang bersarang dalam fikirannya. Tidak mungkin ia sampai kepada tujuannya dengan mempelajari alam yang lahir ini saja, begitu juga tidak hanya dengan mengisi dan mengasuh fikirannya sejadi2nya, tetapi kerana dia berhasrat menenangkan hatinya dan merasakan hakikat yang tertinggi dan terakhir.

Dengan demikian ia keluar masuk ke dalam dunia ilmu pengetahuan, pulang pergi belajar dan mengajar, membaca dan menulis, kerana agama, kerana syak dan wasangka, keraguan dan kegoncangan jiwanya terhadap apa yang dicarinya itu.

Dalam kitabnya Al-Munqiz Minaz Zalal (Pembebas dari Kesesatan) terjemahan oleh Sdr. Abdullah bin Nuh, terbitan Tintamas, Jakarta,, Ghazali menjelaskan, apa sebab ia tidak puas dengan ilmu syariat saja, jika tidak disertai dengan amal dan kehidupan batin. Ia tidak puas hanya dengan ilmu lahir yang menyiarkan ilmu pengetahuan dan menjalankan peraturan2 syara’ secara kaku, ia menghendaki lebih banyak ilmu yang membuahkan amal, lebih banyak didikan yang dapat memimpin kehidupan batin. Ia berkata sebagai berikut:
“Setelah itu maka perhatianku tertarik oleh kehidupan Sufi, tarekat oleh jalan kebatinan. Nyata sekali  jalan ini tidak dapat ditempuh, kecuali dengan ilmu dan amal kedua2nya. Menepuh jalan ini berarti meghadapi tanjakan2 batin dan menujukan amal itu lebih banyak kepada membersihkan diri. Hal ini perlu untuk mengosongkan batin manusia dan kemudian mengisinya dengan zikir kepada Allah Taala.”

Selanjutnay Al-Ghazli berkata: “Bagiku ilmu itu lebih mudah daripada amal. Maka segeralah aku memulai mempelajari ilmu Sufi serta membaca kitab2nya diantara lain ialah kitab Qutul-Qulub karangan Abu Talib Al-Makki, dan kitab2 karangan Al-Haris Al-Muhasibi, begitu juga ucapan2 Al-Junaid, Asy-Syibli, Abu Yazid Al-Bistami dan lain2. Dengan demikian dapatlah aku memahami tujuan mereka. Maka kuketahuilah yang lebih mendalam lagi hanya dapat dicapai dengan perasaan, zauq’ pengalaman dan perkembangan batin. Jauh nian perbezaan antara mengenal erti sihat atau kenyang dengan mengalami sendiri rasa sihat dan kenyang itu. Mengalami rasa mabuk lebih jelas daripada hanya mendengar keterangan tentang ertinya. Pada hal yang mengalaminya mungkin belum mendengar sesuatu keterangan dari dia. Tabib yang sedang sakit tahu banyak tentang sihat, tetapi ia sendiri sedang tidak sihat.

Tahu erti dan syarat2 zuhud tidak sama dengan bersifat zuhud. Yang penting bagi mereka adalah pengalaman, bukan perkataan. Apa yang dapat dicapai dengan ilmu telah kucapai. Selanjutnya harus dengan zauq’ dan suluk.

Ilmu2 syari’iyah dan ‘aqliyah, telah memperkuatkan imanku kepada Allah Taala, kepada Nabi dan Hari Kemudian. Tak terhitung bukti2 dan sebab2 yang menyebabkan kuatnya imanku itu. Aku insaf, bahawa hanya taqwa dan menguasai nafsu itulah jalan satu2nya untuk mencapai kebahagiaan yang abadi. Pokoknya melepaskan batin dari belenggu dunia untuk penuh2 menghadap Allah Taala. Aku tahu, itu tidak mungkin sebelum terlepas dari pengaruh kedudukan dan harta beserta godaan dan rintangan lainnya.

Aku lihat diriku tenggelam dalam samudera godaan dan rintangan. Segala pekerjaan yang terbaik tentang mengajar dan mendidik, kutinjau sedalam2nya. Jelas aku sedang memperhatikan ilmu yang tidak kurangnya penting untuk perjalanan ke Akhirat. Apa niat dan tujuanku dengan mengajar dan mendidik, nyatalah tidak sebenarnya ikhlas yang murni kerana Allah Taala, melainkan dicampuri oleh pengaruh ingin kepada kedudukan dan kemasyuran. Maka tersalahlah kepadaku bahawa aku sedang berdiri di pinggir jurang yang curam, di atas tebing yang terjal yang hampir gugur. Aku akan jatuh ke neraka jika tidak segera mengubah sikap.

Lama juga aku berfikir. Maka timbullah keinginan hendak meninggalkan kota Baghdad dengan kesenangannya, namun kemudian murung juga, hati masih ragu2. Keinginan keras di waktu pagi untuk menuntut bahagia abadi, menjadi lemah di petang harinya. Nafsu duniawi menarik hatiku kearah kedudukan, nama dan pengaruh, namun iman berseru: “Bersiap2lah, ilmu dan amalan hampir berakhir, padahal perjalanan sangat jauhnya, ilmu dan amalan hanyalah sombong dan berpura2, jika tidak sekarang, bilakah akan bersiap”.
Kemudian bertambah keras untuk membebaskan diri, namun syaitan kembali pula. “Ini hanya fikiran sementara”. Kata syaitan. “jangan diturut ajakannya, sayang, jangan kau tinggalkan kedudukanmu yang tiada taranya ini, kelak engkau akan menyesal, tak mudah kembali padanya”.

Lama juga terambang-ambing antara dunia dan akhirat, hampir enam bulan, iaitu sejak bulan Rejab tahun 488. Akhirnya keadaan telah memuncak, tak dapat lagi melakukan tugas mengajar, namun sepatah kata pun hampir tidak dapat keluar dari mulutku. Hal ini sangat menyedihkan. Nafsu makan pun hilang, kesihatan merosot. Akhirnya para doktor pun merasa putus asa. Untuk penyakit didalam hati tiada lain ubatnya melainkan istirehat membesarkan hati itu dari segala yang menganggunya, kata mereka.

Dengan segenap jiwa hatiku menjerit kepada Tuhan yang Pengasih dan Penyayang.  Dan akhirnya permohonanku pun terkabullah, dan relalah hati meninggalkan Baghdad, tempat kemuliaan, keluarga dan handai taulan.

Aku berbuat seolah2 hendak ke Mekah, pada hal tujuanku negeri  Syam. Aku khuatir kalau Khalifah dan beberpa kenalanku tahu akan maksudku hendak tinggal di tanah Syam. Akhirnya berhasillah aku keluar dari tanah Baghdad dengan tidak menggemparkan dan niat tidak akan kembali lagi selama2nya.

Penduduk Irak tidak akan membenarkan tindakanku ini. Tidak seorangpun mengira bahawa niatku meninggalakan kedudukan tinggi di Baghdad itu berdasarkan pertimbangan agama, sebab pada anggapan mereka, kedudukanku tadi adalah kedudukan yang tertinggi dalam agama. Hanya sampai disitulah pandangan mereka.

Bermacam2 dugaan mereka. Orang2 yang jauh dari Irak mengira ada keretakan dalam hubunganku dengan pemerintah Irak. Tetapi orang yang tahu betapa besar penghormatan pemerintah kepadaku, meskipun aku tidak mendekat kepadanya, hanya berkata, sudah takdir Ilahi, tidak ada sebab musababnya melainkan orang Islam dan ahli ilmu telah menetapkan demikian.

Demikian hartaku habis kubahagi2kan, kecuali sedikit untuk bekal di jalanan dan untuk nafkah anak2 yang masih kecil. Kerana kekayaan tanah Irak itu wakaf bagi umat Islam, maka seseorang alim boleh mengambil dari hasil wakaf tersebut sekadarnya untuk dirinya sendiri dan keluarganya. Untuk alim ulamak tidak ada yang lebih baik daripada kekayaan wakaf Irak itu.

Di Tanah Syam aku tinggal kira2 dua tahun, melakukan uzlah, khalwah, riadhah dan mujahadah, menurut tasawuf yang telah kupelajari itu. Semua itu untuk menjernihkan batin, agar supaya mudah berzikir kepad Allah swt  sebagaimana mestinya.

Lama aku beri’tikaf dalam di masjid kota Damsyik, atas menara sepanjang hari dengan pintu tertutup. Dari Damsyik aku pergi ke Baitul Maqdis, dimana setiap hari aku masuk Qubbatus Sakhra dalam hatiku berkeinginan untuk ibadat haji, berziarah ke Mekah, Madinah dan makam Rasulullah saw, iaitu sesudah selesai ziarah ke maqam Al-Khalil as. Demikianlah aku pergi ke tanah Hijaz.

Kemudian aku rindu dan melihat anak2, maka pulanglah aku kembali ke rumah, suatu keadaan yang dulunya tak pernah terlintas dalam hatiku. Meskipun begitu, namun aku tetap beruzlah, berkhalwat, menjernihkan batin untuk zikir. Berbagai  peristiwa masa, urusan keluarga dan keperluan hidup, mempengaruhi tujuan dan merintangi kejernihan khalwat. Hanyalah sewaktu2 saja dapat kesempatan yang sempurna, namun tidak putus asa, dan khalwat dapat juga dijalankan. Yang demikian itu berlaku sepuluh tahun.

Sebelum waktu berkhalwat itu, terbukalah padaku rahsia yang tidak terhitung jumlahnya, tak mungkin diceriterakan. Yang akan kukatakan untuk diambil manfaatnya ialah, aku yakin benar2, kaum Sufiyah itulah yang betul2,  telah menempuh jalan yang dikehendaki Allah swt. Merekalah golongan yang paling utama cara2 hidupnya, paling tepat tindak lakunya dan paling tinggi budi pekertinya. Bahkan andaikata semua para ‘uqala, hukama, para ahli hukum dan ilmu, para ulama yang tahu rahsia syara’, semua itu dihimpunkan untuk menciptakan cara yang lebih utama daripada cara Sufi itu, tidaklah akan memberi hasil, sebab segala gerak-gerik mereka (kaum Sufiyah), baik lahir, maupun batin, diterangi sinar dari Cahaya Kenabian. Di dunia tidak ada cahaya yang lebih terang daripadanya.

Pendeknya, apakah yang akan dikatakan orang tentang sesuatu jalan yang dimulai sebagai syarat pertama untuk membersihkan hati, mengosongkan sama sekali dari segala sesuatu selain Allah Taala? Sedang kunci pembuka pintunya laksana takbiratul ihram bagi sembahyang, ialah istighraq diri dalam zikir kepada Allah. Dan akhirnya sama sekali fana pada Allah Taala. Keadaan fana ini penutup taraf pertama, yang hampir masih dalam batas ikhtiar dan kasab. Padahal ini sebenarnya merupakan permulaan tarekat, sedang yag sebelumnya itu hanyalah merupakan jihad (jalan kecil)  menuju padaNya. Dari awal tarekat ini, mulailah peristiwa2  mukasyafah dan musyahadah,hingga akhirnya dalam keadaan  jaga mereka  dapat pelajaran  daripadanya. Dari tingkat ini, ia naik pula beberapa tingkat yang meninggi  jauh di atas ukuran kata2. Tiap usaha untuk setiap kata yang dipakai pastilah mengandungi salah faham yang tak mungkin dihindarkan.

Akhirnya sampai ia ke darjat yang begitu “dekat” (kepadaNya) hingga ada orang yang hampir mengiranya hulul, atau ittihad, atau wusul. Semua kiraan itu salah, dan ini telah kami terangkan dalam karangan kami “Al-Maqsidul Aqsa” (Tujuan Terakhir). Barangsiapa mengalaminya, hanya akan dapat mengatakan, bahawa itu satu hal yang tidak dapat diterangkan, indah, utama, dan janganlah lagi bertanya.

Pendeknya, barangsiapa belum dikurniakan Tuhan mengalaminya, belumlah ia mengenal hakikat kenabian, lebih dari namanya belaka. Sebenarnya keramat auliya adalah hidayat anbiya. Yang kemudian itu adalah hal Rasulullah saw ketika berkhalwat di bukit Hira’, hingga orang2 Arab berkata, Muhammad “jatuh cinta pada Tuhannya”. Hal ini dapat difahamkan dengan zauq oleh orang yang melalui jalannya. 

Adapun orang yang belum mengalaminya dapat juga memahami sekadarnya dengan sering bergaul dengan kaum Sufiyah itu atau dengan membaca huraian2 yang ada pada karangan kaum “Aja-ibul Qalb”, “Ihya Ulumuddin”, Usaha Menghidupkan Ilmu2 Agama. Mencapai sesuatu  pengertian dengan alasan dan bukti dan keterangan adalah ilmu namanya, mengalaminya bernama zauq, menerimanya kerana kepercayaan iman namanya.

Jadi adalah tiga derjat. “Orang2 yang beriman  dan orang2 yang diberi ilmu diangkat oleh Allah beberapa darjat”. D luar mereka adalah orang2 jahil, menyimpang semua itu dari dasarnya dan mereka hairan mendengar ceriteranya. Mendengar sambil mengejek dan menganggapnya sebagai omong kosong.
Tentang mereka itu Allah Taala berfirman: ‘ Di antara mereka ada yang mendengar perkataanmu, tetapi setelah keluar dari tempatmu, mereka bertanya kepada orang2 yang dianugerahiNya pengetahuan: Apakah yang dikatakannya tadi itu? Merekalah yang hatinya telah dicap oleh Allah dan mengikuti hawa nafsu. Maka Ia telah menjadikan mereka tuli dan buta”.

Setelah menempuh jalan Sufinya itu, jelaslah bagiku hakikat kenabian dan khasiatnya.

Pentafsir kitab Al-Munkiz, sejarah hidup Imam Ghazali yang ditulisnya sendiri, menerangkan tentang ini: “Bertimbun kitab diselidikinya, semuanya mengandungi satu pembahasan, iaitu sekitar agama, yang menawan hidupnya. Tentang apa pun ia menulis, , tentang pendirian apa pun ia pertahankan dalam ilmunya yang luas itu, ia pada akhirnya berulang kembali kepada pokok yang satu itu. Lalu menyanyikan pengembaraannya mencari tuhan itu dengan kata2 yang indah, jauh dari susunan kalimat biasa, selalu menandungi cahaya yang diburunya yang kemudian diikuti oleh pembaca kitabnyan itu. Yang demikian itu menunjukkan, kemana hatinya hendak dilekatkan, fikiran hendak ditujukan, jiwanya hendak dipenuhi, disirami, disemai dan ditumbuhkan.

Sesudah tinggal lama di Nisabur, ia kembali ke Tus, lalu mendirikan sekitar rumahnya dua sekolah tinggi, sekolah tinggi bagi ilmu Fiqh dansekolah tinggi bagi ilmu Tasawuf, dengan demikian seakan2 Ghazali berkata: ‘Lihat! Kedua2nya perlu untukmu, dunia dan akhirat!’. Imam Al-Ghazali meninggal dunia pada tanggal 1 Jamadil Awal 505H, dihadiri oleh teman sesufinya Ahmad, dikuburkan sebelah timur kuburan tabiran, berdekatan kubur penyair Firdausi yang terkenal.

Beberapa saat sebelum mati ia berkata: “Sekarang akan ketahui bahawa aku telah kembali, meskipun dalam batas menyiarkan ilmu pengetahuan, kerana kembali itu pulang kepada asal adanya. Pada waktu dahulu aku menyiarkan ilmu pengetahuan yang menghasilkan kemegahan bagi manusia, kusiarkan dengan segala kesungguhan hati ilmu pengetahuan yang dapat meninggalkan kesombongan dan kemegahan. Ini tujuanku, inilah niatku dan inilah imanku. Mudah2an Allah mengetahui yang demikian dan menerimanya daripadaku”.

Demikianlah pandangan Imam Ghazali tentang tasawuf dan tarekat.

Pada akhirnya sampailah Ghazali kepada tujuannya. Sebagai yang dikatakan Zwemer ia adalah satu2nya bapa orang Sufi, penasihat orang Sufi, paman orang Sufi. Saudara orang Sufi, guru besar orang Sufi, kepercayaan orang sufi, dan bintang masa orang Sufi. Umumnya orang barat menyebut nama Ghazali itu dengan penuh kehormatan. Bapa gereja dalam Islam. Penghargaan orang barat kepadanya sebagai; Jika seseorang akan mempelajari Islam, tidak dapat tidak akan bertemu dengan salah satu daripada tiga nama, Muhammad, Bukhari atau Ghazali.

Prof. McDonald berkata: “Sebenarnya hidup kesufian dalam Islam sudah ada sebelum Ghazali. Tapi acapkali orang menganggap kesufian itu menyalahi syara’, dan mengecam orang yang mengikut serta menyertainya. Tetapi Ghazali, sesudah lahir dalam perjuangan hidup, mulai ia mengangkat ajaran Sufi itu dalam kupasan2nya, memasukakn ilmu Syariat ke dalam Tasawuf dan memasukkan ilmu Tasawuf ke dalam Syariat, hingga Agama Islam itu seolah2 terpilih menjadi satu  antara ilmu Fiqh dan ilmu Tasawuf, antara ibadat lahir dan keyakinan batin. Maka ilmu Tasawuf itu mendapat tempat yang terhormat, beroleh nilai tinggi dari semua kaum Muslimin, bahkan dapat diterima oleh semua aliran yang ada dalam Islam ketika itu”.

Seorang filsafat Inggeis menulis kalimah peringatan  untuk Ghazali dalam kitabnya, yang menggambarkan ucapan ahli Sufi terbesar ini : “ Aku meletakkan jiwaku dihadapan Tuhanku. Tubuhku supaya dikuburkan pada tempat yang tidak kelihatan. Tetapi namaku, ya aku ini adalah pencipta masa depan untuk seluruh umat manusia” (Sulaiman Dunia, Al-Harikah fi nazri Al-Ghazali, Mesir 1947, halaman 76)

Kehormatan yang besar ini hanya disebut oleh Ghazali dlam kitab2nya dengan kata2 yang sangat sederhana: “Maka terbukalah bagiku ditengah2 khalwat beberapa perkara yang tidak dapat kunilai dan tidak dapat kusangka-sangka”.

Wallahu ‘Alam.

Prof. Dr. Hj Aboebakar Atjeh – Pengantar Ilmu Tarekat dan Tasawuf.